Saturday, January 10, 2015

Tauke (Jambu) Padam Gambar Ferrari Mahu Jaga Hati Zizan


Pelawak Tauke (Jambu) berkata, dia terpaksa memadamkan gambarnya bersama kereta Ferrari yang difahamkan milik Zizan Razak di Instagramnya kerana enggan kontroversi melibatkan pelawak itu dengan Emma Maembong menjadi semakin parah.

Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, 39, berkata, dia melakukan perkara itu kerana terlalu gembira dengan kejayaan Zizan yang mampu memiliki kereta mewah hanya menjadi seorang pelawak.

"Sejujurnya saya tidak tahu kereta itu antara penyebab berlakunya kontroversi antara Zizan dan Emma.

”Bukan niat saya untuk menunjuk-nunjuk atau sengaja menghangatkan lagi keadaan tetapi saya berbuat demikian kerana bangga dengan kejayaan Zizan sebagai kawan saya," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

Tauke (Jambu)

Terdahulu, Zizan mengakui hubungan cintanya dengan Emma Maembong berakhir kerana kedegilaannya untuk memilki sebuah kereta mewah yang dihalang oleh kekasihnya itu.

Bagaimanapun Emma dalam satu status di Twitter miliknya pada Jumaat seolah-olah mempersoalkan kenyataan Zizan mengenai kereta itu sebaliknya meminta pelakon berkenaan menerangkan sebab sebenar hubungan mereka putus.

Dalam pada itu, Tauke berkata, apabila menyedari kesilapannya itu dia telah pun memadam gambar berkenaan beberapa jam selepas ia dimuat naik pada Khamis lalu.

Jelas Tauke, dia rasa bersalah terhadap tindakannya itu kerana masa yang dipilih memuat naik gambar berkenaan adalah kurang sesuai malah memburukkan keadaan.

"Zizan tidak meminta saya memadam gambar tersebut tetapi dia hanya menyatakan rasa resah terhadap reaksi peminat dan saya memahami situasinya dan terus padam gambar itu," katanya.

mStar Default Image
Zizan dan Emma Maembong

Sementara itu, Tauke berkata, sebagai sahabat dia berharap Zizan dapat menyelesaikan masalahnya dengan Emma dengan baik dan sentiasa mendoakan kebaikan mereka berdua.

"Untuk mencampuri urusan peribadi mereka itu adalah perkara paling terakhir yang boleh dilakukan tetapi sebagai sahabat saya mendoakan yang terbaik buat mereka berdua," ujarnya.

Dalam pada itu berdasarkan semakan mStar Online, harga sebuah kereta mewah Ferrari dari model F430 dianggarkan melebihi RM1.5 juta.

Sumber: Mstar

Related Posts:

  • Zizan Raja Lawak & Dira Pengacara Baru MelodiNews @mStarZizan Raja Lawak & Dira Pengacara Baru Melodi PETALING JAYA: Desas-desus mengatakan pengacara Fara Fauzana dan Wahid (Senario) akan meninggalkan Melodi rupanya benar apabila pihak TV3 mengesahkan Zizan Raja Law… Read More
  • Zizan Raja Lawak Bangga Jadi Hos MelodiNews @mStarZizan Raja Lawak Bangga Jadi Hos Melodi PETALING JAYA: Pengacara Zizan (Raja Lawak) mengakui berasa bangga dan teruja apabila ditawarkan menggantikan Wahid Senario bagi mengacara rancangan hiburan popular, Melodi d… Read More
  • Zizan Raja Lawak host Melodi TV3 2011Gossip @Kosmo Zizan Raja Lawak host Melodi TV3 2011 AGAK mengejutkan apabila nama pelakon yang eksotik wajahnya, Dira Abu Zahar dicanang-canang sebagai antara nama baru yang akan mengambil alih mikrofon yang selama ini dipe… Read More
  • Jozan Rasa Bersalah Dengan Peminatnews @mStar Jozan Rasa Bersalah Dengan Peminat KUALA LUMPUR: Gandingan popular, Jozan yang dianggotai oleh Johan danZizan akui bersalah dengan peminat yang mengundi mereka apabila gagal melakukan persembahan terbaik p… Read More
  • 6 Kriteria Nak Jadi Awek Zizan Raja Lawaknews @mStar‘Zizan Show’ Dedah ‘6 Kriteria Nak Jadi Awek Zizan’PETALING JAYA: Pengacara Zizan Raja Lawak bakal muncul dengan program bual bicara sendiri komedi sendiri berjudul Zizan Show.Program 13 episod selama 30 minit itu … Read More

0 comments:

Post a Comment