Friday, January 7, 2011

Bagus... Nabil Tahu Orang Tak Suka

Bagus... Nabil Tahu Orang Tak Suka

NIEZAM tersenyum sampai ke telinga apabila membaca komen Nabil Raja Lawak dalam sebuah akhbar.
Kata Nabil, dalam dunia ni bukan semua orang suka dia... Jadi apa yang dia buat tak semestinya semua orang boleh terima.

Niezam sokong sejuta peratus kenyataan Nabil tu. Memang betul Nabil, dalam dunia ini tak semua orang ada perasaan suka kepada orang lain.
Sifat manusia memang macam tu iaitu sifat mempersoalkan sesuatu perkara adalah lebih banyak daripada sifat untuk menyelesaikan sesuatu benda.

Niezam tak salahkan Nabil untuk memberi kenyataan itu kerana Niezam tahu selama ini ramai yang sukakan Nabil.
Kalau tidak takkan orang sanggup buang duit pilih Nabil jadi juara Raja Lawak dan Artis Komedi Lelaki Popular (Anugerah Bintang Popular 2009). Semua itu menunjukkan orang sememangnya sukakan Nabil.

Tahniah Nabil kerana tak semua orang yang dapat peluang untuk disukai seperti apa yang Nabil peroleh itu.
Tapi Nabil kena fikir satu benda, apabila orang sudah mula sukakan kita, jangan sesekali melakukan sesuatu yang membuatkan mereka benci. Itu yang harus Nabil fikir sebelum mempersoalkan kenapa orang membenci diri kita.

Orang membenci sesuatu perkara kerana ada sebabnya. Tiada ada orang benci sesuka hati.Bila Nabil sudah jadi artis, banyak benda yang harus Nabil jaga iaitu diri sendiri, keluarga, rakan-rakan dan peminat.


Jika semua itu penting dalam diri Nabil, maka Nabil harus berwaspada dalam setiap gerak geri Nabil sebelum melakukan sesuatu perkara yang membuatkan orang benci.
Jadi, hari ini apabila ada orang membenci Nabil, cuba Nabil lihat apa yang sudah Nabil buat? Hanya Nabil saja yang tahu. Previous news

Source:

whitect30

Related Posts:

  • Nabil Raja Lawak Mengaku Nakal, Tapi Tidak MabukGossip @mStar Nabil Raja Lawak Mengaku Nakal, Tapi Tidak Mabuk KUALA LUMPUR: Pelawak Ahmad Nabil Ahmad, 27, menjelaskan khabar angin kononnya dia pernah mabuk dan bercumbuan dengan seorang gadis di sebuah pub hotel terkemuk… Read More
  • Bagus... Nabil Tahu Orang Tak SukaBagus... Nabil Tahu Orang Tak SukaNIEZAM tersenyum sampai ke telinga apabila membaca komen Nabil Raja Lawak dalam sebuah akhbar. Kata Nabil, dalam dunia ni bukan semua orang suka dia... Jadi apa yang dia buat tak semestinya … Read More
  • Maharaja Lawak: Peserta Dikehendaki Undi Keluarnews @mStarMaharaja Lawak: Peserta Dikehendaki Undi Keluar Saingan Masing-Masing Peserta Maharaja Lawak yang bertanding malam tadi diberi mandat untuk mengundi keluar mana-mana peserta yang tidak disukai untuk dis… Read More
  • Maharaja Lawak Minggu Ke 8news @kosmo Maharaja Lawak Minggu Ke 8 WALAUPUN dibarisi nama-nama besar dalam industri tanah air namun ia belum cukup kuat buat kesemua peserta-peserta Maharaja Lawak bergelar Maharaja apabila setiap peserta … Read More
  • Nabil kena saman RM2 jutaNews @myMetro Nabil kena saman RM2 jutaAKIBAT mengutuk filem lakonan sendiri, Nabil disaman sebanyak RM2 juta oleh penerbit filem Lu Fikirlah Sendiri The Movie, SDAF Pictures. Namun nasib Juara Raja Lawak musim kedua amat bai… Read More

0 comments:

Post a Comment