Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh mengakui tidak mustahil sekiranya dia berhenti melibatkan diri di dalam bidang nyanyian pada masa akan datang nanti.
Noh, 29, berkata, ini kerana isterinya, Mizz Nina yang kini sudahpun berhijab telah memberikan bayangan supaya penyanyi itu memperlahankan karier muziknya.
"Tidak mustahil untuk saya berhenti muzik satu hari nanti. Nina bagi 'hint' mengenai perkara itu dan ia buatkan saya terfikir mengenai masa depan.
"Tetapi apa yang saya boleh buat selepas itu, saya pun tidak pasti. Ini kerana, muzik bukan sekadar minat dan jiwa semata-mata tetapi hanya skil bermain muzik sahaja yang saya tahu untuk dijadikan sebagai punca rezeki setakat ini," katanya.
Noh ditemui pada sesi pra dengar lagu-lagu solo terbaharu di studio milik penyanyi itu sendiri, Pharcyde Studio di sini pada Selasa.
Ditanya pula mengenai keputusan Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, 33, yang enggan melibatkan diri lagi di dalam dunia seni muzik, Noh berkata, dia menerima segala keputusan isteri kesayangannya itu dengan hati yang terbuka dan tidak mendesak Nina dalam melakukan sesuatu perubahan diri.
Sementara itu, Noh buat pertama kalinya selepas lapan tahun bersama dengan kumpulan Hujan kini mengambil langkah baharu dengan muncul dengan album solo pula.
Noh berkata, selepas sekian lama mengumpul keyakinan diri menerusi Hujan, baru kini dia percaya diri untuk menghasilkan album solo yang memuatkan sebanyak lima buah lagu.
"Ilham menghasilkan lagu-lagu ini selepas mencipta lagu duet bersama isteri iaitu Kurnia.
"Menerusi album ini, saya mahu mengalih minda pendengar dengan menyuntik elemen muzik pop nusantara," ujarnya.
Noh akan mengeluarkan empat buah lagu dahulu iaitu Angin Kencang, Biar Seribu, Bunga Di Telinga dan Sang Penikam sebagai lagu single. Baca artikel penuh
Sumber: Mstar
Wednesday, March 12, 2014
Noh Salleh Mungkin Berhenti Muzik
Related Posts:
Mentor 5: Ayish TersingkirMentor 5 : Kumpulan AAyish TersingkirProtege Ayish atau nama sebenarnya Muhammad Faris Mohamed Razali, 21, tersingkir pada konsert Mentor musim kelima, yang disiarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam… Read More
Mentor 5: Aiman TersingkirMentor 5 : Kumpulan AAiman TersingkirProtege Aiman atau nama sebenarnya Aiman Hakim Ridza was voted off today ! . Born on January 17th, 1989 in Johor Bahru. Lived in Johor Bahru until 1990 and then moved to Pulau Pinang with … Read More
Mentor 5: RatnaTersingkirMentor 5 : Kumpulan ARatnaTersingkirProtege Ratna was voted off today !FINAL contestants: SALMA, Shiha dan IKA9009 comments:Tak faham dengan sistem pemarkahan. So markah yang sebelum ini tak dikira ke? penat pengundi sebelum … Read More
Noh Hujan Serah Persiapan Perkahwinan Pada Kakaknews @mStar Noh Hujan Serah Persiapan Perkahwinan Pada KakakKUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Hujan iaitu Noh mengakui kesibukannya dengan komitmen nyanyian memaksa dia menyerahkan persiapan majlis resepsi perkahwinanny… Read More
Mentor 5 : Konsert Ke-3 Kumpulan BMentor 5 : Konsert Ke-3 Kumpulan BJangan lupa tonton Konsert Battle Kumpulan B malam ini, jam 9 di TV3!!!Result 3rd week Mentor 5 Kumpulan B :Erra Fazira (Salma) : 80 (Juara) 9009 choice ! watch videoEdry Halim (Iqa)… Read More
0 comments:
Post a Comment