Wednesday, May 14, 2014

Liyana Jasmay Selamat Lahirkan Bayi Perempuan


Pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay, 26, selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.9 kilogram pada pukul 7.40 malam, pada Isnin.

Ibunya, Datin Habsah Simpon berkata, Liyana yang kini berada di Pusat Perubatan Prince Court dekat sini, bersalin secara normal dan kini berada dalam keadaan baik.

"Alhamdulillah semuanya berjalan lancar Liyana dimasukan ke Pusat Perubatan Prince Court pada Ahad kerana sudah ada tanda-tanda untuk bersalin.

"Kira-kira pukul 7.40 malam Isnin dia selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.9 kilogram secara normal," katanya kepada mStar Online melalui aplikasi Whatsapp, di sini, Isnin.

Tambahnya, buat masa ini Liyana masih belum memberitahu nama yang dipilih untuk diberikan kepada bayi sulungnya itu.

Liyana mendirikan rumah tangga dengan Fathuddin Mazlan, 30, pada 2 Februari 2013 dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Seri Pacific, dekat sini.

Sumber: Mstar

Related Posts:

  • "Belum Pasti Che Ta Hamil" - Zain Saidin Selepas mendirikan rumah tangga hujung tahun lalu, pelakon cantik, Rozita Che Wan ada menyuarakan hasrat untuk menimang cahaya mata dengan segera.  Malah, perasaan itu semakin bertambah saat mengetahui Didie Alias se… Read More
  • Rozita Che Wan Mungkin Mengandung ? Pelakon Zain Saidin meluahkan perasaan gembiranya bahawa isterinya iaitu aktres Rozita Che wan berkemungkinan besar sudah mengandung. Zain, 30, berkata, sehingga kini dia masih belum lagi mendapat keputusan daripada pihak … Read More
  • Fasha Sandha Sah Hamil Anak Kedua Berita kehamilan Fasha Sandha akhirnya terjawab apabila pelakon ini mengesahkan dirinya kini sedang hamil anak kedua. "Saya terima rezeki yang Allah berikan ini walaupun ada yang mengatakan jarak anak kedua ini terlalu d… Read More
  • Zain Saidin Enggan Tahu Jantina Anak Pelakon Zain Saidin tidak mahu mengetahui apakah jantina anak yang sedang dikandungkan oleh isterinya, Rozita Che Wan apabila wanita itu membuat imbasan kandungannya nanti. Zain, 30, berkata, dia mahu perkara itu menjadi… Read More
  • Beego & Linda Hashim Bakal Sambut Anak Sulung Beego dan Linda Hashim yang mengabadikan kenangan sebelum menyambut kelahiran anak sulung mereka sedikit masa lagi menerusi akaun Facebook Ryaniez Moments Photography Foto-foto yang dirakamkan di persisiran pantai Morib in… Read More

0 comments:

Post a Comment