Friday, March 7, 2014

Photo: Pra Perkahwinan Aidil & Zarema

Menerusi akaun Facebook jurufoto Wunderclique, jom jenguk foto-foto menarik pra perkahwinan pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan bersama bakal isterinya, Zarema Zainal.

Tampil dengan persalinan sedondon berwarna putih, Aidil dan Zarema tampak berseri-seri menjelang hari bersejarah mereka.

Tahniah diucapkan kepada pasangan ini, semoga berbahagia ke anak cucu






Sumber: Facebook Wunderclique

Thursday, March 6, 2014

"Belum Pasti Che Ta Hamil" - Zain Saidin


Selepas mendirikan rumah tangga hujung tahun lalu, pelakon cantik, Rozita Che Wan ada menyuarakan hasrat untuk menimang cahaya mata dengan segera.  Malah, perasaan itu semakin bertambah saat mengetahui Didie Alias sedang hamil di usia 40-an.

Terbaru, ibu kepada dua cahaya mata itu dilapor berkemungkinan hamil selepas lambat datang haid.  Dan perkara tersebut disahkan oleh Zain Saidin ketika dihubungi Media Hiburan Online sebentar tadi.

"Betul, sudah seminggu lebih Che Ta lambat datang haid.  Kami belum buat sebarang pemeriksaan atau merujuk ke doktor.  Kalau boleh, biar sampai dua atau tiga minggu lagi.  Selepas itu barulah boleh dapat keputusannya.

"Buat masa sekarang, kami tidak mahu terlalu berharap.  Kalau tidak ada, sedih pula kan.  Jadi, tunggu sahaja dulu.  Kalau, ada syukur alhamdulillah," ujar Zain yang memberitahu isterinya itu memang teringin menimang anak dengan segera.

Sumber: Mediahiburan

Dato Yusof Haslam Berlinangan Air Mata Di Konsert 'Teaterikal Suara Kita'


Produser filem Datuk Yusof Haslam menitiskan air mata ketika menonton konsert Teaterikal Suara Kita yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, di sini, malam Isnin lalu.

Yusof, 60, yang bertanggungjawab menjulang nama Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain dalam industri filem tanah air pada era 90-an turut bangga dengan kejayaan ketiga-tiga artis berkenaan.

"Konsert ini mengembalikan nostalgia yang cukup bermakna sehingga ada beberapa babak yang buat saya menitiskan air mata.

"Saya terkenangkan perangai dan gelagat Awie, Erra dan Ziana sewaktu di zaman mula-mula saya mengarahkan mereka dalam filem-filem saya dahulu," katanya kepada mStar Online selepas menyaksikan persembahan pertama Konsert Teaterikal Suara Kita, di Panggung Sari, Istana Budaya, malam Isnin lalu.

Ketiga-tiga pelakon itu mencetuskan fenomena apabila muncul dalam filem Sembilu dan Sembilu 2 serta beberapa filem lain terbitan Skop Productions sehingga berjaya mencatatkan kutipan boxoffice.

Tambah Yusof, pada awalnya dia agak terkejut apabila diberitahu untuk mementaskan karya daripada filem-filem berkenaan.

Namun, setelah menonton hasil pementasan itu, dia percaya konsert tersebut bakal mendapat sambutan daripada peminat-peminat yang mengikuti perkembangan filem-filem arahannya itu.

"Sebenarnya saya terkejut apabila diberitahu bahawa mereka bertiga ingin pentaskan semula filem-filem saya.

"Saya macam tidak percaya mereka ingin bergabung semula. Tapi bila melihat persembahan mereka, saya percaya konsert ini akan mendapat kejayaan", ujarnya.

Sementara itu, Awie berkata, kejayaan pementasan tersebut menjadi bukti penyelesaian kemelut hubungan dingin antaranya dengan Erra Fazira.

Wednesday, March 5, 2014

Sidang Media Hanez Suraya : Hanez Suraya Minta Liyana Manan Mohon Maaf

Pelakon Hanez meminta Nurliyana Abd Manan iaitu isteri kepada lelaki yang dikaitkan dengannya memohon maaf secara terbuka kerana memfitnah dia sebagai punca keretakan rumah tangga mereka.


Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abd Aziz, 30, berkata, jika Nurliyana tidak berbuat demikian, dia akan mengambil tindakan kerana perbuatannya telah menjejaskan reputasinya sebagai seorang pelakon.

"Selepas saya dan keluarga dihina masyarakat, saya harap dia (Nurliyana) dapat membersihkan nama saya dengan memohon maaf kepada saya secara terbuka.

"Segala dakwaannya mengatakan sayalah menjadi punca keretakan rumah tangga dia dan suaminya langsung tidak benar kerana saya mengenali lelaki berkenaan pada 20 Disember lalu (tiga bulan lalu) sedangkan dia menuduh saya menjalinkan hubungan lapan bulan lepas.

"Kita lihat dulu sejauh mana respons dia mengenai permintaan saya ini dan jika dian tidak membuat seperti yang saya minta, nantilah tindakan saya seterusnya ," katanya.

Hanez ditemui pada sidang media khas yang dianjurkannya bagi menjelaskan isu apabila dia dikatakan bakal berkahwin dengan suami orang.

Sidang media itu diadakan di Hotel One World di sini pada Rabu.

Turut hadir peguam Hanez iaitu Wan Nurliyana Abdul Rahman, pemuda yang dikaitkan dengannya iaitu Romie Razin Adilha, 34, bersama peguamnya, Rubiah Jaffar.

Kontroversi mula tercetus selepas Hanez membuat pengakuan dia bakal berkahwin dengan seorang lelaki berstatus duda yang dikenali sebagai Mr.R dan menjadi punca keretakan rumah tangga pasangan berkenaan.

Tidak lama kemudian, Hanez telah dihentam oleh seorang individu menerusi laman Instagram miliknya dengan mengatakan kekasih pelakon itu sebenarnya masih suami orang dan mereka belum lagi bercerai.

Situasi bertambah tegang apabila Nurliyana membuat kenyataan dalam rancangan Melodi terbitan TV3 dan sebuah akhbar pada Ahad lalu yang menuduh Hanez sebagai punca pergolakan rumah tangganya.

Sementara itu Hanez juga menafikan telah bercuti dengan Romie berdua-duaan ke Bangkok, Thailand pada Januari lalu sebaliknya dia ke negara tersebut atas urusan perniagaan bersama lima orang rakan lain.


Dalam sidang media yang sama, Romie pula berasa agak terkejut apabila kontroversi tersebut tersebar selain perbuatan isterinya membuat kenyataan di media.

"Memang saya dan dia belum bercerai tetapi masalah rumah tangga kami sudah lama berlaku. Sebelum saya mengenali Hanez lagi.

"Malah isteri telah memfailkan cerai pada 8 Oktober 2013 dan ini merupakan fail cerai buat kali kedua yang dibuat oleh dia. Saya harap orang ramai tidak menghentam Hanez tanpa sebab lagi," tegasnya.

Hasil perkahwinan Nurliyana dengan Romie Razin, mereka dikurniakan dua orang anak yang berusia antara dua dan lapan tahun.

Sumber: Mstar

Panas: Photo Hanez Suraya & Suami Liyana Manan di Bangkok Thailand

Gambar Suami Liyana Manan & Hanez Suraya di Bangkok Thailand : Nampaknya, semalam Liyana Manan tampil ke Melodi mendedahkan masalah dan kemelut hubungannya dengan suami dan campurtangan artis Malaysia seperti Hanez Suraya di mana tindakan Haneza Suraya berkongsi gambar anaknya di Instagram tidak boleh diterima sebagai ibu kepada 2 anaknya.

Hanez Suraya
Bersama-sama ada beberapa keping gambar ekslusif di mana dilihat kelibat artis Malaysia yang sedang hangat ini, Hanez Suraya & suami Liyana Manan Mr. R (Romie Razin Adilha Bin Abdul Jais, Ahli Perniagaan berumur 34 tahun) pergi bercuti bersama-sama di Bangkok, Thailand.

Kenyataan Liyana Manan : Hubungan Suami Liyana Manan & Hanez Suraya


  • Saya nak tanya bila masa saya sah diceraikan? Mana surat cerai? Kenapa Hanez Suraya begitu berani membuat kenyataan sedangkan kami belum bercerai?
  • Kenyataan Hanez Suraya bagaikan mencabar saya, seolah-olah saya tunggul kayu sedangkah saya masa isteri Mr. R (Romie Razin Adilha Bin Abdul Jais, Ahli Perniagaan berumur 34 tahun) yang sah.
  • Sebelum ini saya (Liyana Manan) mendiamkan diri, tapi saya juga manusia. Walaupun hati saya terluka, tapi saya bukan wanita yang tidak bermaruah.






Sumber: beritasemasa.com.my

Hanez Suraya Adakan Sidang Media Perjelas Kontroversi

Hanez Suraya

Menyedari masyarakat perlu mendengar penjelasan daripada pihaknya berhubung kontroversi yang melanda, pelakon Hanez Suraya dijangka akan mengadakan sidang media bagi menjernihkan keadaan ini.

Hanez akan mengadakan sidang media pada 5 Mac ini (esok) bertempat di Bandar Utama. Tidak dapat dipastikan sama ada bakal suaminya, Mr. R akan turut hadir ke sidang media ini, namun  esok segala persoalan pasti akan terjawab sekali gus menutup terus isu ini daripada berpanjangan.

Sebelum ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan, isteri kepada Mr. R, Liyana Manan mendakwa Hanez menjadi penyebab kepada keruntuhan rumah tangga mereka selepas Hanez dan Mr. R didakwa telah menjalinkan hubungan cinta sejak lapan bulan lalu.

Malah, Hanez dan Mr. R juga telah bercuti ke Bangkok bagi meraikan ulang tahun kelahiran lelaki itu.

Sumber: Mediahiburan

Photo: Lana Nodin Tunai Umrah


Selepas dua tahun merancang, niat pelakon Lana Nodin untuk mengerjakan umrah tercapai apabila telah berangkat ke tanah suci pada 28 Februari lalu dengan ditemani adik lelakinya.

Pemergian Lana juga turut disertai oleh teman baik iaitu pelakon Lisdawati dan suami, Fauzi Nawawi.

"Tiada apa yang saya minta kecuali dikurniakan kesihatan yang baik untuk saya dan ahli keluarga. Selain itu, saya juga memohon bertemu jodoh dan dimurahkan rezeki. Semoga doa saya ini akan diredhai Allah S.W.T," ujar Lana kepada MH Online yang dihubungi sebelum berangkat minggu lalu.

Menerusi akaun Instagramnya, Lana turut berkongsi beberapa foto ketika berada di Madinah sebelum berangkat ke Mekah. Berikut antara photo yang dikongsi bersama:








Sumber: MediaHiburan/Instagram

Syamsul Yusof Masuk Wad Suspek Demam Denggi


Pengarah filem dan pelakon Syamsul Yusof, 30 kini ditahan di Pusat Perubatan Gleneagles, dekat sini, selepas disyaki menghidap demam denggi.

Ibunya, Datin Patimah Ismail berkata, dia membawa Syamsul ke hospital pagi Selasa selepas mengadu sakit kepala dan demam teruk sejak dua hari lalu.

"Saya bawa Syamsul ke hospital pagi tadi lepas dia mengadu sakit kepala dan suhu badan dia sangat panas.

"Pada mulanya saya ingat hanya demam biasa sahaja, tapi bila sudah dua hari demamnya semakin teruk, saya terus bawa dia ke hospital dan doktor syak ia mungkin demam denggi," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

Tambah Patimah, buat masa ini doktor masih lagi membuat pemeriksaan lanjut selepas mengambil contoh darah anak lelakinya itu untuk mengetahui penyakit sebenar.

Sementara itu, Patimah memberitahu, Syamsul sempat berjenaka akan bernikah di hospital jika keadaannya masih belum sihat pada hari pernikahannya yang bakal berlangsung 8 Mac ini.

"Setakat ini doktor masih belum buat pengesahan rasmi tentang penyakit ini dan baru sahaja ambil darah untuk pemeriksaan lanjut.

"Syamsul juga ada berseloroh untuk bernikah di hospital jika keadaan belum sihat menjelang hari pernikahannya nanti," ujarnya.

Patimah turut meminta peminat turut mendoakan agar kesihatan anaknya kembali pulih secepat mungkin.

Syamsul Yusof dan tunangnya, Puteri Sarah Liyana dirancang akan bernikah pada 8 Mac ini di masjid Sri Damansara di sini pada pukul 10 pagi.

Sumber: Mstar

Nad Zainal ikuti Kursus Kahwin Bersama Azwan Kombos ?


Pelakon Azwan Kombos, 29, mengesahkan telah menghadiri kursus asas perkahwinan bersama kekasihnya aktres Nad Zainal, 24, pada Sabtu dan Ahad lalu.

Bagaimanapun, Azwan menafikan akan mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

"Ya, kami ada menghadiri kursus kahwin pada minggu lalu di Masjid At-Taqwa di Taman Tun Dr Ismail, Namun tiada perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat ini.

"Bagi saya ambil kursus perkahwinan ini macam ambil lesen, kita boleh ambil bila-bila walaupun belum ada tarikh atau perancangan sekalipun, " katanya kepada mStar Online, di sini, Isnin.

Azwan berkata demikian ketika diminta mengulas tentang gambar-gambarnya bersama Nad Zainal ketika menghadiri kursus kahwin yang tersebar di Internet.

Sementara itu, Azwan berkata, mereka merancang untuk menamatkan zaman bujang dalam tempoh dua tahun lagi.

"Buat masa ini kami ingin fokus dalam kerjaya dan kumpul duit terlebih dahulu.

"Insya-Allah kalau tak ada halangan dalam masa dua tahun lagi (akan kahwin). Jodoh Allah yang tentukan, kalau boleh saya pun ingin perkara ini berlaku lebih awal," katanya.

Sumber: Mstar

Tuesday, March 4, 2014

Awie, Erra & Ziana Zain Terserlah Atas Satu Pentas

Konsert Teaterikal Suara Kita mengandingkan Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain yang berlangsung pada malam Isnin di Panggung Sari, Istana Budaya membuktikan aura dan kehebatan ketiga-tiga artis ini masih sama seperti dahulu.

Biarpun usia ketiga-tiga artis ini masing-masing sudah mencecah 40-an, namun mereka mampu membawa penonton untuk kembali ke era 20 tahun lalu dengan memberikan persembahan bertenaga.

Konsert yang terbahagi kepada dua segmen itu dibuka dengan nyanyian lagu-lagu popular ketiga-tiga artis berkenaan antaranya Puncak Kasih, Yang Terindah Hanyalah Sementara dan Bara.

Segmen pertama itu membawa penonton mengimbau kenangan terhadap lagu-lagu popular sekitar tahun 1990-an.

Lebih menarik, seramai hampir 1,500 penonton turut bersama-sama mengiringi nyanyian ketiga-tiga artis ini yang membawakan 22 buah lagu popular mereka.

Bagi segmen kedua, persembahan lakonan dalam bentuk teater yang dipetik daripada lima buah filem lakonan mereka iaitu Sembilu, Sembilu 2, Tragedi Oktober, Maria Mariana dan Merah turut menarik perhatian.


Adegan-adegan romantik antara Awie dan Erra Fazira antara yang ditunggu-tunggu penonton. Awie turut menyelitkan adegan lucu yang mencuit hati.

Selain itu, Erma Fatima selaku pengarah persembahan berjaya menyusun babak-babak 'trademark' menggabungkan kelima-lima filem tersebut menjadi satu karya baharu tanpa mencacatkan jalan cerita asal.

Konsert tersebut turut menampilkan gitaris undangan iaitu Mira Fana dan Edrie Hashim bagi mengiringi nyanyian Awie bertajuk Bujang Senang.

Antara lagu yang dinyanyikan ialah Kekal, Bersama Akhirnya, Pasrah, Jendela, Anggapanmu, Nur Nilam Sari, Ku Cinta Padamu, Ratuku, Di Ambang Wati, Senja Nan Merah dan Tragedi Oktober.

Turut hadir pada malam tersebut Datuk Yusof Haslam dan isteri, Datin Patimah Ismail.

Konsert selama 2 jam 30 minit ini berlangsung dari 3 Mac sehingga 9 Mac ini di Panggung Sari, Istana Budaya di sini.


Bagi peminat yang ingin menyaksikan persembahan ini, tiket dijual dengan harga berharga RM79 sehingga RM499 boleh dibeli di kaunter Istana Budaya.

Sumber: Mstar