Sunday, April 13, 2014

Judika Sukar Hasilkan Lagu Sedih


Penyanyi Judika menjelaskan sukar baginya untuk mencipta lagu-lagu sedih kerana ketika ini dia sedang melayari kehidupan bahagia bersama isteri tercinta Duma Riris Silalahi yang dikahwininya pada 31 Ogos tahun lalu.

Judika atau nama sebenar Judika Nalon Abadi Sihotang, 36, berkata, dia lebih selesa membuat lagu-lagu berunsurkan kebahagiaan.

"Dulu saya buat lagu sedih dan derita kerana saya sedang melalui saat-saat itu yang mana percintaan kami terhalang. "Namun selepas lagu Sampai Akhir, saya akhirnya berkahwin dengan Duma dan penderitaan saya juga berakhir. “Seandainya saya ingin buat lagu sedih saya akan merujuk kepada persahabatan atau pengalaman rakan-rakan lain," katanya kepada mStar Online, di sini, Jumaat.

Judika ditemui pada majlis pertandingan karaoke lagu-lagu Judika di Red Box Ria, di sini.

Penyanyi dari Indonesia itu berada di Malaysia bagi mengadakan konsert pertamanya di KL Live, Jalan Sultan Ismail di sini, pada Sabtu.

Dalam pada itu, Judika yang bakal menimang cahaya mata mengakui teruja dan sibuk dengan kelengkapan bagi menyambut bayi pertamanya itu.

"Isteri saya sudah mengandung tiga bulan dan kini dia sedang mengalami muntah-muntah.
"Saya dah sedia dengan kelengkapan bayi dan kami juga bakal berpindah ke rumah sendiri tidak lama lagi," katanya. baca artikel penuh

Sumber: Mstar

Related Posts:

  • Judika Sukar Hasilkan Lagu Sedih Penyanyi Judika menjelaskan sukar baginya untuk mencipta lagu-lagu sedih kerana ketika ini dia sedang melayari kehidupan bahagia bersama isteri tercinta Duma Riris Silalahi yang dikahwininya pada 31 Ogos tahun lalu. Judi… Read More
  • 'Konsert Live To Love' Afgan Buai Perasaan Penonton Penyanyi popular Indonesia, Afgan berjaya memukau penonton dengan persembahan bertenaga dalam Konsert Afgan Live to Love yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, pada Jumaat. Afgan membuka tirai persembahan deng… Read More
  • Konsert Judika Di Malaysia Pada 12 April 2014 Menyedari mempunyai ramai pengikut di negara ini, penyanyi terkenal Indonesia, Judika bakal membuat konsert istimewa khusus untuk peminatnya. Konsert 'Judika Mencari Cinta' bakal berlangsung pada 12 April 2014 bertempat d… Read More
  • Inul Tidak Lagi 'Goyang Gerudi' Penyanyi dangdut Inul Daratista membuat keputusan untuk mengurangkan tarian goyangnya selepas mendapati imej berkenaan tidak lagi bersesuaian dalam era muzik kini. "Inul berkata, irama dangdut ketika ini perlu tampil berbez… Read More
  • Istana Budaya Jawab Tuduhan Bunga Citra LestariTuntutan bayaran yang tinggi menjadi punca penganjur konsert Stanza Cinta iaitu Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Istana Budaya tidak dapat memberi ruang kepada penyanyi dari Indonesia iaitu Bunga Citra Lestari untuk menyer… Read More

0 comments:

Post a Comment