Tuesday, April 5, 2011

Jimmy Shanley Luah Perasaan Mengenai Sikap Isteri

news @mStar

Jimmy Shanley Luah Perasaan Mengenai Sikap Isteri

SHAH ALAM: Pengacara, Jimmy Shanley Norjahan Salleh memberitahu isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah tanpa keizinannya.

Menurut Jimmy lagi, Nursuhaila juga tidak meminta maaf daripadanya sebelum bertolak ke Mekah pada 25 Februari lalu bersama ahli keluarganya.

“Saya ada ke majlis doa selamat yang diadakan keluarga Nursuhaila atas pelawaan keluarga mertua kerana mungkin boleh minta maaf.

“Tapi saya duduk berjam-jam di situ macam orang asing,” katanya dan menambah berasa sedih kerana telah berniat untuk mengerjakan umrah bersama isteri.

Jimmy, 31, yang ditemui semasa menghadiri prosiding sebutan kes nusyuz terhadap Nursuhaila, 25, di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Isnin, juga menitipkan pesan supaya isterinya kembali kepada ajaran agama.

“Sebagai suami, saya boleh menutup mata dan memaafkan kerana faham isteri boleh jadi emosional. Saya tidak kejam.

“Tapi walau kaya, cantik dan bijak macam mana pun, suami tetap di atas. Itu perintah Allah, bukan saya yang kata.

“Kalau suami perompak sekali pun, selagi dia tidak suruh melakukan dosa-dosa besar, suami harus dituruti,” tambahnya. more

Related Posts:

  • AF9: Operasi Gugur Untuk Sedarkan Pelajar Malasnews @Mstar AF9: Operasi Gugur Untuk Sedarkan Pelajar Malas Operasi gugur yang dilakukan oleh pihak Astro pada konsert kedua Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) Sabtu lalu disebabkan persembahan pelajar hambar… Read More
  • AF9 Result: RAQIB terkeluar Konsert Ke 4Jangan luper menyaksikan konsert pengenalan pelajar baru AF9Siapakah pilihan anda?Result : 30 April 2011RAQIB Vote out !!Pelajar Lelaki AF9: AFIF, KAY, ERUL, AZRI DAN HAZAMAPelajar Wanita AF9: NERA, LENA DAN FINA* Untuk makl… Read More
  • AF9 Result: MIZA terkeluar Konsert Per 3Jangan luper menyaksikan konsert pengenalan pelajar baru AF9Siapakah pilihan anda?Result : 23 April 2011Miza Vote out !!Digugurkan:AmirAidaPelajar Baru: Fina dan HazamaPelajar Lelaki AF9: AMIR, AFIF, RAQIB, KAY, ERUL dan AZRI… Read More
  • Rozita hanya sahabat, bukan cinta - Shahir AF8Gossip @Kosmo Rozita hanya sahabat, bukan cinta - Shahir AF8 Juara Akademi Fantasia Musim ke-8 (AF8), Shahir menjelaskan bahawa hubungan dia dengan aktres jelita, Rozita Che Wan tidak lebih hanya sebagai sahabat dan… Read More
  • AF9 Result: AFIF terkeluar Konsert Ke 5Jangan luper menyaksikan konsert mingguan pelajar Akademi Fantasia 9Siapakah pilihan anda?Result : 07 May 2011AFIF Vote out !!Pelajar Lelaki AF9: KAY, ERUL, AZRI DAN HAZAMAPelajar Wanita AF9: NERA, LENA DAN FINA* Untuk maklum… Read More

0 comments:

Post a Comment