Saturday, April 19, 2014

Rozita Che Wan Larang Anak Jadi Pelakon


Pelakon Rozita Che Wan tidak akan membenarkan anak lelakinya, Ammar Effendy, 18, terlibat dalam bidang lakonan dan akan memastikan remaja itu memberi tumpuan kepada pengajiannya yang bakal bermula Mei ini.

Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Cik Ta, 41, berkata, sebelum ini ada beberapa syarikat produksi menawarkan tawaran berlakon kepada Ammar namun ditolak secara baik olehnya.

"Jika dia berminat pun saya tidak akan benarkan dia berlakon biarpun ada beberapa tawaran diberikan kepadanya tetapi saya tolak dengan baik," katanya kepada mStar Online.

Rozita ditemui pada majlis pelancaran wajah baharu mStar Online yang diadakan di Alexis The Gardens, Mid Valley, Bangsar di sini pada Khamis.

Ammar bakal memulakan pengajian peringkat asasi di Universiti Nottingham yang terletak di Semenyih dekat sini dalam bidang pengurusan perniagaan.

Dia turut memberitahu tidak berminat untuk terlibat dalam bidang seni seperti ibunya.

Rozita kesal dituduh suka menunjuk-nunjuk apabila dia memberitahu akan membelikan sebuah kereta untuk Ammar.

Dalam pada itu, Rozita kesal apabila ada pihak yang menuduhnya suka menunjuk-nunjuk kemewahan yang dimilikinya selepas membuat keputusan untuk  memberi hadiah sebuah kereta mewah kepada Ammar kerana kejayaan anaknya itu mendapat keputusan cemerlang 8A 1B dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini.

Jelas Rozita, dia tidak pernah berniat untuk menghebohkan perkara itu  sebaliknya hanya menjawab pertanyaan pihak media ketika ditemubual baru-baru ini.

"Apabila ditanya mengenai kesahihan tentang cerita saya ingin beli kereta untuk Ammar saya jawab tetapi bukan dengan niat untuk menunjuk-nunjuk apatah lagi bersikap riak.

"Tetapi malangnya orang salah faham dengan kenyataan saya dan menuduh yang bukan-bukan tanpa mengetahui cerita sebenar," jelasnya.

Ammar bakal memulakan pengajiannya pada Mei ini.

Sementara itu, Rozita berkata, hadiah yang akan diberikan kepada Ammar adalah sebagai galakkan kepada anak kesayangannya itu selain pemangkin semangat untuk berusaha lebih keras dalam pelajaran pada masa hadapan.

"Dia anak saya dan apa yang saya ingin berikan kepadanya adalah hak saya kerana saya tahu dia sudah berusaha keras selama ini dalam memastikan mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan," katanya.

Sumber: Mstar

Related Posts:

  • Rozita Che Wan teruja hamil lagi! Pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin terbang ke kepulauan Bali, Indonesia untuk bercuti bersama- sama dengan beberapa teman baik mereka. Pengantin baharu ini masih bercuti ke luar negara dan terbaharu, mereka memilih … Read More
  • Rozita Che Wan dan Fir AffandiGossip @manggaonline Rozita dengan siapa tu? Siapa di sebelah pelakon sensasi Rozita Che Wan tu? Ini bukanlah orang yang disebut-sebut ada hubungan dengannya? Jangan panik. Lelaki itu ialah seorang pelakon bar… Read More
  • Rozita Che Wan Mungkin Mengandung ? Pelakon Zain Saidin meluahkan perasaan gembiranya bahawa isterinya iaitu aktres Rozita Che wan berkemungkinan besar sudah mengandung. Zain, 30, berkata, sehingga kini dia masih belum lagi mendapat keputusan daripada pihak … Read More
  • Rozita Che Wan Masuk Hospitalnews @mStar Rozita Che Wan Masuk Hospital Pelakon Rozita Che Wan, 38, dimasukkan ke Pusat Perubatan Sime Darby Subang Jaya, dekat sini kerana dipercayai menghidap hepatitis. Sumber memberitahu mStar Online, … Read More
  • "Belum Pasti Che Ta Hamil" - Zain Saidin Selepas mendirikan rumah tangga hujung tahun lalu, pelakon cantik, Rozita Che Wan ada menyuarakan hasrat untuk menimang cahaya mata dengan segera.  Malah, perasaan itu semakin bertambah saat mengetahui Didie Alias se… Read More

0 comments:

Post a Comment