Penyanyi Azlan & The
Typewriter memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenai bidang
perniagaan yang diceburinya sehingga mampu bergaya dengan kereta mewah, Ferarri.
Menurut Azlan atau nama sebenarnya atau Nor Azlan
Rosle faktor utama dia tidak mahu mendedahkan kisah hidupnya kepada umum
kerana ianya bersifat peribadi.
“Saya tak boleh nak komen la kalau nak tanya pasal
kereta sebab perkara itu lebih kepada hal peribadi. Maaflah saya tidak
boleh nak komen mengenainya,”ujar Azlan apabila diminta mengulas
mengenai kereta Ferrari berwarna merah di Instagramnya tersebut.
Mengulas lanjut mengenai perkembangan terbarunya,
Azlan kini tampil menerusi single terbaru yang berjudul "Melankoli" yang
mendapat sentuhan sepenuhnya oleh Azlan sendiri selain bantuan Dato'
Mahadhir dalam penulisan lirik.
Lagu "Melankoli" bakal dimuatkan dalam album baru Azlan berjudul Diari yang dijangka berada di pasaran dalam bulan Mei nanti.
Sumber: AstroGempak
kyrie 7 shoes
ReplyDeletepalm angels outlet
bape hoodie