PETALING JAYA:
Pengarah Urusan KRU Studios, Norman Abdul Halim merasakan terdapat
gerakan yang cuba menjatuhkan imej dan reputasi pelawak Zizan Razak, 31.
Norman berkata, perkara itu
disedarinya sejak beberapa bulan kebelakangan ini apabila nama pelawak
itu sering dikaitkan dengan beberapa berita buruk.
"Saya perhatikan sepanjang beberapa bulan ini seperti ada satu gerakan yang cuba untuk menjatuhkan Zizan.
"Bagaimanapun, saya tidak tahu siapa
di belakang dia atau mungkin ada orang tidak suka pada dia, itu saya
tidak tahu," ujarnya ketika sidang media selepas majlis tayangan perdana
filem Cicakman 3 yang diadakan di Cathay Cineplax, di sini, malam Selasa.
Norman berkata demikian dalam memberi
pandangan terhadap isu-isu negatif yang timbul terhadap Zizan sehingga
menjejaskan reputasinya sebagai seorang artis.
Selain itu, katanya, kontroversi
bercinta dengan Naib Presiden Gen Next Astro, Putri Yasmin Megat
Zaharuddin itu juga merupakan perkara remeh yang tidak perlu
diperbesarkan.
Zizan dan Putri Yasmin menafikan mereka mempunyai hubungan istimewa seperti mana diperkatakan.
"Saya
dengar tentang kisah cinta dia, saya tergelak, dan bila saya tahu siapa
wanita itu, lagilah saya tergelak. Tidak payah beratkan isu ini.
"Bila orang cari salah dia itu
akan membuatkan dia tertekan dan sentiasa melarikan diri. Saya pernah
lalui apa yang dia lalui sekarang. Kadang-kadang kontroversi itu berat
sangat sampai kita tidak mahu berhadapan dengan orang ramai," ujarnya.
Tambahnya, jika perkara buruk itu berlarutan ia mampu menyekat bakat pelawak tersebut sebagai seorang pelakon yang baik.
"Saya kenal dia sudah lama dan
menganggapnya sebagai sahabat, bagi saya jika perkara remeh ini
diperbesarkan ia akan menyekat bakat dia.
"Sayang bakat yang dia ada, dia bukan
sahaja boleh melawak, tetapi boleh juga berlakon dengan baik dan saya
berharap kita tidak membesarkan isu-isu remeh itu," ujarnya.
Sementara itu, Zizan ketika minta
mengulas tentang gerakan menjatuhkannya, dia menganggap itu merupakan
persepsi orang luar yang melihat perkembangan kerjayanya.
Katanya, ia adalah perkara negatif itu sebagai satu dugaan yang perlu dilaluinya.
"Saya tidak tahu tentang itu, pada saya itu adalah persepsi orang lebih profesional yang nampak apa berlaku kepada saya.
Sumber: Mstar
0 comments:
Post a Comment