Thursday, April 7, 2011

Karak ditayangkan pada 26 Mei depan

News @mStar

Karak ditayangkan pada 26 Mei depan

KUALA LUMPUR: Selepas mengecap kejayaan besar menerusi filem Hikayat Merong Mahawangsa, KRU Studios bakal menghasilkan filem ke sembilan mereka berjudul Karak yang akan ditayangkan pada 26 Mei depan.

Menurut pengarahnya, Yusry Abdul Halim, Karak menampilkan 10 imej entiti makhluk halus di mana jin atau syaitan yang boleh menyerupai pelbagai rupa.

"Ini merupakan filem seram pertama saya dan ia lebih memberi fokus dengan gabungan kesan khas pada solekan serta penggunaan imej janaan komputer (CGI).

"Selain itu, saya dan Norman yang bertindak sebagai penulis skrip membuat kajian tentang kisah-kisah makhluk halus yang pernah berlaku di Lebuh Raya Karak.

"Bagaimanapun filem ini tidaklah terlalu sukar untuk dihasilkan seperti filem-filem lain, bahkan penggambaran yang dijalankan hanya memerlukan selama 20 hari sahaja.

"Cuma penggambaran hanya dilakukan pada waktu malam dan sedikit sebanyak ia agak memenatkan kami," katanya.

Tambah Yusry, selain membuat penggambaran di beberapa lokasi luar seperti Hulu Langat dan Lembah Pangsun, kebanyakan babak turut dilakukan di studio untuk mempercepatkan masa.

Filem Karak dibintangi oleh pelakon-pelakon baru iaitu Shahir AF8 sebagai teraju utama iaitu Nik, Shera Ayob (Zura), Along Ezeyndy (Jack), Kilafairy (Ida) dan Sidek Hussin (Tok Malam). more

Related Posts:

  • Mentor 5 : Konsert Ke-3 Kumpulan BMentor 5 : Konsert Ke-3 Kumpulan BJangan lupa tonton Konsert Battle Kumpulan B malam ini, jam 9 di TV3!!!Result 3rd week Mentor 5 Kumpulan B :Erra Fazira (Salma) : 80 (Juara) 9009 choice ! watch videoEdry Halim (Iqa)… Read More
  • Mentor 5: Ayish TersingkirMentor 5 : Kumpulan AAyish TersingkirProtege Ayish atau nama sebenarnya Muhammad Faris Mohamed Razali, 21, tersingkir pada konsert Mentor musim kelima, yang disiarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam… Read More
  • Jaclyn Victor Kini Ke LA ! TahniahKL, 14 JULAI 2014: Berbekalkan bakat serta vokal yang hebat, penyanyi Jaclyn Victor kini mula menyusun strategi baru dalam bidang nyanyian apabila memulakan langkahnya untuk menembusi pasaran antarabangsa menurut kenyataan me… Read More
  • Mentor 5: Aiman TersingkirMentor 5 : Kumpulan AAiman TersingkirProtege Aiman atau nama sebenarnya Aiman Hakim Ridza was voted off today ! . Born on January 17th, 1989 in Johor Bahru. Lived in Johor Bahru until 1990 and then moved to Pulau Pinang with … Read More
  • Mentor 5: RatnaTersingkirMentor 5 : Kumpulan ARatnaTersingkirProtege Ratna was voted off today !FINAL contestants: SALMA, Shiha dan IKA9009 comments:Tak faham dengan sistem pemarkahan. So markah yang sebelum ini tak dikira ke? penat pengundi sebelum … Read More

0 comments:

Post a Comment