news @mStar
Anang Izin Anak Tinggal Dengan Kris Dayanti
SETELAH Krisdayanti bernikah dengan Raul Lamos, bekas suaminya, Anang Hermasyah telah mengizinkan puterinya, Aurelle untuk tinggal bersama ibu mereka.
"Ya, sekarang mereka boleh bermalam di rumah ibu mereka," ujar Annag seperti dipetik DetikHot.com.
Krisdayanti dikhabarkan baru sahaja pulang daripada berbulan madu di Dili, Timor Leste. Menurut Aurel, dia akan bertemu ibunya selepas pasangan pengantin baru itu kembali ke Jakarta.
"Saya rindu sama mereka, sudah seminggu tidak bertemu. Mimi (KD) sudah sampai di Jakarta, selepas ini saya mahu ke sana jumpa mereka. Saya juga teringin untuk ke Dili, kerana tidak pernah sampai ke sana," ujar Aurel.
Dalam pada itu, Aurel juga berharap KD dapat memberinya seorang adik lagi.
"Saya suruh Mimi dapatkan adik untuk saya, Mimi juga sering bercerita soal pantai di Dili dan saya tak sabar untuk ke sana," katanya. more
0 comments:
Post a Comment