Sunday, April 20, 2014

Yus Jambu bakal kahwin hujung tahun ini


Pelawak terkenal yang merupakan salah seorang ahli kumpulan Jambu, Yus atau lebih mesra dengan panggilan Pak Yus bakal berkahwin dengan seorang model sambilan pada hujung tahun ini.

Menurut Yus, dia memilih tarikh pada hujung tahun kerana masing-masing sibuk dengan pekerjaan dan memerlukan masa untuk membuat persiapan.

“Persiapan itu dah buat dah sedikit demi sedikit, memandangkan kami sibuk dengan kerja jadi saya rasa hujung tahun adalah yang paling sesuai.

“Dia merupakan model sambilan dan  juga bekerja sebagai setiausaha ahli korporat. Kalau ikutkan hati memang saya nak beritahu siapa bakal isteri saya.

“Namun demi menghormati permintaannya, saya rahsiakan dulu,” katanya ketika ditemui di program Jelajah Komedi Sinar bersama Kawan Paratha pada Sabtu.

Mengulas mengenai perkenalan mereka Yus atau nama sebenarnya Yussry Edo, 38, memberitahu mereka berkenalan melalui Facebook dan sewaktu pertama kali bertemu wanita itu telah berjaya menambat hatinya.

“Saya kenal dia pun menerusi Facebook… Waktu tu dia masih belum kenal saya dan tidak tahu saya ini siapa.

“Selepas seminggu berkenalan barulah dia dapat tahu saya ni seorang artis.

“Alhamdulillah, sekarang tempoh perkenalan kami dah masuk setahun lebih, apa yang saya suka mengenai dia adalah dia faham kerjaya dan kesibukan saya.

“Selain itu dia pandai buat sambal belacan dan itu merupakan makanan kegemaran saya,” ujarnya ketawa.

Tambah Yus lagi, dia sememangnya berasa teruja untuk berkahwin namun menyerahkan segalanya kepada takdir.

“Teruja tu memang teruja, tapi saya buat relax saja sebab benda ini berkaitan dengan jodoh… Kita ikut alur yang ditentukan, dan semuanya ditangan tuhan.

“Memandangkan saya pernah kecewa dengan episod pertunangan sebelum ini, jadi untuk kali ini saya tidak mahu bertunang sebaliknya terus berkahwin.

“Bergaduh itu biasa, lagi-lagi dekat nak kahwin ni tapi bukanlah bergaduh besar… Saya rasa dia adalah pilihan yang tepat untuk saya,” ulasnya.

Bercerita mengenai majlis perkahwinan, Yus berkata dia telah merancang untuk membuat majlis bertemakan ala kampung semasa resepsi untuk pihak lelaki.

“Mengenai majlis kahwin pula, saya nak buat biasa-biasa saja ikut apa yang kita mampu… Walaupun masih belum ada tarikh lagi, saya sudah merancang untuk buat majlis kahwin bertemakan ala kampung bagi pihak saya di Perlis nanti.

“Saya nak buat tema ala-ala kampung sebab saya suka…Tak payah pakai buffet, makan berhidang lebih seronok.

“Panggil orang-orang kampung datang masak dan kawan-kawan sama-sama bergotong-royong, saya rasa ianya lebih meriah dan boleh mengeratkan silaturrahim.

“Manakala bagi resepsi pihak perempuan, masih lagi dalam perancangan dan saya serahkan pada dia untuk buat keputusan,” katanya mengakhiri perbualan. -- Astro Gempak

Sumber: Astro Awani

Related Posts:

  • Sekitar Perkahwinan LINDA ONN DAN UNGKU AZHARLinda Onn atau nama sebenarnya, Rozlinda Onn, 36 telah bergelar isteri kepada Ungku Azhar Ungku Muhammad Maznan. Tahniah diucapkan kepada penyampai radio Linda Onn, yang kini sudah sah bergelar isteri kepada Ungku Azhar Ungku… Read More
  • VINCE AF CHONG KAHWINI PRAMUGARI MASVince Chong yang juga juara Akademi Fantasia Musim pertama ini sudah pun berkahwin dengan seorang pramugari MAS kelahiran Sabah bernama Fiona pada Sabtu lalu bersamaan dengan 8 Mac 2014. Majlis perkahwinan yang berlangsu… Read More
  • Hans Isaac Buat Keputusan Kahwin Hujung Tahun Pelakon Hans Isaac telah membuat keputusan untuk menamatkan zaman bujangnya dan bakal mengumumkan berita baik itu hujang tahun ini. Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac, 48,  mengakui dia kini sedang menjalani k… Read More
  • Rumahtangga Adam AF2 dikatakan goyah ? Penyanyi dan pelakon Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman enggan mengulas panjang tentang dakwaan mengenai keretakan rumahtangganya. Malah dia memohon supaya diberikan sedikit masa sebelum dia mengumumkan kedud… Read More
  • Gambar Zed Zaidi & Nelly Nathalia NikahGambar Zed Zaidi & Nelly Nathalia NikahPELAKON Zed Zaidi, 31, atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil telah pun menamatkan zaman bujangnya dengan Natalia Mustafa Kamal, 28, pada 29 April lalu. Majlis akad nikah telah … Read More

0 comments:

Post a Comment