Sunday, May 25, 2014

Senarai Penuh Pemenang ABPBH2013

Senarai pemenang Anugerah Bintang Popular BH 2013 (ABPBH2013)

ABPBH2013

Kategori Utama:

Bintang Paling Popular – Aaron Aziz
Artis Baru Lelaki Popular – Achey
Artis Baru Wanita Popular – Zara Zya
Artis Duo/Berkumpulan Popular – Stacy & Akim
Penyanyi Lelaki Popular – Hafiz
Penyanyi Wanita Popular – Stacy
Pelakon TV Lelaki Popular –  Shah Iskandar
Pelakon TV Wanita Popular – Siti Saleha
Pelakon Filem Lelaki Popular – Aaron Aziz
Pelakon Filem Wanita Popular – Siti Saleha
Artis Komedi Lelaki Popular – Jep
Artis Komedi Wanita Popular – Jihan
Pengacara TV Lelaki Popular – Datuk AC Mizal
Pengacara TV Wanita Popular – Neelofa
Penyampai Radio Lelaki Popular – Johan (ERA)
Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana (HOT FM)
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Dato’ Rahim Razali

 Kategori Online:

Artis Lelaki Stailo – Awal Ashaari
Artis Wanita Stailo – Yana Samsudin
Gandingan Serasi di Layar – Azlee Khairi & Zara Zya
Watak Jahat Dalam Drama/Filem Popular – Sofi Jikan
Artis Berpengaruh di Laman Sosial – Datuk Siti Nurhaliza
Chef Selebriti Paling Popular – Chef Wan
Aksi di Youtube Paling Popular – Mengajar Kanak-kanak Riang (Mat Luthfi)

Wednesday, May 14, 2014

Ruminah Sidek Teruja Bersanding Buat Kali Pertama


Biarpun sudah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali sebelum ini, namun perkahwinan keempat pelakon veteran, Ruminah Sidek pada 17 Mei ini merupakan detik pertama baginya untuk merasai pengalaman bersanding di atas pelamin.

Lebih dikenali sebagai Mak Mah, pelakon ini dijangka akan melangsungkan majlis perkahwinan bersama Al-Fatah Rahim secara besar-besaran dengan jumlah jemputan seramai 3,000 orang.

“Insya-Allah dua pelamin iaitu untuk majlis pernikahan dan resepsi akan disediakan untuk majlis itu nanti dan saya teruja kerana ini adalah kali pertama saya akan naik pelamin dan bersanding. Ia sebenarnya atas permintaan anak-anak dan keinginan saya sendiri yang tidak pernah bersanding sebelum ini," ujar Mak Mah yang dipetik daripada sebuah portal berita.

Untuk rekod, Mak Mah dan Al Fatah, 70, berkenalan ketika sama-sama mengerjakan umrah di Mekah pada Mac lalu dan pasangan itu telah mengikat tali pertunangan pada 19 April lalu.

Sumber: MediaHiburan

Liyana Jasmay Selamat Lahirkan Bayi Perempuan


Pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay, 26, selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.9 kilogram pada pukul 7.40 malam, pada Isnin.

Ibunya, Datin Habsah Simpon berkata, Liyana yang kini berada di Pusat Perubatan Prince Court dekat sini, bersalin secara normal dan kini berada dalam keadaan baik.

"Alhamdulillah semuanya berjalan lancar Liyana dimasukan ke Pusat Perubatan Prince Court pada Ahad kerana sudah ada tanda-tanda untuk bersalin.

"Kira-kira pukul 7.40 malam Isnin dia selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.9 kilogram secara normal," katanya kepada mStar Online melalui aplikasi Whatsapp, di sini, Isnin.

Tambahnya, buat masa ini Liyana masih belum memberitahu nama yang dipilih untuk diberikan kepada bayi sulungnya itu.

Liyana mendirikan rumah tangga dengan Fathuddin Mazlan, 30, pada 2 Februari 2013 dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Seri Pacific, dekat sini.

Sumber: Mstar

Saturday, May 10, 2014

Siti Nuhaliza Kesal Lagu Baharu Dicetak Rompak


Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin begitu kesal apabila single lagu terbaharunya Jaga Dia Untukku yang  dipasarkan menerusi iTunes pada 3 April lalu telah dicetak rompak.

Siti, 35, berkata, pihak Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) telah menghubungi syarikatnya iaitu Siti Nurhaliza Production bagi memaklumkan lagu tersebut boleh dimuat turun secara percuma tanpa sebarang urusan pembelian di beberapa laman internet.

"Ini sesuatu yang sangat mengecewakan kerana ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil jalan mudah tanpa memikirkan kesusahan pihak lain yang menghasilkan lagu tersebut.

"Saya sendiri telah turun padang mempromosikan lagu ini secara eksklusif di radio Hot FM pada 3 Mei lalu.

"Malah para peminat saya juga mendapatkan lagu ini dengan melanggan di iTunes. Tetapi pada masa sama, ada pihak yang tidak bertanggungjawab `mencuri' hasil kerja orang lain," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu.

Tambah Siti, walaupun isu cetak rompak sudah lama menjadi masalah tetapi beliau berharap agar peminat atau penyokong industri muzik diberi kesedaran mengenai kesalahan dan impak sesebuah lagu yang dimuat turun secara haram.

"Jika saya sahaja yang berusaha memantau hal ini memang sukar. Bagi saya, semua pihak yang bertanggungjawab harus ada peranan masing-masing. Saya juga sering mengingatkan para peminat untuk mendapatkan album atau single saya dengan cara yang sah dan asli," ujarnya.

Bagaimanapun Siti berkata, dia bersyukur mengenai perkembangan penjualan lagu Jaga Dia Untukku yang mendapat kedudukan pada carta pertama di iTunes Malaysia.

Siti juga gembira kerana masih ada lagi masyarakat yang memberi sokongan terhadap industri muzik tempatan.

Sementara itu, Presiden RIM iaitu Norman Abdul Halim berkata, pihaknya akan mengambil tindakan serius terhadap isu lagu-lagu tempatan yang dicetak rompak secara digital.

"Bukan hanya lagu Siti, tetapi mana-mana penyanyi yang membuat laporan mengenai isu ini, pihak kami akan mengambil tindakan yang serius.

"Setakat ini, RIM turut bekerjasama dengan pihak polis serta syarikat perisian komputer untuk mengesan pihak yang tidak bertanggungjawab itu," tegasnya.

Jaga Dia Untukku adalah ciptaan Aubrey Suwito dan lirik hasil tulisan Rozisangdewi. Ia dirakamkan pada Januari 2014.

Sumber: Mstar

Vertical Horizon Bakal Gegarkan KL


Kumpulan alternatif rock tahun 90-an, Vertical Horizon buat julung kalinya bakal mengadakan konsert dikenali sebagai ‘Vertical Horizon Live In Kl 2014’  pada 3 Jun depan.

Ia bakal diadakan di KL Live, Jalan Sultan Ismail di sini.

Menurut penganjurnya Te'Ark Records, Ammar Fahmi, konsert tersebut bertujuan untuk mempromosikan album terbaharu mereka berjudul Echoes From The Underground selepas lima tahun mendiamkan diri.

"Album Echoes From The Underground telah dilancarkan pada tahun 2013 dan tahun ini mereka sibuk dengan konsert jelajah dunia. Malaysia dan Filipina merupakan dua negara Asia yang akan mereka jelajah. Tiket konsert berharga RM128, RM178, RM238 boleh dibeli menerusi laman web www.ticketpro.com.my atau boleh didapati di kedai muzik Rock Corner yang berdekatan.

Diskaun sebanyak 20 peratus turut diberikan kepada pembeli-pembeli awal sehingga 19 Mei ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai konsert, layari www.vhliveinkl.com baca artikel penuh

Sumber: Mstar

Shaheizy Sam Risau Belum Kahwin, Ibu Dedah Sikap Cerewet


Pelakon Shaheizy Sam mengakui berasa bimbang dan takut kerana masih belum bertemu jodoh ketika usianya sudah mencecah 32 tahun.

Sam atau nama sebenarnya Shaheizy Sam Abdul Samad, berkata, sebagai lelaki dia mengidamkan sebuah keluarga yang besar selain memiliki ramai cahaya mata.

"Secara jujurnya saya sudah bersedia (kahwin) dan ingin sangat menamatkan zaman bujang. Saya rasa takut kerana pada usia ini saya masih belum berkahwin atau memiliki teman istimewa.
"Saya selalu terfikir apa akan jadi bila kahwin lambat dan anak-anak masih kecil ketika saya sudah tua. Kalau boleh saya ingin sebuah keluarga besar dan anak yang ramai," katanya ketika ditemui pada Majlis Pengumuman Shaheizy Sam sebagai duta produk kicap Mahsuri di Restoran Rebung, Bangsar di sini pada Khamis.

Bagaimanapun, Sam berkata, dia percaya Allah mempunyai perancangan dan jodoh yang sudah ditetapkan buatnya. 
Sam akui sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga.
Dalam pada itu, kata Sam, dia bersyukur ibunya, pelakon Khaty Fauziah tidak pernah mendesak untuk dia mendirikan rumah tangga.

"Mummy  tidak pernah masuk campur tentang teman istimewa saya. Dia juga tidak pernah melarang atau mendesak saya untuk berkahwin.

"Dia seorang ibu yang memahami dan menyokong apa juga keputusan saya," katanya.

Sementara itu, Khaty menyifatkan anak lelakinya itu seorang yang terlalu cerewet dalam hal memilih teman istimewa.

Sebagai ibu, Khaty tidak meletakkan sebarang kriteria siapakah menantunya, namun dia berharap agar pelakon itu memilih isteri bukan daripada kalangan selebriti.

"Sam ini seorang yang selalu menganggap dirinya sentiasa inginkan kesempurnaan. Dia ada bawa beberapa orang wanita bertemu dengan saya tetapi selalunya hubungan itu sekejap sahaja kerana ada sahaja yang tidak kena di mata dia.

"Tetapi dia juga dapat 'baca' jika saya berkenaan atau tidak seseorang wanita yang diperkenalkan kepada saya itu. Kadang-kadang bila saya berkenan dia pula tidak mahu.

"Saya tidak kisah siapa pun yang dia pilih, tetapi kalau boleh biarlah bukan dikalangan artis," katanya.

Sementara itu mengenai pelantikannya sebagai juru cakap kicap Mahsuri  Sam berkata, dia sebenarnya penggemar kicap berkenaan sejak daripada zaman kanak-kanak.

Malah dia bersetuju menjadi jurucakap makanan itu selepas merasakan produk berkenaan benar-benar dekat dengan dirinya.

"Saya penggemar kicap sejak kecil. Setiap kali makan nasi, saya pastikan mesti ada kicap. Saya gemar nasi berlauk telur bersama kicap," katanya.

Selain bekerjasama dengan kicap Mahsuri, Sam juga merupakan jurucakap produk minuman Nescafe.
Sumber: Mstar

"Hafiz Hamidun Bukan Lelaki Idaman Saya" - Heliza Helmi


Penyanyi Heliza Helmi berharap namanya tidak lagi dikaitkan dengan artis Hafiz Hamidun kononnya mereka bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Heliza, 28, berkata, Hafiz bukanlah ciri-ciri lelaki yang diimpikannya untuk dijadikan suami tetapi dia lebih menganggapnya sebagai seorang abang yang boleh memberi nasihat selain rakan seangkatan dalam bidang muzik tempatan.

"Saya tidak faham mengapa orang suka mengaitkan saya dengan Hafiz sedangkan tiada apa yang berlaku pun di antara kami.

"Dia bukanlah ciri-ciri lelaki yang saya mahukan sebaliknya saya anggap dia sebagai abang dan rakan kerja dalam industri seni muzik," katanya.

Ditanya apakah ciri-ciri lelaki idamannya, Heliza enggan mengulas mengenai perkara itu kerana risau jika ada pihak yang mengambil kesempatan untuk mengaku dialah lelaki yang dimaksudkan.

"Saya tak mahu cakaplah apa ciri-cirinya. Sebelum ini saya pernah menyatakan lelaki yang macam mana saya suka dan ada individu ini tampil dan berkata dia adalah lelaki yang saya cari. Takutlah," selorohnya.

Dalam pada itu Heliza yang semakin aktif bergelar penceramah motivasi berharap, penjelasan berkenaan akan memuaskan hati semua pihak dan selepas ini tidak ada lagi pihak yang bertanyakan hal serupa berhubung hubungannya dengan Hafiz Hamidun.
ew
Hafiz Hamidun
Dalam pada itu Heliza berkata, dia masih lagi hidup solo dan menganggap masih belum tiba masanya untuk mempunyai pasangan hidup.

"Sekarang ini saya terlalu sibuk dengan dua projek iaitu pembikinan album solo berjudul Jom dan lagi satu adalah album duet bersama Salima (AF4).

"Menariknya album Jom yang berkonsepkan kerohanian dan zikir turut melibatkan adik saya sendiri, Hazwan Helmi sebagai komposer dan rakan duet. Setakat ini material semuanya sudah siap, tinggal nak rakam sahaja.
"Untuk album mini bersama Salima pula, kami tampilkan sebanyak tiga buah lagu," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Heliza sibuk dengan perniagaan baju muslimahnya, Falah Abiyana bersama rakan niaga yang juga pembaca berita TV AlHijrah iaitu Finaz Yunus.
Sumber: Mstar

Keluarga Restu Hubungan Ariel Peterpan & Sophia

Ariel Peterpan
HUBUNGAN percintaan Ariel dan Sophia Mueller dikhabarkan semakin serius.

Hubungan tersebut turut mendapat restu oleh bapa penyanyi tersebut Nazmul Irphan.

"Ya demi kebaikan mereka, kalau sudah jodoh saya restu sahaja," katanya pada rancangan Insert Siang.

Tambahnya, dia mengetahui tentang hubungan itu melalui berita yang tersebat di media.

Dia juga tidak menghalang jika pasangan itu membuat keputusan ingin bernikah dalam waktu terdekat.
"Ariel seorang yang tidak mahu berkongsi kisahnya, jadi saya juga tahu perkara ini melalui media.

"Ya, kalau mereka mahu bernikah tiada halangan daripada keluarga," katanya.

Sumber: Mstar

Friday, May 9, 2014

Indah (AF 2013) Terkejut Gosip Putus Tunang


Bekas peserta program Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) iaitu Indah terkejut apabila dikatakan putus tunang baru-baru ini.

Indah atau nama sebenarnya Siti Ruhailah Hussin, 27, berkata, dia hairan bagaimana tuduhan itu boleh timbul sambil menegaskan hubungannya dengan pemuda berusia 31 tahun itu tidak mempunyai sebarang masalah.

"Saya sendiri tertanya-tanya dari mana datangnya cerita mengarut itu dan ingin saya tegaskan ia sama sekali tidak benar.

"Kami masih bersama dan hubungan itu berjalan seperti biasa tanpa sebarang masalah," katanya kepada mStar Online  pada Khamis.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada April tahun lalu di Johor Bahru.

Penyanyi lagu Percayalah  ini bagaimanapun enggan mendedahkan siapakah jejaka yang sedang bertakhta di hatinya itu.

Dalam pada itu, Indah mengakui bimbang gosip berkenaan akan melukakan perasaan keluarga tunangnya.

Indah meminta perkara itu tidak diperbesarkan kerana dia enggan masalah lain timbul akibat gosip itu.

"Soal begini cukup sensitif dan saya tidak mahu ia diperbesarkan kerana banyak hati yang perlu dijaga.

"Ini bukan perkara main-main dan boleh menimbulkan masalah lain pula nanti," jelasnya.

Sementara itu, Indah berkata dia dan tunangnya masih belum menetapkan sebarang tarikh tertentu untuk melangsungkan perkahwinan buat masa ini.

Jelasnya, apabila tiba masa sesuai dia akan memaklumkan perkara itu kepada semua.

Tambah Indah, biarpun sukar menjalani percintaan secara jarak jauh namun kepercayaan menjadikan mereka kuat mengharungi cabaran.

"Saya di Kuala Lumpur dan dia di Johor tetapi kepercayaan yang tinggi  dan sering berkomunikasi membuatkan hubungan kami bertambah kuat," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Indah berkata, dia teruja bakal mengadakan persembahan pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) yang bakal berlangsung pada 24 Mei ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Sumber: Mstar

Kebahagiaan Rumah Tangga Ziana Zain & Armin


Jika sebelum ini, penyanyi terkenal Ziana Zain begitu menjaga privasi keluarganya, namun menerusi akaun Instagramnya, Ziana telah kongsikan saat-saat indah ketika membaca kad hari lahir pemberian empat anaknya ketika ulang tahun kelahiran yang ke-46, baru-baru ini.

Empat video yang dikongsi bersama peminat jelas menunjukkan kebahagiaan rumah tangga Ziana bersama suaminya, Armin yang dibina sejak 1998.

Jom saksikan kegembiraan Ziana bersama empat anaknya Muhammad Aiman, Muhammad Amar dan anak kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nour Kaseh.

Jom tengok video di instagram yang di kongsi beliau: klik



Sumber: Mediahiburan