Rayuan Ariel Peterpan Di Tolak
Jaksa Penuntut Umum (JPU) menolak rayuan yang disampaikan oleh peguamnya tentang kes penyebaran Video Lucah milik penyanyi popular, Nazriel Irham atau Ariel Peterpan.
Dalam sidang yang membincangkan perkara ini, Rusmanto berkata, pihaknya masih menuntut agar Ariel tetap dihukum penjara lima tahun dan membayar denda sebanyak Rp250 juta.
"Keputusan kami tetap kepada tuntutan yang dibacakan pada proses persidangan yang berlangsung pada Khamis, 6 Januari yang lalu," jelas Rusmanto selepas persidangan selesai.
Persidangan selanjutnya akan dijalankan pada Khamis, 20 Januari akan datang dengan agenda, memberi tanggapan dan jawapan atas tuntutan JPU.
"Kami yakin, bahawa rayuan yang disampaikan oleh klien kami akan diterima oleh majlis hakim," jelas Boy Afrian Baondjol, salah seorang peguam Ariel.
Bagaimanapun, kini Ariel terpaksa mengharungi laluan yang agak susah untuk mengurangkan hukumannya selepas rayuannya kali ini ditolak. more news/ previous news
0 comments:
Post a Comment