Monday, January 3, 2011

Jenazah Faizal selamat dikebumi

Bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Jenazah pelakon Faizal Yusuf, 33, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Muda, Batu Caves di sini, semalam.

Bapa saudara kepada pelakon itu, Mohd Aris Abd Rahman, berkata sebelum dikebumikan jenazah Allahyarham disembahyangkan di Surau At-Taqwa, Sentul Utama di sini, kira-kira jam 10 pagi.

“Saya antara yang paling rapat dengan Allahyarham, malah tidak tahu Faizal menghidap penyakit jantung kerana selama ini dia tidak pernah memberitahu sesiapa mengenai penyakitnya. Kali terakhir saya bertemu arwah pada Aidiladha lalu dan seperti biasa dia bergurau senda dengan ahli keluarganya tanpa menunjukkan sebarang perubahan luar biasa,” katanya di sini, semalam.

Allahyarham yang popular menerusi drama bersiri, Adamaya, Manjalara dan Tiramisu, meninggalkan seorang isteri, Rosmunira Rashid, 27, yang hamil lima bulan serta seorang anak lelaki, Muhammad Rayyan Nakhaie, 3, hasil perkahwinan dengan penyanyi Siti Nordiana atau Nana.

Turut memberi penghormatan terakhir ialah Nana dan artis seperti Corrie Lee, Rosyam Nor, Zamarul Hisham, Kartina Aziz, Deen Maidin dan Aida Khalida.
more news Bharian.com.my

Previous news

Related Posts:

  • TV3 siasat Karam Singh WaliaNews @ KosmoPETALING JAYA - Sistem Televisyen Malaysia Bhd. (TV3) telah memulakan siasatan dalaman berhubung tindakan pihak berkuasa terhadap wartawan dan pengacara televisyen TV3, Karam Singh Walia.Karam Singh sebelum ini di… Read More
  • Azam 2011 : Faizal Tahir Mahu Tambah AnakPETALING JAYA: Penyanyi Faizal Tahir, berhasrat untuk menambahkan bilangan ahli keluarganya apabila mahu mendapatkan seorang lagi anak pada tahun ini.Sehingga kini Faizal telah pun memiliki tiga orang anak, Ahmad Mikaeel Zida… Read More
  • News: Finalist Anugerah Juara Lagu 25Finalist Anugerah Juara Lagu 25 (09Jan2011):1. Kebahagiaan Dalam Perpisahan – Shahir2. Mencari Konklusi – Hujan3. Noktah Cinta – Hafiz4. Cinta Sempurna – Yuna5. Hanyut – Faizal Tahir6. Selamat Malam – Faizal Tahir7. Drama Kin… Read More
  • News: Pelakon Faizal Yusof meninggal dunia 01012011PETALING JAYA: Pelakon Faizal Yusof telah meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Pusrawi Kuala Lumpur pagi Sabtu. Menurut bekas isterinya, Siti Nordiana, Allahyarham Faizal mengadu sakit jantung dan pelakon drama… Read More
  • Jenazah Faizal selamat dikebumiBharian.com.myKUALA LUMPUR: Jenazah pelakon Faizal Yusuf, 33, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Muda, Batu Caves di sini, semalam.Bapa saudara kepada pelakon itu, Mohd Aris Abd Rahman, berkata sebelum dikebumikan jen… Read More

1 comments: