Tinggal lima hari sahaja lagi malam Anugerah MeleTOP Era 2015 (AME 2015) bakal bersiaran.
Jika anda semua teruja menantikan 22 Februari ini, begitu juga dengan pengacara AME 2015 iaitu Zizan Razak.
Pelawak dan pelakon popular itu baru-baru ini telah memuat naik beberapa
keping foto dia bersama Johan di akaun Instagram (IG) peribadinya.
Pada mulanya foto-foto tersebut mengundang tanggapan negatif sesetengah
pihak apabila ada yang mendakwa Zizan sengaja membanding-bandingkan
gandingannya bersama Johan dalam kumpulan Jozan dan Virus.
Memandangkan ketika foto tersebut dimuat naik, Virus baru sahaja disingkirkan daripada Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014).
Tapi sebenarnya ramai yang terlepas pandang atau tidak mengetahui yang
Zizan dan Johan atau Jozan akan memeriahkan lagi pentas AME 2015 pada
minggu hadapan!
Astro Gempak lihat, para peminat Jozan sudah tidak sabar-sabar untuk
melihat pasangan ini beraksi kerana mereka sudah lama tidak bersama
sejak tamat Maharaja Lawak Mega 2012 yang lalu.
Percaya atau tidak Zizan teruja hendak beraksi bersama Jozan, lihat sahaja pada foto-foto yang dimuat naik tersebut.
Bagaimanapun, jika anda ingin melihat keriuhan pentas AME 2015 dengan
gelagat JOZAN dan tiga lagi pengacara hebat iaitu Nabil, Datuk AC Mizal
dan Neelofa tonton secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104)
serta siaran serentak di Astro Hitz (705) dan Maya HD (135) serta
menerusi aplikasi Astro On-The-Go.
AME 2015 dibawa secara langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil dengan tema ‘Yang Hit Yang Legend’.
Sumber: AstroGempak
Tuesday, February 17, 2015
Home »
ame2015
,
Anugerah MeleTOP Era 2015
,
jozan
,
Zizan Razak
» Jozan Bergabung Riuhkan Anugerah MeleTOP Era 2015
Jozan Bergabung Riuhkan Anugerah MeleTOP Era 2015
Related Posts:
SEPAH yang telah dinobatkan sebagai Maharaja Lawak yang pertama!#MaharajaLawak Tahniah kepada SEPAH yang telah dinobatkan sebagai Maharaja Lawak yang pertama!comments: coming soon!… Read More
Siapa Yang Bakal Jadi Juara Maharaja Lawak?Siapa Yang Bakal Jadi Juara Maharaja Lawak?Program popular di Astro Warna iaitu Maharaja Lawak sudah makin hampir sampai ke penghujungnya. Bermula pada malam ini (24Jun2011), 4 peserta finalis yang masih kekal iaitu Jambu, … Read More
Sepah Juara Maharaja Lawak 2011news @mStar Sepah Juara Maharaja Lawak, Kongsi RM350,000 Selepas 13 minggu bertanding, akhirnya gelaran juara Maharaja Lawak berjaya menjadi milik kumpulan Sepah apabila mereka memperoleh markah tertinggi, dalam pertan… Read More
Siapa Juara Maharaja Lawak ?Siapa Juara Maharaja Lawak ? Selepas tersingkirnya kumpulan R2 dari program Maharaja Lawak di Dewan Tertutup Majlis Perbandaran Johor Bahru, malam Jumaat, kini Nabil, kumpulan Jozan, kumpulan Sepah dan kumpulan Jambu … Read More
Jozan Bergabung Riuhkan Anugerah MeleTOP Era 2015 Tinggal lima hari sahaja lagi malam Anugerah MeleTOP Era 2015 (AME 2015) bakal bersiaran. Jika anda semua teruja menantikan 22 Februari ini, begitu juga dengan pengacara AME 2015 iaitu Zizan Razak. Pelawak dan pelakon pop… Read More
0 comments:
Post a Comment