Monday, April 21, 2014

Hanez Suraya: Kes Saman Dengan Bekas Pembantu Peribadi Selesai


Kes saman pelakon Hanez Suraya terhadap bekas pembantu peribadinya berhubung kenyataan memfitnah menerusi laman sosial akhirnya berjaya diselesaikan secara baik.

Peguam Hanez, Harjit Singh berkata kes itu berjaya diselesaikan, namun beliau enggan mendedahkan terma-terma penyelesaian yang dicapai kedua-dua pihak. Harjit menjelaskan Hanez gembira dengan segala keputusan yang telah dicapai.

Pada November tahun lalu, Hanez memfailkan saman terhadap Mohd Fairus dengan mendakwa bekas pembantu peribadinya itu telah memfitnah dan mengaibkannya menerusi laman sosial Instagram  menerusi akaun 'DashaSultan' dan Twitter menerusi akaun 'Dasha_Sultan pada 30 September hingga 15 Oktober tahun lepas.

Berikutan itu, Hanez telah menuntut ganti rugi khas, ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, kos, faedah, injunksi untuk menghalang Mohd Fairus daripada terus menyebarkan fitnah terhadapnya dan lain-lain perintah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Sumber: Media hiburan

0 comments:

Post a Comment