Wednesday, February 26, 2014

Sharnaaz Ahmad mahu saman Lisdawati & Fauzi Nawawi

Pelakon Sharnaaz Ahmad memberi tempoh selama seminggu kepada pasangan Lisdawati dan suami, Fauzi Nawawi untuk tampil membuat permohonan maaf secara terbuka atau berdepan tindakan saman daripadanya.

"Saya bagi masa seminggu kepada Fauzi dan Lisdawati untuk minta maaf secara terbuka. Mereka juga kena minta maaf pada mak bapa saya atas apa yang sudah berlaku.

"Mereka sudah membuat cerita dan memburukkan keadaan, sedangkan benda ini boleh diselesaikan dengan baik. Bila orang panggil kita anjing kurap dan membabitkan mak bapa dalam kes ini, tahap kesabaran saya pun ada batasnya.

"Kalau mereka tak minta maaf dan terus memalukan saya, tunggu saja saman daripada saya semaksimum mungkin," katanya kepada Harian Metro.

Sharnaaz Ahmad
Kemelut antara pelakon berusia 29 tahun itu dan Lisdawati berpunca daripada tindakan Sharnaaz menengking Lisdawati di lokasi penggambaran pada 19 Februari lalu.

Memburukkan keadaan lagi apabila suami Lisdawati, Fauzi membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi sebagai perlindungan atas dakwaan diugut Sharnaaz.
Dalam pada itu, Sharnaaz turut berkata, dia tidak akan mengalah atau tunduk kepada pasangan itu kerana kebenaran berpihak kepadanya.

"Saya terlepas meninggikan suara disebabkan perangai buruk Lisdawati yang memburukkan saya di lokasi tanpa sebab sebelum benda itu sampai ke telinga saya akhirnya.

"Apabila kejadian berlaku, Fauzi pula berkomunikasi dengan biadab tapi dia tidak pula tunjukkan semua mesej itu. Sekarang saya tunjukkan semua."

Sementara itu, Sharnaaz turut mengesahkan bahawa dia juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Jinjang kelmarin.



Source: Hmetro

0 comments:

Post a Comment