Gossip @myMetro
SEBELUM ini CAK menjentik seorang aktor terkenal yang khabarnya pengamal seks songsang. Bukan suka sangat menjaga tepi kainnya, tapi CAK rasa si aktor yang sudah berumahtangga itu tidak sepatutnya buat perangai tidak senonoh.
Khabar angin ini semakin kuat bertiup. Biarpun sudah bergelar bapa, dia dipercayai menyimpan kekasih gelap. Naik geram pula melihat lakonannya apabila berbicara keluarga bahagianya. Kononnya dia sangat sayangkan isteri dan anak. Jika dulu si aktor berwajah kacak dengan susuk tubuh tegap ini dikatakan menunggu ‘anak ikannya’ di lokasi penggambaran dan pernah dikatakan melanggan khidmat urut seks sejenis, kali ini dia semakin berani muncul di sebuah pusat hiburan gay di ibu kota baru-baru ini.
Seorang pekerja kelab itu yang juga teman CAK menyampaikan cerita ini kerana terlalu terkejut melihat gelagat aktor tadi yang bukan main seronok berpeleseran dengan teman sejenisnya di dalam kelab berkenaan.
Kononnya si aktor tadi cuba menutup identiti diri dengan memakai topi, tapi sayangnya semua orang di dalam kelab itu perasan akan kehadirannya. Kata pekerja tadi, aktor itu menghabiskan sepanjang malam dengan menari dan minum bersama temannya. Nasib baik dia tidak melakukan perbuatan keji di situ. CAK sebenarnya pelik bagaimana dia boleh terlepas, sedangkan sebelum ini ramai bercerita kononnya isteri aktor itu bukan main cemburu kalau suaminya ke mana-mana tanpanya.
Tak tahu CAK nak cakap apa melihat perangai aktor berkenaan sebab itu hak masing-masing. Cuma kalau boleh, jangan terlalu terbuka dengan berpeleseran di tempat awam seperti itu kerana ramai mata yang memerhati.
9009 comments:
Siapalah agaknya kan, cuba teka siapa tu yang dimaksudkan. Malas nak komen lebih
0 comments:
Post a Comment