Zul, 28, berkata, Gayatri bagaimanapun sedang menanti lampu hijau daripadanya bilakah tarikh sesuai perkahwinan mereka akan dilangsungkan.
“Gayatri meminta saya memaklumkan kepadanya lebih awal sekiranya saya sudah bersedia untuk mengambilnya sebagai isteri agar dia boleh buat persediaan awal untuk menjadi seorang mualaf,” katanya kepada mStar Online Zul ditemui pada majlis pelancaran drama Qadr dan Panik siaran Astro First di GSC The Gardens di sini pada petang Khamis.
Zul berkata, walaupun dia teruja membincangkan soal kahwin tetapi ada kalanya perasaan itu hilang.
"Jujur saya katakan, saya sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai suami dan pada masa sama membimbing Gayatri menjadi seorang wanita Muslimah. Tidak ada masalah untuk itu.
"Cuma apa yang saya bimbangkan, kerjaya sebagai pelakon, ada masanya naik dan turun. Risau dengan kedudukan kewangan sendiri selepas berumah tangga kelak. Mujurlah Gayatri faham dengan situasi saya ini," ujarnya yang masih belum mempunyai tarikh untuk pernikahan itu.
Zul mengakui bercinta dengan Gayatri yang juga Naib Presiden Astro Shaw, sejak Jun 2012 selepas mereka bekerjasama dalam penggambaran filem Penanggal.
Sementara itu, Zul bakal muncul menerusi drama Panik bersama-sama pelakon Nadia Nissa, Naomi Ivana, Dony Alamsyah dan Mike Muliardo menerusi drama Panik yang bakal disiarkan pada 20 Mac ini.
Sumber: Mstar
0 comments:
Post a Comment