Tuesday, April 22, 2014

Zain Saidin Enggan Tahu Jantina Anak


Pelakon Zain Saidin tidak mahu mengetahui apakah jantina anak yang sedang dikandungkan oleh isterinya, Rozita Che Wan apabila wanita itu membuat imbasan kandungannya nanti.

Zain, 30, berkata, dia mahu perkara itu menjadi satu kejutan kepadanya biarpun isterinya teruja untuk mengetahui jantina anak mereka.

"Saya terima dengan rasa syukur tidak kira apa anak yang bakal lahir itu nanti lelaki atau pun perempuan kerana yang lebih penting isteri dan anak kami nanti selamat dan sihat.

"Tetapi jika diberi pilihan saya mahukan anak lelaki dan isteri pula mahukan sebaliknya," katanya kepada mStar Online.

Zain dan Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Cik Ta ditemui ketika pelancaran dan pelantikan mereka sebagai duta MV Bistro & Kafe di The Strand Kota Damansara di sini, Sabtu.

Bagaimanapun kata Zain, Rozita tidak sabar untuk mengetahui jantina anak mereka dan kebarangkalian sukar untuk perkara itu dirahsiakan.

"Apabila isteri tahu mengenai jantina anak kami pasti saya akan tahu juga akhirnya kerana dia akan membeli barangan mengikut jantina bayi itu nanti," katanya. baca artikel penuh

Sumber: Mstar

Monday, April 21, 2014

Shah Jaszle putuskan pertunangan, ada kekasih baru


Belum lagi kes khalwat dengan wanita bernama Farah Nurizzati selesai di mahkamah, pelakon Shahz Jaszle kembali menimbulkan kontroversi yang mungkin membuatkan anda semua “panas hati”.

Terbaru, Shah Jaszle dikatakan memuat naik foto romantik bersama seorang gadis di Instagram yang nyata bukan tunangnya, Redzwani Puteri. Sebaliknya seorang gadis yang dikenali sebagai Hanis Husna yang juga turut sama memuat naik foto mesra mereka di akaun Instagram miliknya.

Tindakan Shah memuat naik gambar tersebut mendapat komen negatif dan kecaman daripada para peminatnya sendiri yang kecewa dengan tindakan Shahz yang dianggap terlalu kejam. Rata-rata mereka tidak bersetuju Shahz memilih wanita tersebut berbanding Redzwani yang dianggap lebih cantik dan cerdik.

Namun Shahz sempat membalas kritikan para peminatnya dan mempunyai alasan tersendiri mengapa dia berbuat demikian.


“I don’t care what you’re gonna say. If you wanna comment better careful with your words. Cause you don’t know what I have been thru before this” seperti dipetik menerusi akaun Instagramnya.

Lebih panas, menerusi akaun Twitter milik Hanis Husna mengesahkan sendiri bahawa Shahz telah pun memutuskan tali pertunangan dengan Redzwani.

Dalam pada itu, Redzwani menerusi akaun Twitternya terkejut dengan tindakan tunangya itu dan hanya reda dengan apa yang berlaku. Lebih menyedihkan, Redzwani menganggap tindakan Shahz sebagai satu tindakan yang kejam, dan dia mengharapkan semua pihak tidak perlu rasa simpati dengan apa yang berlaku.

Sebaliknya dia merasakan pasangan  Shahz dan teman wanita barunya yang memerlukan simpati.

Apa pun kita tunggu sahaja kenyataan yang bakal dikeluarkan oleh Shah kepada umum kelak

Sumber: Astro Awani

Photo Comel Anak Sulung Ashraf Muslim & Wan Sakinah


Hari ini, sudah menjadi trend untuk ibu bapa memotretkan wajah comel anak kesayangan mereka yang baru dilahirkan. Pasangan Ashraf Muslim dan Wan Sakinah juga tidak ketinggalan mengambil langkah sama untuk anak sulung mereka, Sarah Ashraf.

Menerusi akaun Instagram, Ashraf dan Wan Sakinah telah memuat naik foto-foto comel Sarah yang telah dirakamkan oleh jurufoto profesional, The Photolicious.

Tentunya, foto-foto ini akan memahat memori indah dalam hidup pasangan ini. Klik sini lebih photo

Sumber: Media Hiburan

Hanez Suraya: Kes Saman Dengan Bekas Pembantu Peribadi Selesai


Kes saman pelakon Hanez Suraya terhadap bekas pembantu peribadinya berhubung kenyataan memfitnah menerusi laman sosial akhirnya berjaya diselesaikan secara baik.

Peguam Hanez, Harjit Singh berkata kes itu berjaya diselesaikan, namun beliau enggan mendedahkan terma-terma penyelesaian yang dicapai kedua-dua pihak. Harjit menjelaskan Hanez gembira dengan segala keputusan yang telah dicapai.

Pada November tahun lalu, Hanez memfailkan saman terhadap Mohd Fairus dengan mendakwa bekas pembantu peribadinya itu telah memfitnah dan mengaibkannya menerusi laman sosial Instagram  menerusi akaun 'DashaSultan' dan Twitter menerusi akaun 'Dasha_Sultan pada 30 September hingga 15 Oktober tahun lepas.

Berikutan itu, Hanez telah menuntut ganti rugi khas, ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, kos, faedah, injunksi untuk menghalang Mohd Fairus daripada terus menyebarkan fitnah terhadapnya dan lain-lain perintah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Sumber: Media hiburan

Fasha Sandha Sah Hamil Anak Kedua


Berita kehamilan Fasha Sandha akhirnya terjawab apabila pelakon ini mengesahkan dirinya kini sedang hamil anak kedua.

"Saya terima rezeki yang Allah berikan ini walaupun ada yang mengatakan jarak anak kedua ini terlalu dekat, kata mereka tak puas Rayfal bermanja dengan saya. Tetapi pada saya ini semua rezeki,” ujar Fasha dalam kenyataan yang dikeluarkan dalam satu laman web.

Untuk rekod, Fasha dan suami, Jejai telah dikurniakan anak sulung, Putra Rayfal, 1, pada 15 April tahun lalu.

Sumber: Media Hiburan

Erra Fazira terkejut pujukan Engku Emran

Pelakon dan penyanyi, Erra Fazira terkejut dengan tindakan bekas suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin apabila memuatnaik gambar anaknya dengan tulisan tertera seolah-olah mahu merujuk semula.

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 40, berkata kepada Mstar bahawa dia mahu agar privasinya di hormati.

"Tolong hormati privasi saya. Tiada ada ibu-bapa yang tidak mahu membahagiakan anak. “Tanggungjawab dan amanah (menjaga anak) tetap dikendong. Jangan desak saya," katanya.

Sebelum itu, Emran, 39 telah memuatnaik gambar anaknya Engku Aleesya, 5, yang memakai baju bertulisan #prayformomandayah di akaun Instagramnya @iamkumbre.

Emran turut menulis mengenai hasratnya yang ingin memenangi hati Erra semula dan masih mempunyai perasaan cinta terhadap bekas isterinya itu yang dipanggilnya sebagai Syurga Aleesya (SA). Dia juga memuatnaik beberapa gambar lain sebelum ini bagai mengimbas semula kenangannya bersama Erra.

Ini menyebabkan beberapa peminat memberikan reaksi positif dan memulakan hashtag #prayformomandayah untuk mendoakan hubungan mereka agar terjalin kembali.

Maklum akan hal ini, Erra berkata kepada Mstar walaupun ramai mendoakan namun hanya dia yang tahu apa yang terjadi dan mahu semua mendoakan yang terbaik untuknya.

"Satu Malaysia boleh berdoa tetapi Allah lebih mengetahui. Saya mohon sangat-sangat, saya tahu apa yang saya lalui.

"Tolonglah hormati privasi saya dan doakan saja yang terbaik," katanya.

Emran dan Erra telah bercerai pada 18 Februari yang lalu dengan talak satu setelah mendirikan rumah tangga selama tujuh tahun.


"Salam ALL...ok this wil be my last pix for tday and id like to dedicate this posting to ALL of u who hv doa-ed fr the best for this innocent girl's parents...tq fr giving me the idea to create the hashtag on her baju...we were in KLCC last nite to look fr a place that can do as such but failed...but Alhamdulillah tday Aleesya n I managed to find a shop that wud do it...last nite Aleesya n I had an intimate chat again...i asked her if she wud help me win back Mom...and she replied YES!!! wtout hesitating followed by a looooong giggle...Aleesya only giggles when shes v excited, i'm not ashamed to show that i stil hv strong n steep feelings fr SA simply bcoz SA n i know we r not at fault fr what happened on 18/2...like sum of u commented tday i need to make the first move...fyi i hv done so 3 days ago when i texted SA expressing my undying feelings fr her...yes i hv always been the CHASER n i like it that way...coz thats the nature of human being...im not prepared to share what actually happened thru out our marriage bcoz its really2 personal...but i really do hope n need ALL ur prayers n doa yg terbaik fr the 3 of us...Aleesya is 50% of me...and the other 50% of Ayah is wt Mom...hence pls #prayformomandayah as Aleesya's tshirt reads...Wsalam"

Sumber: Astro Awani

Sunday, April 20, 2014

Info: Perbezaan antara sebatang rokok biasa dengan rokok tidak sah?

Pelbagai Helah Pekedai Dan Penyeludup Telah Dibongkar Seperti Menyorok Rokok Seludup Di Dalam Tin Biskut Dan Juga Tong Sampah.

Pada 21 Mac, Kastam Diraja Malaysia (KDRM) menyerbu 22 premis dan menahan 12 orang kerana menjual rokok haram di seluruh negara, kelmarin dan semalam.

Stok rokok haramnya turut ditemui di dalam tong sampah, selain di bawah meja kaunter jurujual.

Di Nibong Tebal, Taktik sebuah premis serbaneka menyorok rokok seludup di dalam tin biskut bersaiz besar, dipatahkan apabila sepasukan penguat kuasa kastam berjaya menghidu kegiatan itu di Taman Puteri Gunung, Tasek Mutiara di sini, semalam. Lagi Info



Noh Salleh nafi bersara, bakal muncul dengan dua album


Noh Salleh menafikan khabar angin dia ingin bersara daripada dunia nyanyian seperti isterinya, Mizz Nina. Malah penyanyi itu bakal muncul dengan dua album iaitu satu karya solo serta album bersama kumpulan Hujan.

Album solonya, Noh Salleh dijangka berada di pasaran selepas sambutan adilfitri dan single terbaru, Angin Kencang sudah menemui peminat. Noh yang membina nama bersama Hujan juga sedang giat menghasilkan album khas sempena ulang tahun ke-10 kumpulan itu.

Noh ditemui sewaktu pelancaran album Altimet, Kota Rayaku di Petaling Jaya baru-baru ini.

Sumber: Astro Awani

Fahrin Ahmad Sasaran Gay ?

Pelakon dan pengacara, Fahrin Ahmad akui pernah didekati kaum sejenis yang mahu menjalinkan hubungan songsang dengannya. Fahrin berkata lebih ekstrem lagi, apabila dia pernah menerima gambar separuh bogel yang berunsur seks daripada kaum sejenisnya.

"Sebenarnya stigma yang mengatakan saya ni seorang gay sudah lama, malah saya rasa ianya normal bagi setiap selebriti. "Lebih teruk lagi, saya pernah diganggu oleh seorang lelaki yang menghantarkan gambar separuh bogel ke talian saya. "Saya boleh terima kalau mereka hanya mahu berkawan tetapi jika ianya melampaui batas seperti menghantarkan gambar berunsur seks begitu, saya tidak boleh mendiamkan diri dan terus bertindak untuk blocked nombor mereka serta merta," ujar Fahrin.

Fahrin ditemui selepas sidang media Anda Boleh Jadi Jutawan oleh Power Root di Hotel One World baru-baru ini. Fahrin berkata mungkin salah satu faktor stigma itu timbul kerana dia masih lagi berstatus bujang.

"Nak kata sebab saya belum kahwin, tak jugak kerana saya perkara ini normal bagi semua lelaki.
"Kalau mereka ingat saya ni gay memang mengarutlah. Itu je yang boleh saya katakan," jelasnya.


Mengulas mengenai statusnya kini, Fahrin memberitahu dia tidak terdesak untuk berkahwin dan masih belum ada teman.

"Buat masa sekarang ni saya boleh kata saya tidak mencari dan tak menunggu sesiapa untuk berkahwin.

"Saya tak mahu terlalu memikir tentang kahwin kerana terlalu sibuk dengan kerja dan aktiviti harian,"luahnya mengakhiri perbualan. --- Astro Gempak

Sumber: Astro Awani

Yus Jambu bakal kahwin hujung tahun ini


Pelawak terkenal yang merupakan salah seorang ahli kumpulan Jambu, Yus atau lebih mesra dengan panggilan Pak Yus bakal berkahwin dengan seorang model sambilan pada hujung tahun ini.

Menurut Yus, dia memilih tarikh pada hujung tahun kerana masing-masing sibuk dengan pekerjaan dan memerlukan masa untuk membuat persiapan.

“Persiapan itu dah buat dah sedikit demi sedikit, memandangkan kami sibuk dengan kerja jadi saya rasa hujung tahun adalah yang paling sesuai.

“Dia merupakan model sambilan dan  juga bekerja sebagai setiausaha ahli korporat. Kalau ikutkan hati memang saya nak beritahu siapa bakal isteri saya.

“Namun demi menghormati permintaannya, saya rahsiakan dulu,” katanya ketika ditemui di program Jelajah Komedi Sinar bersama Kawan Paratha pada Sabtu.

Mengulas mengenai perkenalan mereka Yus atau nama sebenarnya Yussry Edo, 38, memberitahu mereka berkenalan melalui Facebook dan sewaktu pertama kali bertemu wanita itu telah berjaya menambat hatinya.

“Saya kenal dia pun menerusi Facebook… Waktu tu dia masih belum kenal saya dan tidak tahu saya ini siapa.

“Selepas seminggu berkenalan barulah dia dapat tahu saya ni seorang artis.

“Alhamdulillah, sekarang tempoh perkenalan kami dah masuk setahun lebih, apa yang saya suka mengenai dia adalah dia faham kerjaya dan kesibukan saya.

“Selain itu dia pandai buat sambal belacan dan itu merupakan makanan kegemaran saya,” ujarnya ketawa.

Tambah Yus lagi, dia sememangnya berasa teruja untuk berkahwin namun menyerahkan segalanya kepada takdir.

“Teruja tu memang teruja, tapi saya buat relax saja sebab benda ini berkaitan dengan jodoh… Kita ikut alur yang ditentukan, dan semuanya ditangan tuhan.

“Memandangkan saya pernah kecewa dengan episod pertunangan sebelum ini, jadi untuk kali ini saya tidak mahu bertunang sebaliknya terus berkahwin.

“Bergaduh itu biasa, lagi-lagi dekat nak kahwin ni tapi bukanlah bergaduh besar… Saya rasa dia adalah pilihan yang tepat untuk saya,” ulasnya.

Bercerita mengenai majlis perkahwinan, Yus berkata dia telah merancang untuk membuat majlis bertemakan ala kampung semasa resepsi untuk pihak lelaki.

“Mengenai majlis kahwin pula, saya nak buat biasa-biasa saja ikut apa yang kita mampu… Walaupun masih belum ada tarikh lagi, saya sudah merancang untuk buat majlis kahwin bertemakan ala kampung bagi pihak saya di Perlis nanti.

“Saya nak buat tema ala-ala kampung sebab saya suka…Tak payah pakai buffet, makan berhidang lebih seronok.

“Panggil orang-orang kampung datang masak dan kawan-kawan sama-sama bergotong-royong, saya rasa ianya lebih meriah dan boleh mengeratkan silaturrahim.

“Manakala bagi resepsi pihak perempuan, masih lagi dalam perancangan dan saya serahkan pada dia untuk buat keputusan,” katanya mengakhiri perbualan. -- Astro Gempak

Sumber: Astro Awani