Tuesday, March 11, 2014

Syamsul Yusof Sah Bergelar Suami Puteri Sarah


Biarpun masih lagi dalam keadaan kurang sihat akibat penyakit demam denggi, pengarah filem dan pelakon Syamsul Yusof, 30, akhirnya selamat bergelar suami kepada aktres Puteri Sarah Liyana, 29, dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Al Mukarramah, Sri Damansara, di sini, Sabtu 8 March 2014.

Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid Al Mukarramah, Mat Syaharuddin Ar Rashid kira-kira pukul 10.30 pagi.

Puteri Sarah diwalikan oleh bapanya Megat Kamaruddin Megat Shamsuddin.

Syamsul memberikan mas kahwin sebanyak RM1,111, manakala wang hantaran sebanyak RM10,000.

Rombongan lelaki turut membawa tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan.

Antara barang hantaran daripada pihak perempuan ialah sirih junjung, beg tangan Lelaki, jam tangan, Laptop, buah-buahan, kasut,kek, Al Quran dan persalinan pakaian. Sementara hantaran daripada pihak lelaki ialah buah-buahan, kasut, jam tangan, laptop, kek dan telekung.

Majlis berjalan lancar apabila kedua-dua pihak keluarga sampai di perkarangan masjid kira-kira pada pukul 10 pagi dengan tema pakaian biru daripada pihak pengantin lelaki dan hijau bagi pengantin perempuan.

Majlis yang dijalankan secara sederhana itu hanya dihadiri oleh ahli kedua-dua pihak keluarga terdekat sahaja.

Syamsul yang ditemui selepas majlis akad nikah menzahirkan rasa syukur kerana selamat diijabkabulkan.

"Saya tidak sangka dapat menjalankan upacara akad nikah ini kerana keadaan saya masih belum pulih daripada demam denggi.

"Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan saya pasti semua yang terjadi ada hikmahnya," katanya.

Sementara itu, majlis resepsi yang dijadualkan berlangsung pada malam Sabtu ditunda ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian berikutan keadaan kesihatan Syamsul.

Syamsul yang dimasukkan ke Pusat Perubatan Gleneagles pada Selasa selepas disyaki demam denggi masih lagi mendapatkan rawatan di pusat perubatan tersebut.

Manakala majlis menyambut menantu akan diadakan pada 18 April di Dewan Perdana Felda dan 20 April di kediaman pengantin lelaki di Taman Melawati.

Pada 12 Januari lalu, Syamsul telah merisik Puteri Sarah dalam satu majlis yang diadakan di kediaman wanita itu di Sri Damansara, di sini.

Source: Mstar
Photo : credit to OhBulan dan rotikaya

Related Posts:

  • Syamsul Yusof Masuk Wad Suspek Demam Denggi Pengarah filem dan pelakon Syamsul Yusof, 30 kini ditahan di Pusat Perubatan Gleneagles, dekat sini, selepas disyaki menghidap demam denggi. Ibunya, Datin Patimah Ismail berkata, dia membawa Syamsul ke hospital pagi Sela… Read More
  • Syamsul & Puteri Sarah Nikah Februari 2014 PETALING JAYA: Desas-desus mengenai hubungan cinta pengarah filem KL Gangster, Syamsul Yusof dengan aktres Puteri Sarah Liyana terjawab apabila ibu aktor itu, Datin Patimah Ismail mengesahkan pasangan itu b… Read More
  • KL Gangster Cecah RM10.3 Jutanews @mStar KL Gangster Cecah RM10.3 Juta, Yusof Akur Idea Syamsul Kejayaan KL Gangster sebagai filem Melayu paling tinggi mengutip sebanyak RM10.3 juta selepas 10 hari ditayangkan di 80 buah pawagam seluruh negar… Read More
  • Syamsul Yusof Sah Bergelar Suami Puteri Sarah Biarpun masih lagi dalam keadaan kurang sihat akibat penyakit demam denggi, pengarah filem dan pelakon Syamsul Yusof, 30, akhirnya selamat bergelar suami kepada aktres Puteri Sarah Liyana, 29, dengan sekali lafaz dalam sa… Read More
  • Syamsul Yusof Mula Edar Kad kahwin Pengarah filem Syamsul Yusof dan isterinya Puteri Sarah Liyana mula mengedarkan kad undangan majlis persandingan mereka yang akan berlangsung pada 18 April ini di Dewan Perdana Felda dekat sini. Ibu Syamsul, Datin Patima… Read More

0 comments:

Post a Comment