Saturday, March 15, 2014

Mohd Mentor Bebas Tuduhan Merogol


Penyanyi Mohd Mentor boleh menarik nafas lega apabila dibebaskan daripada tuduhan merogol temannya, Zatul selepas kes tersebut diklasifikasikan sebagai 'no futher action' (NFA) atau tiada tindakan selanjutnya.

"Peguam saya telah meminta surat kenyataan rasmi sebagai bukti mengesahkan saya tidak bersalah. Tetapi menurut pihak polis, surat itu tidak dikeluarkan kerana kes ini tidak dibawa ke mahkamah. Pihak polis juga memberitahu saya jika mana-mana pihak inginkan bukti pengesaan saya tidak bersalah, mereka bolehlah merujuk di Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya," ujar Mohd yang dipetik daripada sebuah portal berita.


Dalam pada itu, menyedari kes tersebut telah menjejaskan reputasinya, Mohd meminta agar Zatul memohon maaf secara terbuka dalam tempoh tiga bulan.

"Tuduhan ini cukup memalukan saya dan keluarga. Kerjaya nyanyian saya terjejas teruk. Saya beri tiga bulan kepada dia (Zatul) tampil memohon maaf secara terbuka dan membuat perjelasan kepada media mengenai tuduhannya itu da saya mahu dia bersihkan nama saya. Sekiranya dia tidak berbuat demikian, saya akan berbincang dengan peguam saya untuk tindakan selanjutnya", tegas Mohd yang merupakan protege kepada Ziana Zain ini.

Sumber: MediaHiburan

Related Posts:

  • Mohd Mentor Buka 'Bisnes' Karaoke Bergerak Juara Mentor musim keempat iaitu Mohd meluaskan perniagaannya dengan memandu van untuk mencari rezeki bagi menjalankan perniagaan pusat karaoke bergerak. Mohd atau nama sebenarnya Mohd Izwan Mohd Nor, 28, berkata, dia ti… Read More
  • Wang RM100,000, Mohd Mentor 4 Masih Kena Tunggunews @mStarWang RM100,000, Mohd Mentor 4 Masih Kena TungguPETALING JAYA: Juara Mentor Musim keempat, Mohd agak sedih apabila diberitahu terpaksa menunggu di antara satu hingga lima tahun untuk membolehkan dia memperoleh wang … Read More
  • Mohd Mentor Bebas Tuduhan Merogol Penyanyi Mohd Mentor boleh menarik nafas lega apabila dibebaskan daripada tuduhan merogol temannya, Zatul selepas kes tersebut diklasifikasikan sebagai 'no futher action' (NFA) atau tiada tindakan selanjutnya. "Peguam sa… Read More

0 comments:

Post a Comment