Saturday, March 7, 2015

Nekad Berhijab, Lufya Padam Gambar Seksi Di Instagram



Pelakon dan penyanyi Lufya Omar kini tampil dengan imej baru selepas dia nekad untuk berhijab pada 2 Februari lalu sempena meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke- 30.

Lufya ketika ditemui pada majlis tayangan filem ‘Sunti@Facebook’ di TGV One Utama baru-baru ini memberitahu niat untuk berhijab sudah lama timbul namun pada waktu itu dia masih belum bersedia sepenuhnya.

“Alhamdulillah, saya mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya pada ulang tahun kelahiran saya.

“Saya akui dengan penampilan baru ini kehidupan saya lebih selesa dan tenang. Saya berubah kerana Allah dan tidak ada paksaan dari mana-mana pihak.

“Niat untuk bertudung sudah lama cuma saya belum bersedia, lebih-lebih lagi pada waktu itu saya terikat dengan kerjaya nyanyian dan juga lakonan,” katanya.



Lufya kini tampil dengan imej bertudung.

Lufya tidak menafikan perubahan yang dibuat oleh itu sedikit sebanyak telah menggembirakan hati ibu bapanya.

“Saya anggap ini adalah permulaan yang baik buat saya selepas pelbagai ujian telah saya lalui… Orang pertama yang paling gembira dengan penghijrahan ini adalah ibu bapa saya.

“Saya rasa sudah sampai masanya untuk saya menjadi seorang muslimah yang lebih baik di sisi agama dan saya berharap agar peminat turut mendoakan saya,” ujarnya.

Di samping itu, Lufya juga meminta  semua pihak menghormati penghijrahannya dengan  tidak menyebarkan foto-foto menampilkan imejnya yang tidak bertudung di laman sosial selepas ini.

“Kalau boleh saya mohon jasa baik semua pihak supaya tidak menyebarkan gambar-gambar saya tidak bertudung di laman sosial.

“Saya kini telah menjadi Lufya yang ‘baru’ dan saya mohon agar semua pihak menghormati perubahan imej saya.” kata Lufya yang turut memadamkan kesemua foto-foto lama di akaun Instagramnya.

Sumber: AstroGempak

Related Posts:

  • Hanis Zalikha kini tampil dengan imej baru Pelakon dan blogger terkenal, Hanis Zalikha kini tampil dengan imej baru selepas memuat naik gambarnya bertudung di laman Instagram KUALA LUMPUR: Pelakon dan blogger… Read More
  • Felixia Yeap Syukur Bergelar Muslimah Memetik status yang dikongsi di akaun Facebook miliknya, Felixia Yeap telah selamat memeluk agama Islam tepat jam 6.30 petang, semalam.    "Jam 6.30pm tadi...saya telah selamat mengucap syahadah saya di sebuah… Read More
  • Neelofa Ambil Keputusan Berhijab PETALING JAYA: Kehadiran Ramadan berjaya membuka hati pelakon Neelofa untuk berubah selepas dia memilih untuk memakai tudung.Pengurus kepada pelakon itu, Mohd Amer Shafiq Khalip atau lebih dikenali sebagai Shawn Amer be… Read More
  • Umie Aida Lebih Tenang Selepas Bertudung Penyertaan dalam kelas agama sejak tahun lalu telah membuka hati pelakon Umie Aida untuk terus berhijab. Walaupun berkeberatan untuk menghebahkan soal penghijrahnya, namun Umie mengakui selesa dan lebih tenang dengan peru… Read More
  • Ziana Zain: Berkat Ramadhan Kini Berhijab Kenapa Ramadan sentiasa dinanti, kerana Allah SWT menjanjikan bulan ini sebagai bulan untuk umatnya melipat ganda akan amalan dan beribadah untuk ganjaran pahala yang juga tidak terhingga banyaknya. Tetapi buat  pen… Read More

3 comments: