Thursday, February 3, 2011

Donnie Yen jadi jurusolek lembut

news @Kosmo

Donnie Yen jadi jurusolek lembut

IP Man, Hero Among Heroes, Seven Swords,  An Empress and the Warriors dan Bodyguard and AssassinsSERIUS, gagah, maskulin dan ganas! Itu karakter lelaki yang biasa dilakonkan aktor Donnie Yen menerusi filem-filem lakonannya termasuklah IP Man, Hero Among Heroes, Seven Swords, An Empress and the Warriors dan Bodyguard and Assassins.

Turut meraih perhatian peminat filem di peringkat antarabangsa menerusi skil mempertahankan diri yang kelihatan benar-benar hebat di layar perak, dia pernah bergandingan dengan nama-nama hebat filem aksi Hong Kong iaitu Jackie Chan, Jet Li dan Datuk Michelle Yeoh.

Sejak muncul menerusi filem sulung lakonannya, Miracle Fighters 2 pada tahun 1982, Donnie belum pernah melakonkan karakter komedi.

Namun, peminat fanatik Donnie, 48, pasti terkejut besar apabila berpeluang menonton filem terbaru lakonannya, All's Well Ends Well 2011 yang ditayangkan di pawagam di Malaysia bermula pada hari ini bersempena sambutan Tahun Baru Cina tahun ini.

Merupakan filem genre komedi pertama lakonannya, Donnie bukan sekadar perlu melakonkan karakter komedi, tetapi lebih mencabar dia menjelma sebagai Cheng Yue Keung, seorang lelaki lembut yang memiliki kerjaya sebagai seorang jurusolek! more news

0 comments:

Post a Comment