Friday, February 27, 2015

Hafiz Suip Diarahkan Jalani Fisioterapi Setahun


PETALING JAYA: Penyanyi Hafiz Suip terpaksa akur apabila perlu menjalani rawatan fisioterapi selama setahun di sebuah hospital swasta di Subang Jaya dekat sini akibat kecederaan pada bahagian tulang belakangnya (slipped disc) bulan lalu.

Hafiz, 25, berkata, biarpun kecederaan tersebut sudah pun pulih namun dia masih perlu melakukan rawatan tersebut bagi memastikan dia benar-benar bebas penyakit itu.

"Kecederaan slipped disc itu telah menghimpit beberapa saraf lain pada badan saya. Biarpun ia semakin pulih namun doktor mahu saya menjalani rawatan fisioterapi selama setahun bagi memastikan masalah itu tidak berulang.

"Biarpun perlu berulang-alik ke hospital dalam jangka masa setahun ini tetapi saya akur demi kesihatan saya," katanya kepada mStar Online.


Hafiz ketika mendapatkan rawatan di hospital.

Terdahulu, Hafiz dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit pada bahagian belakang badannya akibat tercedera semasa bermain futsal.

Dalam pada itu, Hafiz berkata, biarpun dia kini kelihatan sihat namun dia dinasihatkan tidak melakukan sebarang kerja berat selain berdiri terlalu lama.

"Kesakitan yang saya alami sebelum ini memang teruk dan Alhamdulillah sekarang saya semakin pulih dan mengikut semua arahan yang doktor berikan.

"Pun begitu saya kini kembali aktif mengambil undangan nyanyian tetapi lebih berhati-hati dalam pergerakan saya," katanya.
 
Sumber: Mstar

Related Posts:

  • APM 2011: Malaysia Ungguli 8 KategoriAPM 2011: Malaysia Ungguli 8 Kategori Anugerah Planet Muzik (APM) 2011 melabuhkan tirainya Jumaat lalu. Untuk edisi ke-10 APM, artis dari Malaysia nampaknya mengungguli lapan kategori yang dipertandingkan. Antaranya Artis … Read More
  • Hafiz Suip Diarahkan Jalani Fisioterapi Setahun PETALING JAYA: Penyanyi Hafiz Suip terpaksa akur apabila perlu menjalani rawatan fisioterapi selama setahun di sebuah hospital swasta di Subang Jaya dekat sini akibat kecederaan pada bahagian tulang belakangnya (slipp… Read More
  • Juara AJL 28 - Bahagiamu Deritaku Nyanyian Hafiz Lagu ciptaan LY dan lirik oleh Baiduri berjudul Bahagiamu Deritaku dipilih sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-28 (AJL28) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, Ahad. Dengan kemenangan lagu yang dinyanyik… Read More
  • AJL28 - LY Tepis Tuduhan TV3 Utamakan Hafiz Komposer LY mengakui terdapat gangguan teknikal ketika namanya dan isteri, Baiduri diumumkan sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu ke28 (AJL28) pada 26 Januari lalu sehingga menyebabkan mereka lewat untuk naik ke atas pentas. … Read More
  • Hafiz Juara Mania Konsert Akhir 2012 l AstroSABTU (19 Mei 2012) - Hadiah wang tunai RM500,000 malam ini adalah milik Juara Akademi Fantasia Musim ke-7, Hafiz. Kemenangan Hafiz yang berada di Empayar Hijau milik Produser Ahmad Dhani juga menghadiahkan peroduser ter… Read More

0 comments:

Post a Comment