Monday, June 20, 2011

Siapa Juara Maharaja Lawak ?

Siapa Juara Maharaja Lawak ?

Selepas tersingkirnya kumpulan R2 dari program Maharaja Lawak di Dewan Tertutup Majlis Perbandaran Johor Bahru, malam Jumaat, kini Nabil, kumpulan Jozan, kumpulan Sepah dan kumpulan Jambu yang layak ke peringkat akhir.

Kemuncak program yang disiarkan di Astro Warna (saluran 132) itu akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam pada Jumaat ini.

Tonton preview

Bagi R2, sukar mereka untuk menjangkakan peserta mana yang bakal bergelar juara memandangkan di kalangan mereka semuanya memberikan saingan yang sengit.

“Secara peribadinya, kami tidak dapat menjangkakan peserta yang akan memenangi gelaran juara setelah melihat purata setiap persembahan mereka. Pada kami, mereka semua layak untuk menang.

“Kami berharap mereka yang berjaya ke peringkat akhir dapat melakukan yang terbaik. Setelah menonton persembahan mereka pada malam tadi (Jumaat), mereka memang layak kekal ke peringkat seterusnya,” kata Rahim Mat Ali, 41, ketika dihubungi mStar Online.

Empat peserta yang tinggal itu akan bersaing untuk memenangi hadiah berupa RM300,000 untuk juara, RM200,000 (naib juara) dan RM100,000 (tempat ketiga). more

tonton preview

source:
mStar

Related Posts:

  • Maharaja Lawak Mega 2013, Siapa Juara ? Maharaja Lawak Mega 2013 PENTAS Maharaja Lawak Mega semakin menghampiri kemuncaknya. Jika dilihat daripada 16 peserta, hanya lima peserta bakal beraksi di pentas final nanti. Sepahtu, Shiro, Bocey, Nabil dan Jambu bakal b… Read More
  • 2013: 10 personaliti/perkara paling berpengaruh dunia hiburan 2013: 10 personaliti/perkara paling berpengaruh dunia hiburan Pencapaian karier muzik Yuna pada tahun 2013 di persada seni antarabangsa dianggap paling membanggakan. Kumpulan Jozan yang dianggotai oleh Johan dan Z… Read More
  • Sepah Juara Maharaja Lawak 2011news @mStar Sepah Juara Maharaja Lawak, Kongsi RM350,000 Selepas 13 minggu bertanding, akhirnya gelaran juara Maharaja Lawak berjaya menjadi milik kumpulan Sepah apabila mereka memperoleh markah tertinggi, dalam pertan… Read More
  • Gagal Di MLM 2013, Wala Sudah Dapat Banyak Tawaran Lakonan Kumpulan Wala meluahkan rasa syukur, walaupun tersingkir daripada program Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013) pada Jumaat lalu, namun mereka sudah pun menerima pelbagai tawaran lakonan. Salah seorang ahlinya, Wan atau nama… Read More
  • Jep (Sepahtu) Tepis Gosip Bertunang Selepas dua minggu gosip mengenai pertunangan Jep Sepahtu diberitakan, akhirnya pelawak itu tampil menafikan khabar angin tersebut. Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin, 29, berkata, dia terkejut dengan berit… Read More

0 comments:

Post a Comment