Friday, February 27, 2015

Siti Nurhaliza - Saya Bukan Bimbang Soal Bayar Cukai


Siti menyangkal dakwaan kononnya dia mempunyai harta kekayaan sebanyak RM50 juta.

PETALING JAYA: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menjelaskan perasaan kurang senangnya dengan pendedahan kononnya beliau sebagai wanita ketiga terkaya di Malaysia bukan kerana bimbang perlu membayar cukai pendapatan.

Siti, 36, sebaliknya beliau bimbang dengan laporan yang dikeluarkan oleh portal savemoney.com itu akan mengancam keselamatannya dan keluarga jika perkara itu menjadi perhatian ramai.

"Sebagai seorang warganegara Malaysia saya sentiasa melaksanakan tanggungjawab membayar cukai tanpa sebarang masalah dan tidak perlu bimbang mengenai hal itu.

"Saya bukan bimbang tentang cukai tetapi keselamatan saya yang mungkin terancam dengan laporan yang tidak tepat itu. Jujur saya kurang senang dengan perkara itu," katanya kepada mStar Online.

Beliau berkata demikian sebagaoi mengulas laporan portal savemoney.com yang menyenaraikan Siti sebagai wanita ketiga terkaya di Malaysia dengan nilai kekayaan RM50 juta.

Dalam pada itu, Siti berkata, beliau kurang pasti atas dasar apakah pihak berkenaan menilainya dengan jumlah itu dan menganggap ia sebagai satu tanggapan dan andaian.

"Saya faham artikel berkenaan sekadar andaian dan tanggapan dalam mencerminkan yang hebat-hebat tentang wanita di Malaysia tetapi ia sama sekali tidak benar.

"Saya sendiri kurang tahu atas penilaian apakah mereka menganggarkan saya mempunyai harta kekayaan RM50 juta," katanya.

Sementara itu, Siti berkata, sebagai penyanyi dan usahawan, dia berharap laporan yang dikeluarkan tersebut akan menjadi kenyataan pada suatu hari nanti.

Malah kata Siti, beliau sentiasa menyimpan impian untuk mencapai tahap lebih tinggi dalam hidupnya dan sedang berusaha ke arah tersebut.

"Belum lagi tahap itu, tetapi siapa yang tidak mahu mempunyai nilai kekayaan sebanyak RM50 juta? Saya sendiri memasang impian untuk mencapai tahap itu suatu hari nanti.


Sumber: Mstar

Related Posts:

  • Siti Nurhaliza Sertai Askar WataniahSiti Nurhaliza Sertai Askar WataniahPenyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza merupakan antara selebriti yang telah bersetuju untuk menyertai Askar Wataniah menerusi platun khas yang akan hanya dianggotai penggiat s… Read More
  • Siti Nurhaliza - Album Inggeris PertamaSiti Nurhaliza - Album Inggeris Pertama ManggaOnline: Disisi kerjaya, Siti Nurhaliza kini membawa khabar gembira bahawa dia bakal muncul dengan album terbaru tahun ini. Berbeza dengan album-album sebelum ini, Siti muncul … Read More
  • Siti Nurhaliza Bakal Sertai Askar Wataniahnews @mStarSiti Nurhaliza Bakal Sertai Askar Wataniah Penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dijangka menyertai Rejimen Askar Wataniah dalam masa terdekat. Menurut Menteri Pertahanan Datuk Seri … Read More
  • Tun Mahathir Rasa Janggal Ditemu Bual Siti NurhalizaNews @MStarPETALING JAYA: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, 86, berasa janggal ketika ditemu bual penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, 31, pada rakaman program bual bicara yang berjudul S… Read More
  • Siti Saerah Bersalin ??Siti Saerah Bersalin ?? Biarpun khabar angin itu tersebar tanpa disebut siapa sebenarnya penyanyi yang dimaksudkan, namun bayang-bayangnya sedikit sebanyak terkena tempias kepada adik penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza,… Read More

0 comments:

Post a Comment