Thursday, April 17, 2014

Breaking News: Tragedi feri karam, angka korban meningkat, ratusan masih hilang

#PrayForSouthKorea
#PrayForSouthKorea
SEOUL: Usaha mencari dan menyelamat lebih 300 penumpang insiden feri karam di perairan Korea Selatan masuk hari kedua dengan angka korban meningkat kepada sembilan orang, sementara 287 yang lain masih hilang, lapor AFP.

Usaha giat dijalankan sepanjang malam tadi untuk mencari mangsa yang yang terselamat termasuk menggunakan lampu limpah dan lampu suluh.

Angin kencang dan ombak kuat dikatakan menggangu operasi dimana pasukan penyelam sedang berusaha mencari mereka yang berkemungkinan terperangkap di bahagian feri yang berudara.


Feri yang membawa 459 penumpang dan kru itu dalam perjalanan menuju je Pulau Jeju bagi tujuan lawatan sekolah dimana hampir kesemua penumpang merupakan pelajar sekolah menengah bersama 14 guru mereka.

Orang ramai mula bimbang bahawa jumlah kematian mungkin bertambah daripada angka asal, selepas kapal seberat 6,825 tan ini karam dan tenggelam sepenuhnya dalam masa dua jam selepas menghantar isyarat kecemasan pada jam 09:00 (0000 GMT).

Kementerian Keselamatan dan Pentadbiran Awam pada awalnya mengumumkan 368 orang telah berjaya diselamatkan dimana ia merupakan satu kesilapan disebabkan kekeliruan kenyataan yang dibuat oleh pelbagai sumber.


Kebanyakan daripada mereka berjaya diselamatkan adalah hasil bantuan nelayan serta bot-bot komersil sebelum flotila daripada pengawal pantai dan tentera laut kapal tiba dimana ia turut dibantu oleh beberapa helikopter.

1780 penyelam termasuk pasukan tentera lau SEAL Korea Selatan masih meneruskan pencarian kapal karam itu.

Punca kejadian masih belum diberitahu walaupun penumpang memberitahu bahawa feri tersebut terhenti secara tiba-tiba, menunjukkan kemungkinan kapal tersebut berlanggar dengan dasar.

Sumber: AstroAwani

0 comments:

Post a Comment