Penyanyi kelahiran Akademi Fantasia 2014 (AF2014) Ziha akui terkejut sebaik sahaja diberi tawaran berlakon sebagai watak utama di samping aktor Fizz Fairuz.
Ziha atau nama sebenarnya Nor Aziha Md Salleh berkata dia berasa sedikit risau memegang peranan sebagai watak utama dalam telemovie berjudul ‘Hantu Mertuaku’ memandangkan dia masih baru dalam bidang seni.
Namun gadis yang berasal dari Johor itu ketika dihubungi Astro Gempak berkata berkat tunjuk ajar daripada pelakon Fizz Fairuz dan isterinya Almy Nadia, rasa gugupnya mulai berkurangan.
“Tawaran itu saya dapat secara mengejut. Ketika saya sedang berehat dirumah tiba-tiba pihak Astro Talent ‘call’ dan memberitahu saya ada tawaran berlakon.
“Perasaan masa itu bercampur – baur antara gembira, gementar dan takut. Lebih-lebih lagi bila saya tahu saya diberi watak utama lagilah saya tak tentu arah.
“Tapi saya berterima kasih kepada Fizz Fairuz dan Almy Nadia kerana mereka banyak membantu saya dan beri tunjuk ajar.
“Kak Almy terutamanya, walaupun hanya datang untuk menemani suami namun dia banyak memberi tips lakonan kepada saya,” katanya ketawa.
Tambah Ziha lagi pada mulanya dia memang gementar untuk bergandingan bersama aktor terkenal seperti Fizz Fairuz namun lama-kelamaan dia dapat menyesuaikan diri.
“Mana tak ‘nervous’! Tengok abang Fizz Fairuz dari jauh pun hati saya dah tak tentu arah ialah dia pelakon senior saya pula baru sahaja berada dalam industri tak sampai setahun.
“Macam-macam perkara saya fikir sampai ada satu tahap tu saya stress kerana risau tidak dapat memenuhi apa yang pengarah mahu.
“Saya juga takut jika keserasian antara saya dengan abang Fizz tidak wujud… Tapi sebenarnya abang Fizz ni dia seorang yang merendah diri, tenang dan ‘cool’ je.
“Banyak ilmu yang saya dapat dari dia dan hari ini dah masuk hari keempat kami ‘shooting’ dan saya rasa lebih selesa, kru-kru juga sangat baik dan banyak membantu saya,” katanya.
Dalam pada itu, penyanyi berusia 20 tahun itu juga turut memberitahu telemovie ‘Hantu Mertuaku’ akan ditayangkan pada Februari tahun depan di Astro Ria (saluran 104).
Sumber: Astrogempak
Tuesday, November 25, 2014
Ziha #AF2014 Gementar Berlakon Bersama Fizz Fairuz
Categories: adelaf2014, zihaaf2014
Related Posts:
Ziha #AF2014 Gementar Berlakon Bersama Fizz Fairuz Penyanyi kelahiran Akademi Fantasia 2014 (AF2014) Ziha akui terkejut sebaik sahaja diberi tawaran berlakon sebagai watak utama di samping aktor Fizz Fairuz.Ziha atau nama sebenarnya Nor Aziha Md Salleh berkata dia berasa se… Read More
#AF2014 Konsert ke 7: Ramai Tak Puas Hati Adel Tersingkir Konsert minggu ketujuh #AF2014 yang bertemakan Remy dan Sally telah pun berlangsung dengan jayanya di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Ahad lalu. Lapan pelajar #AF2014 iaitu Adel, Firman, Ewal, Zari… Read More
AF2014: Adel tersingkir pada konsert #AF2014 ke7 Keputusan yang mengejutkan berlaku di Konsert ketujuh #AF2014 yang berlangsung sebentar tadi apabila nama Adel diumumkan sebagai pelajar kelima tersingkir selepas Wawa, Farez, Muna dan Ziha. Mana tidaknya, Adel yang selama… Read More
AF2014: Azwan Tersingkir, Adel Diserap Masuk Final AF 2014 Dari kiri Adel, Nuha, Ewal, Azam dan Firman akan berentap pada peringkat akhir AF2014 minggu hadapan. -foto ROHAIZAT MD DARUS/ The Star SHAH ALAM: Pelajar Adel yang disingkir pada dua minggu lalu kembali bersaing… Read More
LY Simpan Hasrat Cipta Lagu Untuk Adel AF2014 Komposer dan penulis lirik terkenal LY menyatakan hasrat … Read More
0 comments:
Post a Comment