Tuesday, April 22, 2014

Britney Spears & David Lucado : Bapa Tidak Restu

Britney Spears & David Lucado
Britney Spears & David Lucado

BAPA kepada Britney Spears iaitu Jamie tidak merestui hubungan anaknya dengan David Lucado biarpun pasangan itu dikhabarkan akan berkahwin dalam masa terdekat.

Daily Mail melaporkan, Jamie gagal mempercayai lelaki tersebut kerana dia tidak yakin David dapat menjaga Britney dengan baik selain bimbang dia hanya mahu berkahwin dengan anaknya kerana wang.

"Britney dan David sedang dilamun cinta tetapi bapanya tidak senang dengan hubungan tersebut," kata sumber terdekat penyanyi itu.

Penyanyi lagu Toxic itu mempunyai dua cahaya mata iaitu Sean, 8, dan Jayden, 7, tahun hasil hubungannya dengan bekas suami, Kevin Federline.

Pasangan itu berkahwin pada September 2004 dan bercerai tiga tahun kemudian. Britney membayar USD20,000 (RM60,000) kepada Kevin setiap bulan sebagai nafkah anak-anak mereka.

Jamie kekal bertindak sebagai penasihat kewangannya sejak beberapa tahun lalu.

"Bapanya tidak mahu kejadian sama berlaku selepas anaknya bercerai dengan Kevin dan dia benar-benar mahu menyelamatkan wang dan harta anaknya.

"Sebab itu Jamie lebih senang Britney kekal solo tanpa mana-mana lelaki mendekatinya kerana dia tidak tahu niat sebenar mereka," kata sumber itu lagi.

Penyanyi itu sebelum ini memutuskan pertunangannya dengan Jason Trawick pada Januari tahun lalu dan dilaporkan mahu berkahwin dengan David.

Sumber: Mstar

Related Posts:

  • Britney Spears and Kim KardashianKim Kardashian and Britney Spears Wore The Same Dress Apa komen anda? kadang2 memang secara tak sengaja ataupun memang sengaja pakai baju yang sama.. hehhe.. saja nak sharing kat sinisource:omg.yahoo.com… Read More
  • Watch Britney's new video - Till The World EndsWatch Britney's new video BRITNEY SPEARS proves she's still got the moves with a vigorous display in her new video. The singer puts her body through a punishing dance routine as she belts out club-bound track Till The W… Read More
  • Britney Spears & David Lucado : Bapa Tidak Restu Britney Spears & David Lucado BAPA kepada Britney Spears iaitu Jamie tidak merestui hubungan anaknya dengan David Lucado biarpun pasangan itu dikhabarkan akan berkahwin dalam masa terdekat. Daily Mail melaporkan, Ja… Read More
  • Rihanna And Britney Tweet After Remix ReleaseRihanna And Britney Tweet After Remix Release Rihanna and Britney Spears tweeted each other after releasing their official 'S&M' remix, reports Billboard. Rihanna sent a message to Britney to praise her for appearing … Read More
  • Who is Britney Spears ?Who is Britney Spears ? Born: 2 December 1981 Birthplace: Kentwood, Louisiana Best Known As: Pop superstar singer of ...Baby One More Time Name at birth: Britney Jean Spears Britney Spears was … Read More

0 comments:

Post a Comment