Monday, January 3, 2011

Ning Baizura and New Album - Dewa

PENYANYI bersuara soprano, Ning Baizura merupakan artis yang berada dalam kelasnya yang tersendiri. Berkebolehan menyampaikan lagu bernada tinggi menjadikan Ning antara artis yang cukup istimewa di mata peminat.

Bercerita tentang single Mama Papa, ia merupakan salah sebuah lagu yang bakal dimuatkan dalam album kesebelasnya, Dewa yang dijangka siap pada Januari ini.

“Sudah lama sangat saya tidak muncul dengan album terbaru.

Berbeza dengan pengalaman lalu dalam penghasilan album, jelas Ning, kali ini kolaborasinya dengan Audi Mok memberi kebebasan buatnya dari pelbagai segi.

Ini termasuklah pemilihan lagu, konsep album serta susunan muzik yang menjadi pilihannya.

“Diberi kebebasan sebegini bagi saya lebih memudahkan. Saya dapat berdikari dan mencipta pencapaian tersendiri dalam diri.

“Walaupun sudah enam tahun tidak menghasilkan album Melayu, saya tidak pernah merasa tersisih. Apatah lagi dua tahun lalu, saya begitu sibuk dengan urusan pembukaan syarikat sendiri iaitu Happenings.

“Jadi, proses penghasilan album Dewa ini tertangguh selama dua tahun disebabkan ketika itu syarikat baru hendak bertapak dan baru mula mengumpul modal sedikit demi sedikit,” kata Ning.

Album yang diterbitkan oleh Ning dan Audi Mok yang turut bekerjasama dengan Satu Entertainment itu menampilkan sebanyak lapan buah lagu yang berkonsepkan balada, pop, elektro dan dance.

Mengembangkan bakat seni yang ada pada dirinya, Ning kali ini turut menulis sebuah lagu berjudul Propaganda.

Hampir kesemua lagu dalam album tersebut di cipta dan ditulis lirik oleh Audi Mok kecuali Propaganda yang liriknya ditulis sendiri oleh Ning manakala lagu Aku Bukan Dewa dicipta oleh Pam.

Related Posts:

  • Kelly Rowland's third album a successKelly Rowland's third album a success Kelly Rowland opens her third solo effort, "Here I Am," with the roaring "I'm Dat Chick," on which the diva boasts a newfound confidence. And for a solo career that has seen as… Read More
  • Album Super Junior larisnews @kosmo Album Super Junior laris KUMPULAN Super Junior sekali lagi membuktikan bahawa kumpulan pop dari Korea Selatan itu diterima peminat di seluruh dunia. Terbaru, album baharu Super Junior yang dilancarkan … Read More
  • Melly Goeslaw Rakam Lagu Berunsur AgamaMelly Goeslaw Rakam Lagu Berunsur Agama Pernah membuai perasaan peminat hiburan Malaysia dengan lagu lagu hits ciptaan beliau seperti Jika, Menghitung Hari & Hati Yang Terpilih, karya Melly Goeslaw sering di’nan… Read More
  • Mila Tarik Penjualan Albumnews @mStar Kecewa Dengan Erama Record, Mila Tarik Penjualan Album Penyanyi Mila Jirin merancang untuk menarik balik album keduanya yang kini telah berada di pasaran daripada Erama Record Sdn Bhd kerana kecewa… Read More
  • Coldplay Announces Release Date for New Album ‘Mylo Xyloto’Coldplay Announces Release Date for New Album ‘Mylo Xyloto’ While in the process of finishing up recording their fifth album, titled Mylo Xyloto, and doing the festival circuit this past summer, Coldplay sat down wit… Read More

0 comments:

Post a Comment