Wednesday, May 14, 2014

Ruminah Sidek Teruja Bersanding Buat Kali Pertama


Biarpun sudah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali sebelum ini, namun perkahwinan keempat pelakon veteran, Ruminah Sidek pada 17 Mei ini merupakan detik pertama baginya untuk merasai pengalaman bersanding di atas pelamin.

Lebih dikenali sebagai Mak Mah, pelakon ini dijangka akan melangsungkan majlis perkahwinan bersama Al-Fatah Rahim secara besar-besaran dengan jumlah jemputan seramai 3,000 orang.

“Insya-Allah dua pelamin iaitu untuk majlis pernikahan dan resepsi akan disediakan untuk majlis itu nanti dan saya teruja kerana ini adalah kali pertama saya akan naik pelamin dan bersanding. Ia sebenarnya atas permintaan anak-anak dan keinginan saya sendiri yang tidak pernah bersanding sebelum ini," ujar Mak Mah yang dipetik daripada sebuah portal berita.

Untuk rekod, Mak Mah dan Al Fatah, 70, berkenalan ketika sama-sama mengerjakan umrah di Mekah pada Mac lalu dan pasangan itu telah mengikat tali pertunangan pada 19 April lalu.

Sumber: MediaHiburan

Related Posts:

  • Ruminah Sidek kini jadi tunangan orang Ruminah Sidek atau lebih dikenali dengan nama Mak Mah kini telah pun bergelar tunangan orang. Tunangan ibu kepada Adlin Aman Ramli ini dikatakan seorang peneroka Felda. Majlis pertunangan secara ringkas tersebut telah ber… Read More
  • Mak Mah sahkan sudah bertunang, kahwin 17 Mei 2014 Pelakon veteran Ruminah Sidek telah mengesahkan bakal bernikah dengan tunangnya Al-Fatah Rahim Ismail, 70, pada 17 Mei depan. Ruminah atau lebih mesra dengan panggilan Mak Mah bertemu Al-Fatah ketika mengerjakan umrah di M… Read More
  • Ruminah Sidek Teruja Bersanding Buat Kali Pertama Biarpun sudah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali sebelum ini, namun perkahwinan keempat pelakon veteran, Ruminah Sidek pada 17 Mei ini merupakan detik pertama baginya untuk merasai pengalaman bersanding di atas pe… Read More

0 comments:

Post a Comment