Monday, March 3, 2014

Rozita Che Wan Mungkin Mengandung ?

Pelakon Zain Saidin meluahkan perasaan gembiranya bahawa isterinya iaitu aktres Rozita Che wan berkemungkinan besar sudah mengandung.

Zain, 30, berkata, sehingga kini dia masih belum lagi mendapat keputusan daripada pihak doktor dan sekiranya benar Rozita mengandung, dia menyifatkan ia sebagai sebuah hadiah hari lahir (pada 23 Februari lalu) yang terbesar pernah diterimanya.

"Jeng..jeng..jeng.. Mungkin (Rozita mengandung). Nak kena buat pemeriksaan doktor dahulu jika ada 'orang baru' akan sertai kami sekeluarga atau tidak.

Zain berkata demikian selepas ditanya mengenai apakah hadiah yang diberi oleh Rozita bersempena dengan hari lahirnya 23 Februari lalu.

Bagaimanapun sehingga kini Zain tidak mengulas lanjut mengenai hadiah yang diterimanya sebaliknya lebih teruja menunggu keputusan doktor yang mungkin bakal merubah status diri sebagai seorang ayah.

"Masih terlalu awal lagi. Nanti saya beritahu jika keputusannya positif. Doakan kami," ujarnya.

Zain dan Rozita telah berkahwin pada 12 Disember tahun lalu di Setia City Convention Centre, Shah Alam.

Rozita juga mempunyai dua eorang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezzra, 16.

Source: Mstar

Related Posts:

  • Rozita Che Wan Larang Anak Jadi Pelakon Pelakon Rozita Che Wan tidak akan membenarkan anak lelakinya, Ammar Effendy, 18, terlibat dalam bidang lakonan dan akan memastikan remaja itu memberi tumpuan kepada pengajiannya yang bakal bermula Mei ini. Rozita atau le… Read More
  • Zain Saidin Enggan Tahu Jantina Anak Pelakon Zain Saidin tidak mahu mengetahui apakah jantina anak yang sedang dikandungkan oleh isterinya, Rozita Che Wan apabila wanita itu membuat imbasan kandungannya nanti. Zain, 30, berkata, dia mahu perkara itu menjadi… Read More
  • Rozita Che Wan Sahkan Hamil Di Instagram Pelakon Rozita Che Wan pada petang Isnin mengesahkan sedang hamil anak pertamanya bersama aktor Zain Saidin menerusi laman Instagram miliknya. Rozita, 41, dalam satu entri di laman tersebut memberitahu dia mengetahui sed… Read More
  • Anak Sulung Che Ta Catat Keputusan Cemerlang SPM Anak sulung kepada pelakon jelita, Rozita Che Wa, Ammar Effendy mencatatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan semalam. Tidak dapat dipastikan jumlah mata pelajaran yang d… Read More
  • Rozita Che Wan Rugi RM500k ? Pelakon Rozita Che Wan (Cik Ta) terpaksa menanggung kerugian hampir setengah juta ringgit gara-gara dua pihak telah menggunakan nama dan gambarnya bagi mempromosikan produk kecantikan dan kesuburan tanpa kebenaran. Rozit… Read More

0 comments:

Post a Comment