Friday, April 11, 2014

Sheena - menang Asia's Next Top Model 2


Model dari Malaysia, Sheena Liam mengharumkan nama negara selepas dinobatkan sebagai juara musim kedua program televisyen realiti "Asia's Next Top Model" (AsNTM).

Dalam episod terakhir yang ditayangkan di Star World pada jam 9.40 malam semalam, Sheena telah menewaskan dua finalis dari Filipina, Jodilly Pendre dan Katarina Rodriguez.

"Ianya sangat mengujakan! Saya tidak sangka akan sampai ke tahap ini" ujar model berusia 22 tahun ini seperti dipetik daripada laporan The Star.


Sheena telah berjaya memenangi kereta Subaru XV terbaru dan akan muncul dalam majalah Harper's Bazaar untuk Singapura dan Malaysia, kontrak bersama Storm Model Management di London serta hadiah wang tunai.

Dengan kemenangan tersebut, Sheena berharap dia dapat mengalakkan model baru di Malaysia untuk berusaha mengecapi impian mereka.

"Saya berharap dapat memberi inspirasi kepada semua dan yakin kita mampu pergi jauh. Ini juga akan membantu model dari Malaysia untuk percaya kita juga mampu ke peringkat antarabangsa," katanya lagi.

Sebanyak 16 peserta dari 12 negara Asia telah menyertai AsNTM yang menyaksikan Nadya Hutagalung, Joey Mead King, Mike Rosenthal dan Adam Williams menjadi juri.

Source: Tupai.com.my

0 comments:

Post a Comment