Friday, June 13, 2014

Abby Abadi Terkejut Dengan Tuduhan Bekas Suami

Abby Abadi terkejut dengan tuduhan bekas suaminya, Muhammad Noor Farhan terhadapnya.

PETALING JAYA: Bekas anggota kumpulan Elite dan pelakon Abby Abadi menganggap bekas suaminya iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar farhan membuat tuduhan palsu mengenai pendedahan lelaki itu yang dikasari secara fizikal selepas kes penceraian mereka selesai pada Rabu lalu.
Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 37, menerusi laman Instagram miliknya berkata, dia terkejut dengan pendedahan lelaki berkenaan dan menganggap ia sebagai satu cara untuk menutup cerita sebenar yang berlaku dalam rumah tangga mereka.
"Saya tiada saksi di sini cuma Allah sahaja yang maha mengetahui semu ini, terkejut saya membaca kenyataan yang dibuat Farhan kerana sehabis baik saya cuba menutup semua cerita yang tidak perlu orang luar tahu sepanjang kami bersama sebagai suami isteri," katanya.

Terdahulu, Muhammad Noor Farhan, 24, mendakwa Abby pertama kali mencederakannya sekitar Januari lalu dengan membaling kunci motosikal ke wajahnya sehingga mengakibatkan kesan lebam selepas Abby mendapat tahu dia memberitahu seorang kenalan mereka sudah tidak mempunyai hubungan.

Dedahnya lagi, Abby sekali lagi bertindak agresif mencakar muka dan lengan kirinya pada 17 Mei lalu selepas dia enggan berbincang mengenai kes perceraian mereka yang dilafazkan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang sedang berjalan di mahkamah.

Lelaki itu turut mendedahkan bukti gambar kesan kecederaannya pada bahagian muka dan lengan kiri akibat dicakar oleh bekas isterinya itu kepada pihak media.

Muhammad Noor Farhan.
Pada seHakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Shaiful Azli Jamaludin memutuskan lafaz cerai menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dibuat Muhammad Noor Farhan pada 9 Mei lalu terhadap Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abd Manan, 37, adalah sah mengikut rukun dan hukum syarak ditetapkan.

Dalam pada itu, Abby turut menjelaskan sebagai pasangan suami isteri rumah tangga mereka sebelum ini tidak terkecuali dilanda masalah namun apa yang digambarkan oleh bekas suaminya itu tidak menggambarkan keadaan sebenar.

Malah Abby menyangkal tuduhan Muhammad Noor Farhan mengenai kononnya dia akan marah sekiranya tidak diberikan wang adalah palsu dan hanya cerita rekaan daripada lelaki itu.

"Sebelum ini kalau bergaduh pun tetapi semuanya baik-baik sahaja. Biasalah hidup rumah tangga kan? Dah tentu ada pasang surutnya.

"Anda boleh baca, dengar apa yang dia kata tetapi percaya jangan sebab dia memang dah terbiasa menipu," katanya.

Malah Abby meminta peminat jangan mudah membuat telahan sekiranya tidak mengetahui cerita sebenar tentang situasi sebenar rumah tangga mereka.

Abby dan Farhan bernikah pada 9 Julai tahun lepas di Selatan Thailand dan mendapat pengesahan di Kelantan.

Pelakon siri Gerak Khas itu sebelum ini pernah melangsungkan perkahwinan dengan pelakon Norman Hakim dan dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata.
Sumber: Mstar

Related Posts:

  • Abby Abadi Terkejut Dengan Tuduhan Bekas Suami Abby Abadi terkejut dengan tuduhan bekas suaminya, Muhammad Noor Farhan terhadapnya. PETALING JAYA: Bekas anggota kumpulan Elite dan pelakon Abby Abadi menganggap bekas suaminya iaitu Muhammad Noor Farhan Che Baka… Read More
  • Norman dan Memey Tinggal Serumah ?News @mStar KUALA LUMPUR: Pelakon Norman Hakim atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon,35, menjelaskan kenyataan bekas isterinya Abby Abadi menerusi Facebook kononnya dia dan tunang, Memey Suhaiza,23, tinggal serumah ad… Read More
  • Bekas Suami Abby Abadi Sudah Sedia Jadi Pelakon PETALING JAYA: Bekas suami kepada artis Abby Abadi iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar sudah bersedia untuk menjadi pelakon selepas kontroversi perceraiannya dengan wanita itu … Read More
  • Abby Abadi Sahkan Enggan Hadir Pernikahan Norman, Memeynews @mStar Abby Abadi Sahkan Enggan Hadir Pernikahan Norman, Memey Pelakon Abby Abadi sudah mengesahkan tidak akan hadir ke majlis resepsi persandingan bekas suaminya, Norman Hakim dan Memey Suhaiza pada 28 Septe… Read More
  • Abby Abadi maafkan Norman, MemeyAbby Abadi maafkan Norman, Memey Abby Abadi dalam laman Facebooknya telah memohon maaf kepada ksemua yang mengenali diri beliau secara peribadi termasuklah bekas suaminya, Norman Hakim dan juga Memey. "Sama-samalah … Read More

0 comments:

Post a Comment