Wednesday, February 5, 2014

Video: Piala FA: Perlawanan JDT dan T-Team ditangguhkan

jdt vs t-team
Aksi pusingan kedua Piala FA, antara Johor Darul Takzim (JDT) dan T-Team di Stadium Tan Sri Hj Hassan Yunus, Larkin  pada Sabtu tertangguh selepas pasukan pelawat enggan meneruskan perlawanan

Pelawanan tampak berjalan dengan baik pada babak pertama, dengan JDT mendahului 2-1, hasil dua gol jaringan Luciano Figueroa dan T-Team membalas menerusi jaringan Marzuki Yusof.

Namun, sebaik pengadil perlawanan, Lismotia Mohem  Mohd Tisan menamatkan aksi babak pertama, kelihatan pengendali JDT, Cesar Jimenez bertikam lidah dengan jurulatih kecergasan T-Team, Stefano Impagliazzo.



Perselisihan itu kemudian turut membabitkan Figueroa dan difahamkan ia berlanjutan hingga kedua- dua pasukan memasuki bilik persalinan.

Selepas  tamat waktu rehat, skuad Titans masih tidak memasuki semula padang walaupun tuan rumah sudah bersedia memulakan aksi separuh masa kedua.

T-Team kemudian terus bergegas meninggalkan stadium dan cubaan mendapatkan reaksi pengendali pasukan, Azraai Khor Abdullah dan pemain-pemainnya juga gagal.

Komisioner perlawanan, Zainal Mukri kemudian mengesahkan perlawanan ditangguhkan.

Wakil media yang membuat liputan, kemudian dihalang pegawai JDT untuk menemubual pemain dan pegawai pasukan tuan rumah mengenai insiden ini.

Peminat yang datang menyaksikan perlawanan kemudian meninggalkan stadium, selepas pengumuman penangguhan perlawanan.


Read more at: astroawani

0 comments:

Post a Comment