Monday, November 10, 2014

Astro Punyai Strategi Pastikan Finalis AF 2014 Terkenal


SHAH ALAM:  Astro mempunyai strategi dalam memastikan juara Akademi Fantasia 2014  (AF 2014) mampu mengekalkan populariti dan terus terkenal dalam industri hiburan tanah air.

Pengurus saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata, pihaknya akan memastikan kelima-lima peserta akhir itu mempunyai kerjaya yang sudah diaturkan dengan teliti.

Matlamat untuk melahirkan penyanyi yang mempunyai pakej lengkap berjaya apabila kelima-lima peserta akhir ini mempunyai kualiti tersendiri.

"Kali ini kita akan pastikan bukan sahaja juara iaitu Firman, malah kesemua peserta akhir ini akan terus popular dan mempunyai kerjaya untuk mereka yang telah dirancang," ujarnya pada sidang media selepas konsert akhir AF 2014 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, di sini, malam Ahad.

Firman bersama peserta-peserta AF 2014 lain.

Raqim berkata demikian ketika diminta mengulas perancangan pihak stesen televisyen tersebut selepas berakhirnya AF 2014 berikutan nasib peserta rancangan realiti tersebut pada musim lalu di lihar kurang popular dan terus tenggelam.

Sementara itu, mengulas lanjut perkara itu katanya, populariti seseorang peserta selepas keluar daripada program realiti itu turut bergantung kepada usaha mereka sendiri.

"Selepas keluar daripada program realiti ini mereka perlu bekerja keras untuk mengekalkan nama mereka untuk terus popular dan bukan hanya bergantung kepada usaha pihak stesen televisyen semata-mata.

"Kalau mereka mahu terus dikenali sebagai penyanyi mereka sendiri ada inisiatif untuk berusaha kearah itu, sebab itu kita lihat ada peserta yang berjaya sebagai penyanyi bukan daripada juara sendiri," ujarnya.

Nuha mendapat tempat keempat.

Sementara itu, Ketua Program Realiti dan Format ASTRO, Namanzee Harris berkata, peningkatan peratusan undian pada AF 2014 menunjukkan bahawa program realiti tersebut diterima kembali.

Katanya, perkara tersebut memberi peluang kepada program tersebut untuk mdiadakan kembali pada musim depan.

"Peratusan peningkatan undian meningkat sebanyak 102 peratus berbanding Akademi Fantasia 2013 lalu dan sebanyak 13 peratus peningkatan berbanding Akademi Fantasia musim pertama.

"Ini menunjukan bahawa masyarakat menerima kembali program realiti ini dan rancangan kami untuk kembali kepada format asal berjaya," ujarnya.

Sementara itu, juara Akademi Fantasia 2014, Firman atau nama sebenarnya Mhd Firman Bansir, 25, berkata, kemenangannya merupakan rezeki yang tidak dijangka.

Dia juga tekad menjadikan bidang nyanyian ini sebagai kerjaya selepas hampir dua tahun menganggur.
Aman 

"Alhamdulillah saya sangat tidak jangka kemenangan ini kerana ini pertama kali saya menyertai pertandingan nyanyian.
"Tujuan utama saya menyertai pertandingan ini adalah untuk mengubah nasib keluarga saya yang hidup dalam keadaan susah, selepas ini Insya-Allah saya akan teruskan perjuangan dalam industri seni suara," katanya.
Dalam pada itu, Firman berkata, wang kemenangan tersebut akan digunakan untuk menghantar kedua ibu bapanya mengerjakan umrah, sementara sejumlah lagi akan didermakan kepada tabung Palestin.
"Saya sudah bernazar jika menang saya akan bawa ibu bapa saya menunaikan umrah dengan wang tersebut, saya tahu kemenangan ini juga disebabkan doa daripada mereka.
"Selain itu, saya juga ingin memberi sedikit sumbangan kepada tabung Gaza, Palestin kerana simpati dengan nasib rakyat di sana yang memerlukan bantuan," katanya.
Dalam AF 2014 yang berakhir pada Ahad, Firman membawa pulang wang tunai RM50,000 dan sebuah kereta Toyota Vios.

Sumber: Mstar

Related Posts:

  • AF9 Result: KAY terkeluar Konsert Ke 6Jangan luper menyaksikan konsert mingguan pelajar Akademi Fantasia 9Siapakah pilihan anda?Result : 14 May 2011KAY Vote out !!Pelajar Lelaki AF9: ERUL, AZRI DAN HAZAMAPelajar Wanita AF9: NERA, LENA DAN FINA* Untuk maklumat lan… Read More
  • AF9 Result: MIZA terkeluar Konsert Per 3Jangan luper menyaksikan konsert pengenalan pelajar baru AF9Siapakah pilihan anda?Result : 23 April 2011Miza Vote out !!Digugurkan:AmirAidaPelajar Baru: Fina dan HazamaPelajar Lelaki AF9: AMIR, AFIF, RAQIB, KAY, ERUL dan AZRI… Read More
  • AF9 Result: AFIF terkeluar Konsert Ke 5Jangan luper menyaksikan konsert mingguan pelajar Akademi Fantasia 9Siapakah pilihan anda?Result : 07 May 2011AFIF Vote out !!Pelajar Lelaki AF9: KAY, ERUL, AZRI DAN HAZAMAPelajar Wanita AF9: NERA, LENA DAN FINA* Untuk maklum… Read More
  • Rozita hanya sahabat, bukan cinta - Shahir AF8Gossip @Kosmo Rozita hanya sahabat, bukan cinta - Shahir AF8 Juara Akademi Fantasia Musim ke-8 (AF8), Shahir menjelaskan bahawa hubungan dia dengan aktres jelita, Rozita Che Wan tidak lebih hanya sebagai sahabat dan… Read More
  • AF9 Result: RAQIB terkeluar Konsert Ke 4Jangan luper menyaksikan konsert pengenalan pelajar baru AF9Siapakah pilihan anda?Result : 30 April 2011RAQIB Vote out !!Pelajar Lelaki AF9: AFIF, KAY, ERUL, AZRI DAN HAZAMAPelajar Wanita AF9: NERA, LENA DAN FINA* Untuk makl… Read More

0 comments:

Post a Comment