Tuesday, January 6, 2015

Lamaran Secara Live Hairul Azreen - Hanis Zalikha Dikritik

Lamaran cinta pelakon Hairul Azreen terhadap aktres Hanis Zalikha yang dipertontonkan secara langsung menerusi pentas akhir Konsert GegarVaganza pada Ahad telah mengundang rasa tidak senang hati pelbagai pihak.

Rata-rata pengikut laman sosial meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan pasangan tersebut dan menganggap lamaran aktor itu tidak kena pada tempat.

Malah, juga ada yang menyifatkan perbuatan Hairul itu seakan-akan tidak menghormati acara dan juga penyanyi-penyanyi otai yang bersungguh-sungguh bertanding di konsert akhir GegarVaganza.





Begitu banyak kritikan yang diberikan kepada pasangan itu termasuklah di laman sosial Instaram peribadi mereka.

Kebanyakkan komen tersebut tidak bersetuju dengan tindakan yang diambil oleh aktor tersebut dan berpendapat Hairul sepatutnya terlalu mengikut lamaran budaya barat yang memerlukan jawapan ‘Yes or No’.






Bagaimanapun, Hairul ketika ditemui Astro Gempak berkata sudah bersedia untuk menerima apa sahaja kritikan yang dilemparkan kepadanya.

Hairul sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa hubungannya bersama Hanis Zalikha hanyalah sekadar teman rapat.

Sumber: Astro Gempak

Monday, January 5, 2015

Romie menangi hati keluarga saya - Hanez Suraya

Romie menangi hati keluarga saya - Hanez Suraya

KUALA LUMPUR: Kalau sudah jodoh, pasti tak ke mana. Sensasi serta kontroversi hubungan Hanez Suraya dan lelaki istimewa dalam hidupnya, Romie Razin Adilha nampaknya akan menemui penamat yang indah.

Selepas melalui kegetiran hidup termasuk kerjaya seni tahun lalu dek dituduh sebagai perampas serta perosak rumah tangga orang, kebahagiaan ternyata bakal menyebelahi hidupnya tak lama lagi.

Kes perceraian Romie dan bekas isterinya Nur Liyana Manan juga sudah bernoktah. Pasangan itu disahkan bercerai pada 9 Disember lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam. Romie yang juga seorang ahli perniagaan sudah bergelar duda.

Malam Sabtu lalu sekitar jam 9 malam, Hanez dan Romie diraikan dalam satu majlis pertunangan. Majlis diadakan di kediaman keluarga Hanez di Seremban asalnya dirancang secara tertutup tetapi turut dihadiri rakan media termasuk dari Hlive! dan Melodi.

Kata Hanez, dia dan Romie memberi tempoh enam bulan untuk bertunang dan disatukan dalam tahun ini juga.

"Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan seadanya malam Sabtu lalu. Ia dibuat untuk keluarga terdekat serta teman rapat saja secara tertutup. Asalnya hanya mahu mengundang 150 orang saja dan dibuat penambahan menjadi 200 orang pula.

"Pada saat akhir, ia bertambah sekitar anggaran 400 orang. Mujurlah makanan yang dihidangkan cukup untuk mereka yang hadir. Mulanya memang nak buat lepas waktu Maghrib, tapi pihak lelaki mahu selepas Isyak," katanya.

Mengenai undangan media, Hanez berkata ia daripada pihak lelaki.

Dalam pada itu, kisah hubungan Hanez yang bernoktah dengan Romie beberapa bulan lalu bukan sandiwara atau rekaan. Romie sendiri mengakui hubungan mereka berakhir seperti yang dipaparkan di dalam Melodi di TV3.


"Memang kami putus ketika itu. Cuma dalam tempoh berpisah, Romie bersungguh sungguh mahu memenangi hati saya semula. Dia datang pujuk. Paling penting, dia memenangi hati keluarga saya," katanya.






Bagaimana pula dengan kisah lelaki bergelar juruterbang yang dikaitkan sebagai pengganti Romie. Bahkan ada yang melihat lelaki berkenaan sekadar kambing hitam mengaburi kisahnya dengan Romie.

"Lelaki itu kawan baik saya. Jangan babitkan dia dalam semua ini. Jangan salah faham hanya kerana dia rapat dengan saya," katanya.

Apa harapan Hanez untuk semua ini?

"Saya mengharapkan penamat yang baik untuk ini. Saya anak sulung daripada tiga beradik dan keluarga juga mahukan yang terbaik untuk saya. Saya tak mengharapkan majlis yang berskala besar, cukup mereka yang datang nanti akan tumpang gembira," katanya.

Sumber: Bharian

Hanez Suraya dan Romie Bertunang


Pelakon kontroversi, Hanez Suraya Abdul Aziz, 31, kini bergelar tunang kepada kekasih hatinya Romie Razin Adilha, 35.

Hanez dan Romie melangsungkan pertunangan selepas Isyak malam semalam (Sabtu) di sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di kediaman keluarga Hanez di Seremban dan dihadiri keluarga terdekat masing masing.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh abang kepada pihak lelaki, Romie Asmawi Abd. Jais.

Berita pertunangan merpati dua sejoli ini akhirnya menutup spekulasi hubungan cinta mereka telah terputus.


Kisah cinta Hanez menjadi perhatian ramai selepas status teman lelakinya (kini tunang) masih suami orang terbongkar. Hanez juga telah dikatakan sebagai perosak rumah tangga Romie dan bekas isterinya yang dikatakan sedang berantakan waktu itu.

Sumber: Astro Awani

Pergeseran Chacha Maembong, Bapa Sekadar Salah Faham

Chacha Maembong.
 
PETALING JAYA: Pelakon Chacha Maembong berkata, tulisan bapanya, Ismail Embong yang marah terhadap dia sehingga enggan mengaku anak hanyalah sekadar salah faham.

Chacha atau nama sebenarnya Siti Aishah Ismail, 18, bagaimanapun enggan mengulas panjang berkenaan perkara itu kerana bimbang kenyataan yang dikeluarkan boleh mengeruhkan lagi keadaan.

"Saya tak mahu cakap banyak kerana takut jadi lebih teruk. Saya anggap perkara itu semua salah faham.

"Lagipun tidak elok untuk saya kongsikan hal-hal peribadi terutamanya berkaitan keluarga kepada umum. Ia boleh mengeruhkan keadaan," katanya kepada mStar Online.

Minggu lalu, Ismail yang juga pelukis terkenal negara menerusi status Facebook miliknya meluahkan rasa kecewa terhadap kenyataan Chacha di media yang dianggap membelakanginya sebagai bapa.


Chacha (duduk tiga dari kiri) bersama keluarganya.
Perselisihan faham bermula apabila Ismail memuat naik status mengecam majlis pernikahan anaknya Yaya Maembong dengan pelakon Wan Raja apabila mengenepikan peranannya sebagai seorang bapa dengan mengadakan perkahwinan secara membazir termasuklah majlis berinai yang tidak mendapat keizinannya.

Yaya dan Wan Raja bernikah pada 12 Disember lalu.

Chacha pula turut membuat kenyataan kepada sebuah portal menafikan tuduhan si bapa kononnya dia bersama dua beradiknya telah dihalau dari rumah kakak mereka Yaya sebaliknya mereka secara peribadi mahu berpindah ke sebuah rumah lain yang baru dibeli Chacha.

Kenyataan Chacha itu membuatkan Ismail terluka dan menyatakan bahawa Chacha bukanlah anaknya.

Sementara itu, Chacha berharap mana-mana pihak tidak lagi membesarkan isu berkenaan kerana perkara ia boleh menjejaskan lagi perhubungan keluarga mereka.

Dalam pada itu, dia bersyukur kontroversi yang timbul dalam keluarga tidak menjejaskan reputasinya sebagai seorang pelakon.

"Menjadi selebriti, saya perlu bersedia dengan pelbagai kontroversi yang timbul. Kerana itu saya cuba mengelakkan memberi komen tentang hal-hal peribadi termasuklah masalah keluarga. Saya tak mahu ia bercampur dengan kerjaya seni.

"Maafkan saya jika tidak mengulas panjang berhubung kontroversi (keluarga) yang timbul," ujarnya.

Sumber: Mstar

Nurul Wahab Dijangka Bersalin Awal

Nurul bersama suaminya Eric dan anaknya Zachary.

PETALING JAYA: Penyanyi Nurul Wahab yang sepatutnya melahirkan anak keduanya pada bulan hadapan berkemungkinan bersalin sebulan awal kerana masalah uri.

Nurul atau nama sebenarnya, Noorul Huda Abdul Wahab, 37, berkata perkara tersebut berlaku selepas dia disahkan mengalami placenta previa atau uri berada di bawah sehingga terpaksa dimasukan ke Pusat Perubatan Prince Court, dekat sini pada Rabu lalu.

"Saya mengalami pendarahan yang banyak pada pagi Rabu lalu dan suami terus membawa saya ke hospital. Doktor mandapati pendarahan tersebut disebabkan uri saya berada di bawah.

"Kandungan saya memasuki lapan bulan dan jika keadaan uri masih tidak bergerak saya akan bersalin bulan ini juga secara pembedahan. Sekarang saya masih dalam pemerhatian doktor selama 48 jam," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Khamis.
Nurul dirawat di Pusat Perubatan Prince Court sejak Rabu lalu.

Nurul ditahan di wad pusat perubatan berkenaan selepas mengalami pendarahan teruk ketika ingin membuang air kecil pada pagi Rabu lalu.

Dalam pada itu, Nurul berkata, kandungannya berada dalam keadaan selamat dan sihat, namun dia tidak dibenarkan untuk terlalu banyak bergerak.

"Alhamdulillah, bayi sihat ketika sampai sahaja di sini, doktor terus memeriksa keadaan bayi dan kadar degupan jantungnya.

"Buat masa ini saya tidak dibenarkan angkat benda berat termasuk mendukung anak saya Zachary yang kini 11 kilogram, selain itu saya tidak dibenarkan bergerak aktif kecuali ke tandas sahaja," katanya.

Jelasnya, doktor akan membuat pemeriksaan semula dalam dua minggu lagi bagi memastikan keputusan untuk bersalin secara normal atau pembedahan.

Sementara itu, Nurul menjelaskan placenta previa merupakan keadaan yang boleh berlaku kepada sesiapa juga ibu mengandung tanpa sebarang sebab tertentu.

Nurul bernikah dengan Eric Daniel Depp yang merupakan perunding kesihatan warganegara Perancis telah mendirikan rumah tangga pada 6 Jun 2012 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Zachary Depp, berusia setahun.

Penyanyi itu juga mempunyai seorang anak perempuan bernama Ayu Nazirah, 15, hasil perkahwinan dengan suami pertama, komposer, Ajai.
 
Sumber: Mstar

Keputusan Penuh Pemenang Gegar Vaganza

AYAI bersama trofi dan replika hadiah wang selepas muncul juara Gegar Vaganza, malam tadi. -Foto Mohamad Shahril Badri Saali
BUKIT JALIL: Vokalis kumpulan Ilusi, Ayai, malam tadi muncul juara pertama program realiti Gegar Vaganza yang mula menemui penonton sejak November lalu.
Dengan kemenangan itu Ayai membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, trofi dan berpeluang merakamkan sebuah single.
Beliau yang terharu membuat sujud syukur berikutan kemenangannya itu.
"Ini adalah kemenangan untuk semua penyanyi lain. Saya berterima kasih kepada Astro di atas penganjuran program ini," katanya.

IFA Raziah, Haleeda dan Edry membuat persembahan pada konsert akhir Gegar Vaganza di sini malam tadi. - Foto Adi Safri
Haleeda tempat kedua
Sementara itu, Haleeda menduduki tempat kedua dan membawa pulang wang tunai RM30,000 berserta trofi.
Mamat yang berada di tempat ketiga membawa pulang hadiah RM15,000 dan turut memenangi kategori persembahan terbaik yang dipilih hasil daripada undian khidmat pesanan ringkas (SMS). Kemenangan itu melayakkannya membawa pulang RM5,000.
Tempat keempat menawarkan RM10,000 dimenangi oleh Rahmat Mega, manakala Ifa Raziah di tempat kelima dan Fazli Zainal keenam.
Gegar Vaganza yang menemui penonton pada setiap Ahad jam 9 malam menampilkan 12 penyanyi tempatan yang pernah mencipta nama di persada seni tanah air.
Selain enam finalis berkenaan, Gegar Vaganza turut disertai Shima, Sam Innuendo, Hasnol, Nadia, Adilla dan Sharifah Zarina.

AYAI (tengah) menjuarai Gegar Vaganza pada konsert akhir di Bukit Jalil malam tadi. Haleeda meraih tempat kedua manakala Mamat Exist di tempat ketiga. - Foto Adi Safri

Sumber: Bharian

AYAI ILLUSI - Juara Gegar Vaganza

AYAI ILLUSI - Juara Gegar Vaganza

Keputusan penuh :

6. Fazli Zainal
5. Ifa Raziah
4. Rahmad Mega
3. Mamat Exist
2. Haleeda

Dan JUARA : AYAI ILLUSI


Sunday, January 4, 2015

"Saya Belum Hamil" - Eina Azman

Eina Azman terkejut dikatakan hamil.

PETALING JAYA: Pelakon Eina Azman terkejut apabila foto dia bersama suaminya, Datuk Paduka, Kaiser Gurmeet Harden, 36, yang dimuatnaik di Instagram telah mencetus tanda tanya daripada kalangan pengikut-pengikutnya yang mengandaikan dia sudah hamil.

Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman, 20, yang menafikan dakwaan itu berkata, andaian tersebut mungkin tercetus memandangkan dia memakai pakaian yang agak besar ketika itu.

"Ish... mana ada saya mengandung... orang nampak macam ada baby bump sebab saya pakai baju besar kot.

"Tambah pula sejak berkahwin pada Ogos tahun lalu, saya semakin berisi, jadi orang ingat saya dah hamil," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Jumaat.


Foto Eina dan suaminya yang dimuatnaik di Instagram mencetuskan tanda tanya di kalangan pengikut aktres itu mengatakan dia sudah hamil.

Pada 31 Disember lalu, Eina telah memuatnaik sekeping gambar dengan suaminya yang menikmati makan malam bersama sebelum menyambut sambutan tahun baru 2015.

Foto Eina yang memakai pakaian longgar dan besar membuatkan pegikut-pengikutnya membuat andaian bahawa dia kini sedang hamil dan mengucapkan tahniah kepadanya.

Sementara itu, tambah Eina, dia bagaimanapun tidak marah mahupun berkecil hati dengan komen-komen itu kerana menganggap ia juga satu doa agar dia dan suami memiliki cahaya mata suatu hari nanti.

Apatah lagi dia sudah pun bersedia untuk menimang anak dengan segera selepas melangsungkan majlis resepsi perkahwinannya pada 31 Januari ini di Hotel Istana, dekat sini.

Dalam pada itu, Eina berkata, dia kini sibuk menguruskan persiapan majlis resepsi tersebut yang dijangka dihadiri kira-kira 1,000 orang tetamu.

"Insya-Allah pada minggu depan, kad jemputan sudah siap dan akan mula diedarkan.

"Banyak juga persiapan yang perlu dilakukan dan buat masa ini saya tidak mengambil sebarang tawaran lakonan kerana ingin memberi fokus terhadap majlis ini," ujarnya.
 
Sumber: Mstar

Saturday, January 3, 2015

Viral Video: Kena buli masa rehat

Viral Video: Kena buli masa rehat


Alor Setar: Video memaparkan sekumpulan lima murid membuli seorang murid lain dipercayai berlaku di sekolah rendah, di sini, viral di laman sosial Facebook sejak semalam.

Video berdurasi satu minit 51 saat berkenaan mendapat lebih 30,000 tontonan sekali gus orang ramai meminta pihak berkaitan mengambil tindakan sewajarnya.

Difahamkan, kejadian membabitkan murid berusia 12 tahun itu dipercayai berlaku di dalam kelas pada waktu rehat, September lalu.

Paparan video berkenaan menunjukkan mangsa yang berpakaian sukan duduk atas lantai dan disepak pada badan selain kepalanya turut diletakkan bakul sampah plastik.

Bagaimanapun, mangsa hanya mendiamkan diri tanpa melawan sebaliknya menangis sambil meminta tidak diapa-apakan.


Difahamkan, pihak sekolah sudah berbincang dengan keluarga murid terbabit, pagi ini, yang turut meminta polis memberi amaran keras kepada semua pembuli berkenaan.

Sementara itu, Exco Pendidikan negeri, DatukTajul Urus Mat Zain berkata, beliau sudah dimaklumkan berhubung kejadian dan meminta maklumat lengkap daripada Jabatan Pendidikan Negeri.

Wakil keluarga ditemui enggan memanjangkan kes berkenaan, namun sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, tengah hari tadi.

Sumber : Harian Metro

Wednesday, December 31, 2014

Updated/ 31 Dec 2014: AirAsia Flight QZ8501 missing

Updated/ 31 Dec 2014: AirAsia Flight QZ8501 missing

Dec 31
5.45pm: First two bodies have arrived at Surabaya, where relatives are waiting. Photo: BBC


5.30pm: Singapore's MV Swift Rescue will deploy a Remotely Operated Vehicle when it reaches the south coast of Borneo tomorrow (Jan 1). The vehicle will search underwater for the aircraft's main fuselage and black box. Photo: Raj Nadarajan

5pm: Singapore sends 5th navy ship to join rescue and search operations. The RSS Kallang has the capability to conduct underwater search operations.
3.08pm: President Tony Tan Keng Yam and Prime Minister Lee Hsien Loong offer condolences to Indonesian counterparts.
2.23pm: Rescue divers have not been able to conduct their operations today due to bad weather, reports local media.
1.26pm: Rescue agency BASARNAS confirms there are now a total of 3 female and 4 male bodies found.
1.00pm: Another body recovered bring the total to seven bodies so far, reports local media.
12.20pm: Singapore to offer 2 more naval assets with underwater capabilities and replace corvette

11.05am: RSS Persistence arrived earlier at 9.30am, given a more defined search area, reports Channel NewsAsia.
10.29am: So far, 93 families have submitted general data for body identification. 30 families have submitted DNA samples.
9.54am: Rescue agency BASARNAS says bodies will be brought to Pangkalanbun, and then to Surabaya.
8.00am: Singapore’s RSS Valour, Swift Rescue take sector 2 while RSS Persistence, Supreme take sector 4 of rescue zone. Each measures 28 x 56 nautical miles.

(Photo: Channel NewsAsia)
6.50am: Malaysia Airline’s logo goes grey in solidarity with AirAsia.

6.45am: Day 4 of search and rescue mission begins at daybreak. Day 4 of search and rescue operation focused on four sectors measuring 28x56 nautical miles, says Malaysia’s chief of navy.
6.30am: US Navy ready to send maritime patrol plane, sonar equipment to scour seabed. US Fort Worth to be deployed from Singapore to join search for missing flight wreckage.
6.26am: The RSS Persistence, a landing ship tank, with two Super Puma helicopters on board is headed to the new search location south of Kalimantan. Its estimated arrival time is 10am on Wednesday (Dec 31).

Source: todayonline.com