Friday, November 28, 2014

Hadir Ke Malaysia, Rain Berlagak Diva Dengan Peminat?

Kunjungan penyanyi dan pelakon popular Korea Selatan, Rain di ibu negara untuk menghadiri sebuah majlis fesyen pada Khamis mendapat sambutan hangat oleh peminatnya.

Namun apa yang mengecewakan ada berita yang kurang menyenangkan mengenai perangai superstar yang popular menerusi drama bersiri ‘Full House ‘itu.

Menerusi ruangan Murai Batu di portal Murai, Rain atau nama sebenarnya Jung Ji Hoon dikatakan berperangai ‘diva’ sehingga melupakan peminatnya yang sanggup beratur panjang semata-mata untuk merakamkan kemunculannya.

Bukan itu sahaja malah Rain juga kelihatan kurang selesa  dan khabarnya superstar itu terkejut dengan kehadiran seorang peminat yang secara tiba-tiba meminta untuk bergambar bersamanya dan akhirnya dia telah mengambil keputusan untuk meninggalkan majlis berkenaan lebih awal.



Mungkinkah perubahan pada air muka Rain ini telah disalah ertikan oleh sesetengah pihak?

Akibat daripada tindakannya itu, acara yang sepatutnya berjalan lebih panjang akhirnya berakhir lebih awal.

Sebelum ini penyanyi berusia 32 tahun itu terkenal dengan sikapnya yang sentiasa tersenyum dan ramah melayan peminat. Mungkin Rain mempunyai alasan yang tersendiri mengenai insiden tersebut.

Sumber: Astrogempak

Related Posts:

  • Super Junior the 3rd Asia TourSuper Junior the 3rd Asia Tour The Super Junior guys will be back for a repeat performance also at the Big Dome on Saturday, Feb. 26, on their third Asia tour.Say hello again to Donghae, Eunhyuk, Leeteuk, Ryewook, Kyuhyun, Sh… Read More
  • Album Super Junior larisnews @kosmo Album Super Junior laris KUMPULAN Super Junior sekali lagi membuktikan bahawa kumpulan pop dari Korea Selatan itu diterima peminat di seluruh dunia. Terbaru, album baharu Super Junior yang dilancarkan … Read More
  • Lee Dong Wook and Sexy Bodygossip @murai Lee Dong Wook and Sexy BodySelepas berlakon drama Korea Selatan kesukaan ramai, My Girl pada tahun 2005, nama pelakon kacak Lee Dong Wook, 30 terus dikenali ramai Dong Wook turut menjadi bintang Kore… Read More
  • Hadir Ke Malaysia, Rain Berlagak Diva Dengan Peminat?Kunjungan penyanyi dan pelakon popular Korea Selatan, Rain di ibu negara untuk menghadiri sebuah majlis fesyen pada Khamis mendapat sambutan hangat oleh peminatnya. Namun apa yang mengecewakan ada berita yang kurang menyen… Read More
  • Kim Hyun Joong Datang KL 20 OgosKim Hyun Joong Datang KL 20 Ogos Penyanyi yang juga anggota kumpulan K-Pop, SS501 iaitu Kim Hyun Joong, 25, bakal berkunjung ke Kuala Lumpur pada 20 Ogos depan bagi mempromosikan album mini pertamanya iaitu Break Down. Albu… Read More

0 comments:

Post a Comment