news @mStar
Zami Ismail Meninggal Dunia Akibat Masalah Jantung
Pelawak veteran, Zami Ismail (Pak Uda), 67, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, kira-kira pukul 10.30 pagi Ahad akibat kegagalan jantung.
Anak ketiga Allahyraham yang juga pelakon dan pengarah Mohd Soupi Zami (Opie Zami), 37, berkata, ayahnya sempat berpesan kepada semua anaknya agar berbuat baik sesama manusia.
"Keadaan dia (Allahyarham) berada dalam keadaan biasa saja dan pergi dengan tenang. Dia sempat berpesan kepada kami semua agar berbuat baik sesama manusia," katanya yang ditemui di perkarangan rumah mayat IJN, di sini, Ahad.
Menantu sulung Allahyarham, Azizah Amdih, 35, berkata, Allahyarham yang dimasukkan ke IJN sejak dua minggu lalu dilaporkan tenat pada malam Sabtu dan terpaksa bergantung hidup dengan bantuan mesin perubatan.
"Doktor memberitahu jantungnya sangat lemah dan terpaksa dirawat di Unit Rawatan Kritikal (CCU) sehinggalah pada malam tadi (Sabtu) keadaanya menjadi semakin tenat. Bagaimanapun Allah lebih sayangkan dia," katanya kepda mStar Online ketika dihubungi di sini, Ahad. more
Related Posts:
Ziana Zain Tegur Syarikat Korporat Enggan Taja Konsertnews @mStar Ziana Zain Tegur Syarikat Korporat Enggan Taja Konsert Penyanyi Ziana Zain menegur syarikat-syarikat korporat di negara ini yang enggan menaja konsert penyanyi-penyanyi tempatan berbanding penyanyi ant… Read More
Zami Ismail Meninggal Dunia Akibat Masalah Jantungnews @mStar Zami Ismail Meninggal Dunia Akibat Masalah JantungPelawak veteran, Zami Ismail (Pak Uda), 67, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, kira-kira pukul 10.30 pagi Ahad akibat kegagalan ja… Read More
Pelakon Lisa Surihani join Platun Seni Askar Wataniah ??News @mStarPelakon Lisa Surihani join Platun Seni Askar Wataniah ??Platun Seni Askar Wataniah yang dianggotai artis-artis tempatan berpeluang mengikuti rombongan ke Lubnan pada akhir bulan depan untuk memberi semangat kepada … Read More
'Arwah Wasiatkan 'Sesuatu' Sebelum Meninggal Dunia' - Fizonews @mStar 'Arwah Wasiatkan 'Sesuatu' Sebelum Meninggal Dunia' - FizoPelakon Fizo Omar memberitahu, arwah bapanya, Wan Omar Wan Ishak,71, yang meninggal dunia, Selasa mengamanahkan “sesuatu” agar dia menyimpan barang … Read More
Wardina Saman 245 Blogger'sWardina Saman 245 Blogger's Pengacara program Malaysia Hari Ini (MHI) Wardina Safiyyah Fadlullah, 32, akan mengambil tindakan undang-undang terhadap laman blog sekiranya artikel yang mendakwa dia menyokong Parti Keadil… Read More
0 comments:
Post a Comment