Saturday, April 19, 2014

Rumahtangga Adam AF2 dikatakan goyah ?


Penyanyi dan pelakon Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman enggan mengulas panjang tentang dakwaan mengenai keretakan rumahtangganya.

Malah dia memohon supaya diberikan sedikit masa sebelum dia mengumumkan kedudukan statusnya dengan isterinya yang juga merupakan bekas anggota kumpulan Elite iaitu Fiza.

“Saya tidak mahu komen panjang tentang perkara ini, doakan sahaja yang terbaik untuk rumah tangga kami.

“Apa-apa cerita tentang rumah tangga kami InshaAllah saya akan beritahu kelak,” katanya seperti yang dipetik mStar Online.

Mengulas mengenai gosip tersebut, Adam mengakui sebagai selebriti segala berita baik dan buruk akan dapat dihidu oleh pihak media dan masyarakat.

“Apa yang saya boleh cakap kami baik-baik sahaja dan tidak bergaduh, kami cuma sibuk dengan kerja masing-masing. Saya anggap ia sebagai satu ujian,” ujarnya.

Selain itu, Adam juga turut menafikan dakwaan melarikan diri daripada pihak media bagi mengelak ditanya mengenai isu rumahtangganya dalam sebuah majlis baru-baru ini.

“Saya balik awal pada majlis berkenaan minggu lalu sebab ada hal peribadi, manakala saya terpaksa membatalkan sebuah sesi fotografi kerana mahu pulang ke Sabah berikutan ada perkara peribadi yang perlu diuruskan,” jelasnya.

Pasangan Adam dan Fiza telah mendirikan rumahtangga pada 26 September 2013.

Sumber: Astro Awani

Related Posts:

  • Photo: Pernikahan Norman & MemeyPhoto: Pernikahan Norman & Memey Dengan sekali lafaz, pelakon Norman Hakim, 35, telah selamat dinikahkan dengan pasangannya, pelakon Memey Suhaiza, 23, di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor pada pukul 5.10 … Read More
  • Noraniza Idris Akhirnya Bergelar Isterinews @mStar Noraniza Idris Akhirnya Bergelar IsteriDengan sekali lafaz, Penyanyi etnik kreatif, Noraniza Idris, 43, sah bergelar isteri kepada bilal sebuah masjid di Singapura, Jeffri Hudi, 52. Majlis pernikahan mer… Read More
  • SOROTAN 2011: Perkahwinan Artis Malaysianews @mStar SOROTAN 2011: Perkahwinan Artis Malaysia Kenangan indah sepanjang tahun ini bermula seperti berikut: Ayu Raudhah-Zaquan AdhaSabrina Ali-Syed Amirul Syed AhmadSiti Sarah-Shuib (Sepah)Farish Aziz-ZahrahNoh (Hujan… Read More
  • Eira Syazira Sah Jadi Isteri Azad Jazminnews @mStar Eira Syazira Sah Jadi Isteri Azad Jazmin Dengan sekali lafaz pelakon Syazira Shuhaimi atau Eira Syazira, 27, sah bergelar isteri kepada pelakon Azad Jazmin John Louis Jeffri yang diadakan di kediaman ke… Read More
  • Yuna, Qi Belum Sedia Jadi Suami Isterinews @mStar Yuna, Qi Belum Sedia Jadi Suami IsteriPenyanyi dan komposer, Yunalis Zarai atau lebih dikenali sebagai Yuna belum merancang untuk membawa hubungan percintaannya dengan pelakon dan pengacara, Qusyairi atau Qi … Read More

0 comments:

Post a Comment