Sunday, January 11, 2015

Aksi gadis peluk artis K-pop undang cemuhan

  • Aksi gadis bertudung yang berpelukan dengan artis lelaki K-pop Korea di atas pentas menimbulkan cemuhan masyarakat.

    Malah, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin turut tampil menyindir perbuatan itu, walaupun tanpa menyebut secara langsung acara dirujuk itu.
    “Banyak dikatakan tentang K-pop. Harap gadis-gadis Malaysia kembali kepada lelaki tinggi, gelap dan 'hensem' (tampan).

    “Bukan putih pucat, kurus dan cantik. Itu bukan lelaki sejati,” tulisnya di Twitter.
Aksi gadis bertudung yang berpelukan dengan artis lelaki K-pop Korea di atas pentas menimbulkan cemuhan masyarakat.

Malah, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin turut tampil menyindir perbuatan itu, walaupun tanpa menyebut secara langsung acara dirujuk itu.
 

“Banyak dikatakan tentang K-pop. Harap gadis-gadis Malaysia kembali kepada lelaki tinggi, gelap dan 'hensem' (tampan).

“Bukan putih pucat, kurus dan cantik. Itu bukan lelaki sejati,” tulisnya di Twitter.

Beliau merujuk sebuah video yang disebar meluas di Internet memaparkan aksi mesra dalam pertemuan kumpulan B1A4 dengan peminat di pusat hiburan KL Live di ibu negara malam tadi.
 


Video 3.22 minit itu antaranya menunjukkan adegan gadis bertudung naik ke pentas sebelum berpelukan dan ada yang dicium oleh artis itu, sambil disambut sorakan penonton.

Walaupun kelihatan ada yang malu-malu, berdasarkan video itu, mereka kelihatan rela dirangkul penyanyi yang tampil dengan sut kasual dan bertali leher gelap itu.

B1A4 merupakan sebuah kumpulan muzik dari Korea Selatan bawah naungan syarikat WM Entertainment.

Kumpulan lima anggota itu melibatkan Jung Jin Young, Shin Dong Woo, Lee Jung Hwan, Cha Seon Woo dan Gong Chan Sik.

Related Posts:

  • Viral: CJ LEE National Costume Photo DikecamViral: CJ LEE National Costume Photo Dikecam I have no words to say. This is a NatCos? Are you serious. Half naked costume just put samping songkek and SONGKOK. I believe we are not use that Songkok with inappropriate… Read More
  • Aksi gadis peluk artis K-pop undang cemuhan Aksi gadis bertudung yang berpelukan dengan artis lelaki K-pop Korea di atas pentas menimbulkan cemuhan masyarakat.Malah, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin turut tampil menyindir perbuatan itu, walaupun tanpa menyebu… Read More
  • Viral Video: Kena buli masa rehatViral Video: Kena buli masa rehat   Alor Setar: Video memaparkan sekumpulan lima murid membuli seorang murid lain dipercayai berlaku di sekolah rendah, di sini, viral di laman sosial Facebook sejak semalam. Video be… Read More
  • 9009Viral: KFC mohon maaf isu pekerja bergaduh 9009Viral: KFC mohon maaf isu pekerja bergaduh Baru-baru ni kecoh tentang kes pergaduhan pekerja restoran makanan segera KFC di Jalan Raja Laut. Pergaduhan itu bermula daripada pekerja KFC sendiri yang juga adi… Read More
  • Viral: MC Akibat Chicken Chop Jadi Bahan Jenaka   Sebuah klinik di Sungai Buloh tersilap mengeluarkan sijil cuti sakit (MC) kepada salah seorang pelajar sehingga ianya dijadikan bahan jenaka di media sosial. MC tersebut dikeluarkan sebuah klinik swasta bagi meng… Read More

0 comments:

Post a Comment