Sunday, April 13, 2014

Fahrin Ahmad Pilih Wanita Sudah Dikenali


Pelakon Fahrin Ahmad berkata, dia tidak lagi berminat untuk menjalinkan apa-apa hubungan secara rapat dengan wanita yang tidak dikenali dalam mencari pasangan cinta.

Fahrin, 35, berkata, sebaliknya dia lebih senang mencari pasangan  yang sudah dikenali kerana ia memudahkannya untuk mengenali hati budi seseorang itu dengan lebih mendalam.

"Rasanya saya sudah tidak mahu berkawan dengan wanita yang belum dikenali. Penatlah nak lalui tempoh perkenalan itu.

"Lebih senang jika wanita itu daripada kalangan kenalan saya. Hanya perlu nak mengenali hati budi dengan lebih mendalam saja," katanya kepada mStar Online.

Tambah Fahrin, bagaimanapun, dia enggan memikirkan mengenai hal kahwin kerana mahu memberi fokus dalam kerjaya seni.

Dalam pada itu, Fahrin turut menjelaskan dia tidak pernah berasa tertekan dengan soalan yang sering diajukan daripada pihak media dan orang ramai mengenai bilakah dia ingin menamatkan zaman bujangnya.

"Bukan setakat pihak media saja yang bertanya bila saya nak kahwin, tetapi peminat pun bertanya soalan yang sama.

"Tetapi saya tidak mempunyai masalah tentang itu kerana saya faham sebagai selebriti masyarakat bukan sahaja ingin tahu mengenai kerjaya tetapi juga hal peribadi kita," ujarnya. baca artikel penuh

Sumber: Mstar

Related Posts:

  • Photo Perkahwinan Nurul Syuhada (TV3)news @mStar Photo Perkahwinan Nurul Syuhada (TV3) Pengacara Majalah Tiga, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin,27, selamat diijabkabulkan dengan pegawai bank, Raja Amir Shah Raja Azwa,29, di Binjai On The Park, KLCC, … Read More
  • Farah (AF2) Selamat Bernikah Dengan UsahawanNews @mStar Farah (AF2) Selamat Bernikah Dengan Usahawan Dengan sekali lafaz, penyanyi Farah Diana Anuar, 26, (Farah AF2)sah bergelar isteri kepada usahawan Johan Johari, 26, di atas kapal Cruise Tasik, di sini, Jum… Read More
  • Rini AF7 kahwin 16 Julai 2011Rini AF7 kahwin 16 Julai 2011Tahniahlah kepada Rini AF7 dimana Pada 16 dan 17 Julai nanti, bakal menjadi detik manis buat Zuzafrini Zulkifli, 27, apabila dia kini menghitung hari untuk menamatkan zaman solonya selepas tuju… Read More
  • Memey Semakin Berdebar Tunggu 24 Septembernews @mStar Memey Semakin Berdebar Tunggu 24 SeptemberPasangan selebriti Memey Suhaiza Suhaimi dan Norman Hakim yang bakal mendirikan rumah tangga pada 24 September depan sedang sibuk membuat persiapan terakhir menjela… Read More
  • Video Perkahwinan TomokVideo Perkahwinan TomokJom sama2 kita tonton perkahwinan Tomok dengan Ayu yang berlalu. Semoga bahagia ke akhirnya.… Read More

0 comments:

Post a Comment