Wednesday, April 16, 2014

I Am Ziana Zain - Konsert Mega Ziana Zain

Ziana Zain
Ziana Zain
Kali terakhir para peminat tegar Ziana Zain menyaksikan konsert beliau ialah pada tahun 2001 iaitu di konsert ‘ZZ in the Park’ yang berlangsung di PWTC. 

Kini selepas 15 tahun tidak muncul dengan persembahan mega, penghibur bersuara lantang ini bakal mengubat kerinduan para peminat dengan konsert yang diberi nama I Am Ziana Zain.

Satu kelainan yang dibawakan oleh diva kesayangan ramai ini, konsert mega tersebut akan berlangsung di negeri kelahirannya, di negeri bersejarah Melaka iaitu lokasinya di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) pada 27 September 2014.

“Saya sangat berbesar hati dan bersyukur kerana impian saya selama ini akhirnya akan menjadi kenyataan apabila pihak penganjur menyatakan hasrat mereka untuk merealisasikan konsert saya. Saya tak sangka pada usia begini, masih ada pihak yang percaya dengan saya”

“Konsert ini juga sebagai hadiah saya kepada para peminat saya yang tidak pernah jemu-jemu menyokong saya. Ini juga berkat doa mereka yang sentiasa menyuarakan hasratt mahu menyaksikan konsert saya”

“Selama ni sudah banyak konsert lain di Kuala Lumpur, jadi sebagai memberi kelainan saya memilih Melaka. InsyaAllah ini sebagai permulaan dan sekiranya ada peluang dan rezeki, saya berhasrat membawa konsert saya ini ke negeri lain pula dan mungkin kemuncaknya akan diadakan di Kuala Lumpur nanti. Semoga konsert di Melaka ini akan membuka jalan lebih luas untuk saya pada masa akan datang,” kata Ziana Zain penuh teruja ketika ditemui pada sidang media mengumumkan komsertnya ini bertempat di hotel Royal Chulan Damansara, semalam.


Bakal berlangsung selama dua jam, konsert anjuran Gold Earth Pictures Sdn Bhd ini menelan kos sekurang-kurangnya RM730,000. Pada konsert yang akan diketuai oleh pengarah muzik berpengalaman, Aubrey Suwito ini, Ziana akan mendendangkan sebanyak 22 lagu hits petikan dari album pertamanya hingga terkini termasuk satu single baru istimewa buat para penonton.

Selain itu, persembahan penyanyi yang cukup popular dengan lagu ‘Madah Berhelah’ dan ‘Puncak Kasih’ ini akan diiringi oleh 22 pemuzik okestra. Berkonsepkan dramatik, penonton juga akan dipersembahkan dengan beberapa kejutan sekaligus memberikan hiburan maksimum kepada pembeli-pembeli tiket.

Tiket-tiket untuk Konsert I Am Ziana Zain dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu Platinum berharga RM325, Diamond (RM255), Gold (RM155) dan silver (RM95). Istimewa, seramai 100 pembeli pertama tiket Platinum berpeluang beramah-mesra dan melakukan aktiviti menarik bersama Ziana Zain, sehari selepas konsert berlangsung.

Tiket-tiket boleh didapati menerusi www.TicketPro.com.my atau beli terus di pejabat urusan Golden Earth Pictures. Selain itu tiket juga dijual di Melaka International Bowling Center (MIBC), Melaka. Bagi peminat yang membuat pembelian terus dari pejabat urusan Golden Earth Pictures bermula 14 April hingga 31 Mei akan mendapat potongan harga sebanyak 10%.

Related Posts:

  • Ziana Zain performed Lagu My Heart Will Go On ?Ziana Zain performed Lagu My Heart Will Go On ? F1 Pit stop - Max Mara Fashion Show. Pavilion 8 April 2011. The only guest artist Ziana Zain performed Simply The Best & My Heart Will Go On. Ziana did very well even t… Read More
  • Ziana Zain Top 10 Hot Asian MomsZiana Zain Top 10 Hot Asian Moms The 10 hot Asian moms are living proof that having children does not diminish one's beauty or allure. These Asian moms may have kids but they still have what it takes it makes heads … Read More
  • Ziana Zain Menangis Di Sambutan Hari JadinyaZiana Zain Menangis Di Sambutan Hari JadinyaKUALA LUMPUR, 16 MEI 2011: Gembira dan terharu! Begitulah perasaan yang dapat digambarkan terhadap penyanyi bersuara lantang, Ziana Zain sewaktu dia diraikan oleh kelab peminatnya,… Read More
  • ++ ZIANAFOLKS ++ The Official fanclub of ZIANA ZAIN++++ ZIANAFOLKS ++ The Official fanclub of ZIANA ZAIN '9009 : Bagi buat peminat setia Kak Ziana Zain, seperti admin sendiri silalah join kelab peminat ni- ZianaFolks ni, sememangnya dari dulu sudah ada forum ini tapi ent… Read More
  • Ziana Zain sebak dirai peminatnews @Kosmo Ziana Zain sebak dirai peminat ZIANA tidak dapat menahan air mata yang mengalir di pipinya saat dia diraikan oleh kelab peminatnya Zianafolks di Hotel Vistana, Kuala Lumpur, sempena kelahirannya yang… Read More

0 comments:

Post a Comment