Monday, March 3, 2014

Mizz Nina Nekad Berhenti Menyanyi

Penyanyi 'Mizz Nina' nekad membuat keputusan untuk berhenti daripada melibatkan diri dalam bidang nyanyian.

Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman berkata, dia berbuat demikian kerana ingin menjadi seorang wanita Islam yang lebih baik dan langsung tidang menyesal dengan keputusan tersebut.

"Saya buat keputusan ini bukan kerana mengikut kesesuaian imej semata-mata tetapi ia lebih melibatkan tentang kepercayaan saya terhadap Islam.

"Alhamdulillah, tidak berat sebenarnya membuat keputusan ini. Lagipun, dalam dunia seni, banyak lagi perkara yang boleh saya lakukan sebagai contoh membaca puisi atau melibatkan diri dalam pengacaraan," katanya.

Tambah isteri kepada vokalis Hujan, Noh Salleh itu, dia juga telah membatalkan hasratnya untuk melancarkan album muzik pop terbaharunya dan bersyukur kerana langsung tidak berasa menyesal dengan keputusan yang dilakukan itu.

Dalam pada itu, sebagai langkah pertama di bidang pengacaraan, Mizz Nina bakal muncul di televisyen bagi mengacarakan sebuah program kanak-kanak berbentuk keagamaan tidak lama lagi.

"Saya tidak boleh beritahu lagi judul program tersebut kerana ia akan diberitahu pada majlis pelancarannya.

"Apa yang saya boleh katakan saya mengendalikan program tersebut dalam bahasa Inggeris dan ia lebih memaparkan mengenai akademik kanak-kanak," ujarnya. Baca artikel penuh

Source: Mstar

Related Posts:

  • Mizz Nina Berduet Dengan Artis Amerika, Flo Ridanews @mStar Mizz Nina Berduet Dengan Artis Amerika, Flo Rida Khabar angin mengenai penyanyi Mizz Nina akan berduet dengan penyanyi Hollywood, Justin Timberlake akhirnya terjawab apabila penyanyi itu sebenarnya berd… Read More
  • MIZZ NINA BAKAL TAWAN MINGGU FESYEN KUALA LUMPUR Bagi penggiat fesyen tanah air kemunculan Minggu Fesyen Kuala Lumpur atau KL Fashion Week pastinya amat dinanti-nantikan kerana disinilah karya serta kerja seni kreatif pereka fesyen tempatan akan dipersembahkan. Aura yang… Read More
  • Noh Salleh Mungkin Berhenti Muzik Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh mengakui tidak mustahil sekiranya dia berhenti melibatkan diri di dalam bidang nyanyian pada masa akan datang nanti. Noh, 29, berkata, ini kerana isterinya, Mizz Nina yang kini sudahpun be… Read More
  • Photo: Noh & Mizz Nina Selamat DiijabkabulkanNews @mStar Photo: Noh & Mizz Nina Selamat DiijabkabulkanSelepas lapan bulan bertunang, vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh,27, akhirnya sah bergelar suami kepada penyanyi Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azm… Read More
  • Mizz Nina Nekad Berhenti Menyanyi Penyanyi 'Mizz Nina' nekad membuat keputusan untuk berhenti daripada melibatkan diri dalam bidang nyanyian. Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman berkata, dia berbuat demikian kerana ingin menjadi seorang wanita Is… Read More

0 comments:

Post a Comment