KISAH cinta tidak kesampaian, putus dan terlerai di tengah jalan, semua itu berlaku di mana-mana, di lokasi penggambaran mahupun di alam rumah tangga sebenar. Antara Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain, hanya Ziana yang terkecuali daripada dibayangi detik keruntuhan mahligai bahagia. Awie dan Erra, masing-masing sudah meredah banyak tragedi luka, sama ada dalam percintaan, pertunangan dan perkahwinan.
Jika tidak satu Malaysia, rasa-rasanya tiga perempat pengikut dunia hiburan sudah maklum bahawa Awie, Erra dan Ziana sedang membikin sebuah sejarah. Mereka turut mengadaptasi dan memutarkan semula detik kegemilangan yang dikecapi saat kejora karier mula bersinar terang di langit industri.
"Dahulu, lakonan kami tidak berjaya, tidak kesampaian. Lakonan kami yang dahulu satu kegagalan. Ia gagal menjadi realiti," ungkit Awie merujuk kepada perhubungan silamnya bersama Erra Fazira saat mula bercerita tentang gelora emosi menjelang malam pembukaan Konsert Teaterikal Suara Kita, esok.
Kata Awie lagi, 'kegagalan' itu antara faktor yang barangkali membawa mereka untuk kekal diingati dan mendewasakan mereka sehingga ke hari ini.
"Saya semakin berani menerima mandat sebagai pelakon. Sebagai pelakon teater contohnya, saya pernah diberi penghargaan dalam bidang teater. Erra juga begitu, selepas filem-filem bersama saya, dia memperoleh kejayaan menggondol banyak anugerah dalam filem-filem lain. Dia pernah mendapat anugerah Pelakon Wanita Terbaik. Maksudnya kami sudah matang. Mungkin penonton juga akan dapat melihat sebuah persembahan, sebuah lakon semula yang lebih baik berbanding filem-filem kami yang dahulu.
Ziana dan Erra tidak hanya termangu di sisinya. Di pentas Panggung Sari nanti, Erra yang semestinya akan menjadi titik perhatian umum. Perceraiannya dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 18 Februari lalu bagaikan tiket pemanas. Status Erra sebagai janda yang masih dalam edah itu juga sudah menerbitkan aura sensasi.
Berada di tengah-tengah antara Erra dan Awie, penyanyi berkening lentik, Ziana Zain bukanlah watak tambahan. Ketika Erra dan Awie harus menelan banyak andaian daripada khalayak umum, Ziana turut tidak boleh merasa selesa hanya kerana kisah peribadinya tidak dicanang orang.
Kehidupan berkeluarga menjadikan Ziana agak pemilih bahkan agak jarang peminat berpeluang menyaksikan Ziana untuk terlibat dalam mana-mana persembahan mega. Ziana seperti sudah punya banyak masa untuk merelakan jadual menguruskan anak-anak dan suami diketepikan semata-mata untuk kembali berseronok bersama rakan-rakan. Dia kembali bergelumang dengan rejim latihan intensif bukan hanya untuk sebuah konsert tetapi berteater dalam disiplin lakonan yang ketat.
"Mujur juga tawaran ini datang ketika anak-anak sudah boleh ditinggalkan memandangkan mereka sudah besar. Anak yang sulung sudah tinggal di asrama. Saya sudah berkompromi dengan suami tentang jadual latihan dan persembahan nanti," terang Ziana dalam nada ceria. Baca artikel penuh
sumber: Kosmo
Sunday, March 2, 2014
Home »
awie
,
concert
,
Erra Fazira
,
istana budaya
,
Konsert Teaterikal Suara Kita
,
ziana zain
» Konsert Teaterikal Suara bermula 3 hingga 9 Mac
Konsert Teaterikal Suara bermula 3 hingga 9 Mac
Related Posts:
Photo: Sekitar Sidang Media Konsert Suara Kita Konsert teaterikal Suara Kita yang menggandingkan tiga penyanyi popular Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 3 hingga 9 Mac 2014 ini. Pementasan berkonsepkan gab… Read More
KONSERT TEATERIKAL SUARA KITA DAPAT SOKONGAN TOURISM MALAYSIA Adalah satu kelebihan sekiranya seni persembahan menjadi nadi sesebuah negara atau bandaraya. Kegemilangan seni persembahan sudah lama berakar umbi di bandaraya bandaraya utama dunia terutama di negara negara maju. Mala… Read More
Luahan Hati Erra Fazira Selepas Bercerai Kali ke2 SELASA, 18 Februari 2014 barangkali satu tarikh yang tidak akan pernah luput dari ingatan seorang wanita bernama Fazira Wan Chik. Pada tarikh itu, hanya sehari sebelum semuanya berubah, beliau baru mengetahui bahawa 18 F… Read More
Erra Fazira & Engku Emran Cerai, Suami Dapat Hak Penjagaan Anak Desas-desus mengenai keretakan rumah tangga pelakon dan pengacara program Primadona, Erra Fazira dan suaminya Engku Emran Engku Zainal Abdin terjawab apabila pasangan berkenaan bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah… Read More
Suara Kita - Konsert Gabungan Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain Tiga penyanyi dan pelakon hebat era 90-an iaitu Awie, Ziana Zain dan Erra Fazira bakal digandingkan dalam satu persembahan istimewa di pentas Panggung Sari, Istana Budaya menerusi 'Konsert Teaterikal Suara Kita'. Menurut … Read More
0 comments:
Post a Comment