Thursday, March 6, 2014

"Belum Pasti Che Ta Hamil" - Zain Saidin


Selepas mendirikan rumah tangga hujung tahun lalu, pelakon cantik, Rozita Che Wan ada menyuarakan hasrat untuk menimang cahaya mata dengan segera.  Malah, perasaan itu semakin bertambah saat mengetahui Didie Alias sedang hamil di usia 40-an.

Terbaru, ibu kepada dua cahaya mata itu dilapor berkemungkinan hamil selepas lambat datang haid.  Dan perkara tersebut disahkan oleh Zain Saidin ketika dihubungi Media Hiburan Online sebentar tadi.

"Betul, sudah seminggu lebih Che Ta lambat datang haid.  Kami belum buat sebarang pemeriksaan atau merujuk ke doktor.  Kalau boleh, biar sampai dua atau tiga minggu lagi.  Selepas itu barulah boleh dapat keputusannya.

"Buat masa sekarang, kami tidak mahu terlalu berharap.  Kalau tidak ada, sedih pula kan.  Jadi, tunggu sahaja dulu.  Kalau, ada syukur alhamdulillah," ujar Zain yang memberitahu isterinya itu memang teringin menimang anak dengan segera.

Sumber: Mediahiburan

Related Posts:

  • Rozita Che Wan dan Fir AffandiGossip @manggaonline Rozita dengan siapa tu? Siapa di sebelah pelakon sensasi Rozita Che Wan tu? Ini bukanlah orang yang disebut-sebut ada hubungan dengannya? Jangan panik. Lelaki itu ialah seorang pelakon bar… Read More
  • Rozita Che Wan Tak Mungkin Dengan Shahirgossip @mStar Rozita Che Wan Tak Mungkin Dengan Shahir PETALING JAYA: Dua individu yang rapat dengan pelakon Rozita Che Wan dan penyanyi "Shahir" menjelaskan pasangan artis itu tidak dilamun cinta seperti yang dige… Read More
  • Rozita Che Wan teruja hamil lagi! Pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin terbang ke kepulauan Bali, Indonesia untuk bercuti bersama- sama dengan beberapa teman baik mereka. Pengantin baharu ini masih bercuti ke luar negara dan terbaharu, mereka memilih … Read More
  • Rozita Che Wan Masuk Hospitalnews @mStar Rozita Che Wan Masuk Hospital Pelakon Rozita Che Wan, 38, dimasukkan ke Pusat Perubatan Sime Darby Subang Jaya, dekat sini kerana dipercayai menghidap hepatitis. Sumber memberitahu mStar Online, … Read More
  • 'My Couture' butik baru Rozita Che Wan'My Couture' butik baru Rozita Che Wan Rozita Che Wan juga memperkenalkan pakaian berjenama My Couture. Perniagaan ini dijalanan bersama rakan kongsi Rozita iaitu Hanim Sahrom yang menjadi pengarah kreatif My Couture S… Read More

0 comments:

Post a Comment