Melalui akaun instagramnya (IG), Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 30, berkongsi sekeping foto bayi comel itu bersama nama yang dipilih iaitu Andrashah Iman.
Kapsyen tersebut berbunyi:
“Assalamualaikunm. Saya nak bagitahu nama saya ni...atas perbincangan ibu dan ayah, saya diberi nama ANDRASHAH IMAN BIN SHAH INDRAWAN.
“Boleh panggil saya Andra. Oklah, saya nak sambung tido.” tulisnya.
Terdahulu, bayi seberat 3.33 kg itu selamat dilahirkan pada jam 1.34 tengahari (Jumaat) di Prince Court Medical Centre.
Hasil perkongsian hidup Tomok bersama Rahayu Abas, mereka dikurniakan anak sulung lelaki yang diberi nama Arrian Shah Akid.
Di sini Astro Gempak ingin berkongsi beberapa foto comel Andra dan Arrian yang diambil menerusi IG Tomok (Tomokofficial).
Sumber: AstroGempak
0 comments:
Post a Comment